Buat pembaca budiman...

Coretan kami bukan sekadar untuk dipandang tetapi difikirkan.. Kami sekadar menegur cuma.. Jika ada yang terluka maka ampun dipinta..

Friday, July 20, 2007

Aiseh "Anak Mama" lagi....udah le.......

Dasar yang dibuat PTD ialah memberikan imbuhan yang tidak sepatutnya. Tugasan PTD bukan susah, ia mempu dilakukan oleh golongan profesional lain. Tetapi dasar telah menetapkan apa yang diberi kepada profesional tidak setanding dengan apa yang diberi kepada PTD. Imbuhan kepada PTD tidak setimpal dengan tugasan. Itulah yang diperjuangkan oleh non ptd.

Jika seorang profesional masuk kerja kerajaan dengan PhD. Gaji mungkin lebih sikit dengan PTD yang baru masuk. Tetapi profesional kena tunggu 10 tahun untuk ketangga seterusnya. Tetapi PTD 5 tahun sudah naik 2 tangga! Sebabnya dasar yang dibuat PTD hanya mementingkan PTD tidak golongan lain. Inilah yang menyebabkan demoralize. Inilah yang perlu diubah dan diperjuangkan. Jika ini diubah barulah nampak adil. Tetapi oleh kerana PTD yang buat dasar maka itulah realitinya.

Satu lagi, dasar yang dibuat PTD telah menghadkan tahap tangga gaji dan pangkat seseorang. Seorang profesor di universiti akan mendapat gaji mati kebanyakannya (bukan semua, ada yang gred A) pada JUSA C sahaja. Itu profesor, bukan P.Madya atau pensyarah biasa. Tetapi PTD akan target pencen SEKURANG-KURANGNYA JUSA C iaitu menyamai taraf profesor di universiti. Jika di negara luar, imbuhan untuk profesor akan sentiasa naik walaupun kerjanya di Lab sahaja. Maka inilah yang dipersoalkan. Mengapa hanya PTD yang terus menerus naik tetapi non PTD terhad kepada tangga tertentu sahaja? Kalau perkara ini diberi perhatian, tiada siapa pun yang nak cari gaduh! Ambillah semua kepada PTD. Tak apa. Mereka yag non PTD sebenarnya memperkatakan tentang keadilan.

Benar, Kerajaan tak pernah paksa siapa nak pilih kerja apa. Itu pilihan masing-masing. Saya setuju. Tetapi jika berada dalam satu organisasi yang sama, mendapat bebanan tugasan yang sama, tetapi pada masa yang sama satu golongan sahaja yang dianak emaskan maka itu adalah tidak betul. Jika layanan diberi sama rata maka tiada isu ini timbul. Rujuk balik pada perenggan diatas tentang hak profesional lain tentang kenaikan imbuhan.

Berkenaan monopoli. Macam mana tidak dikatakan monopoli jika Bahagian kritikal PTD nak masuk. Kementerian kesihatan memrlukan mereka yang ada latar belakang bidang perubatan, kesihatan. Kementerian pelajaran, pengajian tinggi memerlukan mereka dibidang pendidikan. Kementerian Kewangan mesti ada background kewangan, akaun. Ini akauntan, (W) yang buat kerja tapi bosnya PTD yang takde background tersebut. Kementerian Kerja raya yang kebanyakannya teknikal tapi PTD jugak yang nak buat kerja dan macam macam lagi.

Kelima, perjawatan. Kalau skim lain jangan harap. Permohonan penambahan kakitangan makan tahun dan mungkin akhirnya dilupakan. Sebab itu, jawatan yang bukan PTD sentiasa tak cukup orang. Lepas tu kerajaan dipersalahkan sebab tak cukup orang buat kerja. Contohnya penguatkuasa. KHEDN&P ke, JAKIM ke, Polis ke. Sebelum ini kerap sangat isu tak cukup orang. Bukan tak minta tetapi dilambatkan. Cuba PTD SAJA jadi penguasa, tak payah skim lain (ada yang jadi penguasa). Gerenti isu tak cukup orang selesai.

Komen dari "Anak Mama" pulak dah....

Skim mengurus tidak akan jadi dengan pengetahuan mengurus sahaja. Untuk mengurus bahagian yang kritikal perlu ada pengalaman dalam bidang tersebut contohnya engineering, perubatan, perguruan, pembinaan dan lain-lain. Sebab itu seorang pengurus yang bagus datang dari bawah.

Seorang yang tiba-tiba datang untuk mengurus bidang yang tidak dilaluinya tentunya tidak akan berjaya. Saya memberi analogi yang mudah difahami. Setiap diri manusia diberi anugerah untuk mengurus diri masing-masing dari segi kewangan, jika sudah berkeluarga maka mentadbir dan mengurus kewangan "kerajaan kecilnya" berdasarkan kepentingan dan keutaman keluarganya. Mungkin pecahan pendapatannya diagihkan untuk anak sekolah, ibubapa yang sakit, bayar hutang dan sebagainya. Kita namakan keluarga ini A.

Jika datang seorang dari keluarga B yang walaupun cukup bagus mengurus keluarganya sendiri cuba mempraktikkan pengurusan keluarganya keatas keluarga A nescaya dia tidak akan dapat mengurusnya dengan baik. Kenapa? kerana pengalaman dalam keluarga A tiada padanya. Jadi dia seharusnya MENGALAMI sendiri kehidupan keluarga A bukah setakat MEMAHAMI kedudukan keluarga A.

Pada saya dasar PTD adalah lebih kurang dasar "pecah dan perintah" yang diamalkan masa british dahulu. Dasar itu dapat dilihat sehingga sekarang. Kalau mengikut dasar fungsi PTD adalah

a. Menggubal dasar-dasar awam;

b. Merancang, mengawal dan menyelaras pelaksanaan program dan projek awam serta menilai keberkesanan program dan kemajuan projek awam;

c. Menerajui keseluruhan jentera perkhidmatan awam;

d. Memberi khidmat kepakaran dalam perkhidmatan awam;

e. Memulih organisasi yang telah menjadi lemah dan tidak lagi berkesan;

f. Mengenal pasti masalah organisasi dan menentukan kaedah penyelesaian; dan

g. Membuat keputusan berdasar kepada kuasa-kuasa dan peraturan-peraturan yang berkaitan.


Daripada dasar tersebut dapat dilihat bahawa PTD adalah "ultra" di sektor awam. Mereka boleh pergi kemasa saja mereka suka. Kelebihan ini digunakan untuk MENGHADKAN peluang profesional lain untuk menggunakan kepakaran mereka menguruskan BIDANG MEREKA SENDIRI.

Tambahan lagi mereka akan sentiasa mengubah perjalanan setiap jabatan mengikut selera masing-masing dalam masa yang amat singkat. Mengapa? Kerana PTD di sesuatu jabatan tidak lama. Paling lama adalah 3 tahun. Kalau PTD baru 3 tahun akan dinaikkan pangkat ke tempat lain. Sedangkan seorang P.Madya harus menunggu bertahun-tahun dan terpaksa mengeluarkan journal, paper dan entah apa-apa lagi.

Last point, disebabkan gaji tak semacam PTD, penjawat awam yang lain termasuk guru dah dimoralizekan. sebabtu ramai yang sambung belajar. Sama ada KAJI kenaikan pangkat penjawat awam mengikut PTD atau PTD kena ikut sama macam penjawat awam lain maka barulah tiada orang yang dimoralize.


Sumber: Kumpulan Menyokong Umno, KMU.net