Buat pembaca budiman...

Coretan kami bukan sekadar untuk dipandang tetapi difikirkan.. Kami sekadar menegur cuma.. Jika ada yang terluka maka ampun dipinta..

Friday, January 4, 2008

PTD di Kementerian Asa Tani diminta Jawab oleh Mahfuz.

Di copy dan di paste daripada akhbar orang-orang penyokong PAS.

Kementerian Pertanian perlu beri penjelasan mengenai pelanggaran prosedur import beras

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Hrkh) - Kira-kira 25 ribu tan beras yang dibawa masuk dari Thailand dan Vietnam yang tiba di perlabuhan-perlabuhan utama negara tidak mendapat kelulusan AP lebih awal, akhirnya terpaksa diberi kelulusan. Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar berpendapat Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian perlu memberikan penjelasan mengenai tindakan pihak kerajaan yang melanggar prosedur tersebut.

"Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian perlu memberikan penjelasan kenapa dia melanggar prosedur tersebut, bukannya dia yang hendak minta penjelasan daripada Bernas, sebab kerajaan yang keluarkan permit itu, bukan Bernas," ujarnya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut pagi tadi.

"Mungkin berlaku suapan atau rasuah antara pegawai yang berkuasa mengeluarkan AP dengan pihak Bernas yang kononnya mahu mengelakkan kerugian RM60 juta beras," tambahnya.
Menurutnya, beras yang dimiliki oleh Bernas bernilai RM60 juta tersebut telah tersadai selama lebih dua minggu di perlabuhan-perlabuhan tersebut.

"Sepatutnya pihak Bernas memohon kelulusan AP terlebih dahulu barulah membawa beras tersebut masuk ke negara ini," katanya.

Ujarnya tindakan pihak Bernas membawa masuk beras dalam kuantiti yang melebihi kuota yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah melanggar undang-undang dan prosedur yang telah ditetapkan.


....untuk berita lanjut sila baca akhbar orang-orang penyokong PAS.

No comments: