Buat pembaca budiman...

Coretan kami bukan sekadar untuk dipandang tetapi difikirkan.. Kami sekadar menegur cuma.. Jika ada yang terluka maka ampun dipinta..

Friday, January 4, 2008

Blog yang Suram...

Walaupun skop blog ini adalah kecil dan kurang mendapat perhatian tapi blog ini sekurang-kurangnya ada pembaca setia dan paling kurang pun ada tempat untuk juak-juak penulis menegur apa yang patut terhadap budak-budak M dan ketua budak-budak M. Maka ada yang menghantar komen supaya blog ini diupdate. dah masuk 2008 katanya..

Kami sebenarnya sekarang ini agak terlalu sukar untuk berada di atas talian. Ini kerana kami baru sahaja dinaikkan pangkat Turus 3 dan akan menjangkau Turus satu dalam masa dua hingga tiga tahun lagi. Ini menyebabkan kami sentiasa sibuk dan menyibuk disana-sini sehinggakan tidak dapat menikmati ASTRO di dalam bilik yang bilnya dibayar oleh duit rakyat. Kami juga sebenarnya sibuk untuk membuat lawatan ke luar negara bagi menghabiskan sisa-sisa peruntukan 2007. Ini kerana bagi memastikan organisasi dibawah seliaan kami nampak gemilang dimata para big bos kami walaupun itu hanyalah kosmetik sahaja. Itu pun sebenarnya program luar negara tiada apa-apa yang bermenafaat tetapi oleh kerana duit pembayar cukai masih berbaki maka kami createlah apa-apa program. Pandai sungguh kami.

Walaupun kami telah Turus 3 tetapi kerja kami masih sama. mungkin skop berbeza tetapi cara masih sama.... macam dulu-dulu, jika kami diarahkan untuk menyediakan kertas kerja atau apa-apa dokumen, maka tugas kami hanya meminta organisasi berkaitan membuatnya untuk kami. Setelah kami terima bahan tersebut kami hanya tukar nama dan organisasi kami. Nampaklah macam kami yang membuatnya.. cerdik sungguh kami..biarlah orang yang menyediakannya bergaduh dengan anak bini kerana tidur di pejabat tetapi "who cares????" Yang penting kami yang dapt nama..

Kami harap budak-budak M daripada 41 sehinggalah JUSA A janganlah tiru kami. Kalu nak buat pun tunggulah jadi macam kami ni... TURUS 3... hahaha...

PTD di Kementerian Asa Tani diminta Jawab oleh Mahfuz.

Di copy dan di paste daripada akhbar orang-orang penyokong PAS.

Kementerian Pertanian perlu beri penjelasan mengenai pelanggaran prosedur import beras

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Hrkh) - Kira-kira 25 ribu tan beras yang dibawa masuk dari Thailand dan Vietnam yang tiba di perlabuhan-perlabuhan utama negara tidak mendapat kelulusan AP lebih awal, akhirnya terpaksa diberi kelulusan. Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar berpendapat Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian perlu memberikan penjelasan mengenai tindakan pihak kerajaan yang melanggar prosedur tersebut.

"Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian perlu memberikan penjelasan kenapa dia melanggar prosedur tersebut, bukannya dia yang hendak minta penjelasan daripada Bernas, sebab kerajaan yang keluarkan permit itu, bukan Bernas," ujarnya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut pagi tadi.

"Mungkin berlaku suapan atau rasuah antara pegawai yang berkuasa mengeluarkan AP dengan pihak Bernas yang kononnya mahu mengelakkan kerugian RM60 juta beras," tambahnya.
Menurutnya, beras yang dimiliki oleh Bernas bernilai RM60 juta tersebut telah tersadai selama lebih dua minggu di perlabuhan-perlabuhan tersebut.

"Sepatutnya pihak Bernas memohon kelulusan AP terlebih dahulu barulah membawa beras tersebut masuk ke negara ini," katanya.

Ujarnya tindakan pihak Bernas membawa masuk beras dalam kuantiti yang melebihi kuota yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah melanggar undang-undang dan prosedur yang telah ditetapkan.


....untuk berita lanjut sila baca akhbar orang-orang penyokong PAS.