Buat pembaca budiman...

Coretan kami bukan sekadar untuk dipandang tetapi difikirkan.. Kami sekadar menegur cuma.. Jika ada yang terluka maka ampun dipinta..

Saturday, November 10, 2007

Mentaliti Presiden PTD

56 merupakan umur bersara wajib bagi pekerja gomen. Sebaik tiba umur tersebut maka wajiblah ianya dibersarakan daripada perkhidmatan awam. Sekalipun menunggu pengumuman umur 'baru' untuk bersara daripada PM yang tak kunjung tiba, maka bila tidak ada pengumuman maka sudah tiba tempoh berehat.

Di dalam banyak kes, KSU yang bersara wajib masih disambung kontraknya. Kontrak ini bukannya diminta tetapi ditawarkan. Samada hendak menerima atau tidak terpulang kepada individu tersebut. Baru-baru ini seorang lagi KSU yang agak dikenali telah pun dibersarakan.

Mengikut ceritanya, KSU ini merupakan seorang yang 'anti kontrak'. Betul juga kata KSU ini, jika dia menerima kontrak, maka ia akan menghalang kemajuan pegawai-pegawai lain. Seharusnya ini juga merupakan semangat yang patut ada pada pegawai-pegawai kanan lain. Ini katanya;

Sebenarnya, saya telah diminta sambung perkhidmatan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Namun, saya merayu kepada beliau supaya tidak menyambung perkhidmatan. Saya rasa adalah wajar bagi pegawai-pegawai muda diberi peluang mengisi jawatan ini. Selama di sini pun, tujuh orang timbalan KSU di bawah saya telah bersara.

Kalau perkhidmatan saya disambung, nanti tujuh lapan orang timbalan KSU juga bersara sebelum saya. Saya berpendapat moral para pegawai wajar dijaga setiap masa. Tambahan lagi, sebagai Presiden Persatuan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), saya berperanan menjaga kebajikan ahli-ahli, termasuk dalam soal prospek kenaikan pangkat mereka.

Nampak gaya seperti mengambil berat terhadap kebajikan pegawai-pegawai lain untuk kemajuan kerjaya pegawai-pegawai lain. Jika ini iltizamnya, tentu kita bersyukur mendapat KSU yang sebegini prihatin. Semua orang di Kementerian ini tentu tak kisah perlu masuk jam 8.00 pagi walaupun ada pekeliling kerajaan mengatakan adanya waktu anjal, tetapi disebabkan olehnya maka semua orang perlu masuk jam 8.00 pagi dan pulang jam 5.00 petang. Apa tujuannya, kita tidak pasti. Adakah kerana ingin menunjukkan kekuasaan (gaya PTD) kerana telah ada arahan membenarkan waktu anjal.

Bila merujuk dengan lebih teliti kenyataannya, rupa-rupanya KSU ini seolah-olah lebih menitikberatkan mereka yang segolongan dengannya. Moral pegawai yang harus dijaga hanyalah moral pegawai yang segolongan dengannya sahaja. Dia juga menambah lagi bahawa dengan jawatannya selaku Presiden PPTD, prospek kemajuan PTD sahaja yang lebih penting untuk dijaga. Dia lupa bahawa dia adalah juga KSU kepada jawatan-jawatan lain.

Untuk lebih jelas memahami mentaliti golongan ini terhadap skim lain, ini katanya...

Daripada skim gaji pula, kita telah mewujudkan Gred 54 bagi pegawai bukan jurusan Tadbir dan Diplomatik untuk maju di dalam Jabatan Imigresen.

Bagi mereka, jawatan lain boleh maju. Memang benar, tetapi melihat kepada maksudnya ini bermakna jawatan lain dan sebagai contoh dalam Jabatan Imigresen, hanya boleh maju ke Gred 54 sahaja. Jawatan lain yang lebih tinggi akan dikaut oleh golongan PTD dan inilah yang sebenarnya berlaku dan sedang berlaku. Pada golongan PTD ini, Gred 54 sudah menunjukkan kemajuan kepada skim lain dan sebenarnya ia merupakan penghinaan perjawatan yang cukup merisaukan.

Apakah tugasan utama Imigresen dan bayangkan peneraju di Imigresen tidak pun mempunyai pengalaman dengan tugasan Imigresen tetapi mampu menerajui Jabatan tersebut. Demikianlah kerjaya pegawai Imigresen.

14 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum! Ingin saya Mengupas dengan lebih lanjut lagi peranan PTD dalam Jabatan Imigresen. Saya bukanlah anti PTD, tapi saya anti cara mereka menerajui Jab. Imigresen. Saya sebagai pegawai Imigresen berkelayakan diploma dan telah mempunyai Ijazah memang tidak ada peluang untuk naik ke tahap memajukan diri dalam Jabatan. Pertamanya dasar yang telah dilakukan oleh golongan PTD ini, Seperti yang telah difahami oleh semua anggota beruniform, bahawa jawatan penguasa imigresen ini akan menggantikan PTD secara berperingkat kata dalam pekeliling tersebut tetapi pihak pengurusan atau lebih tepat PTD hanya mewujudkan jawatan lain daripada kata-kata pekeliling tersebut, cuba lihat jawatan yang diwujudkan bukannya jawatan untuk pegawai beruniform untuk penolong penguasa atau penguasa tapi jawatan M41 seratus lebih jawatan, M44 tujuh puluh lebih jawatan, M48 empat puluh lebih, M52 dua puluh lebih, M54 berbelas jawatan, KP 41/42 tujuh jawatan sahaja, semua jawatan ini untuk seluruh malaysia, bayangkanlah,. Kata-kata KSU yang telah bersara itu hanya dusta dan nista semata-mata, kalau nak pencen jangan minta umur persaraaan dilanjutkan.

Anonymous said...

Cuba tengok sekeliling kita...memang mereka ini hanya mementingkan pangkat dan geng mereka. Di mana-mana hendak jawatan yang tinggi.

Kalau di imigresen, serah sahaja kepada penguasa imigresen untuk mengetuai. Jika kita tengok dari banyaknya jawatan yang dibuat itu, memang kita perlu bersama dengan penulis untuk bersama mengembalikan maruah jawatan-jawatan yang sepatutnya ini.

terry said...

saya merupakan salah seorang anggota skim perkhidmatan PTD. Apabila saya memasuki servis saya tidak pernah memikirkan pangkat dan kedudukan dalam sesuatu organisasi.. apa yang penting adalah matlamat ingin membangunkan negara bersama-sama. saya tidak nampak apa perbezaan antara skim perjawatan yang lain... saya juga percaya ramai PTD berpendapat sedemikian.

apa yang penting adalah tugas ingin memacu negara ke arah kemajuan yang cemerlang. saya tidak nafikan mmg ada PTD yang tidak perform, namun saya percaya masalah tersebut bukanlah berpunca dari tagline PTD yang ada pada mereka...

mungkin politik office telah memisahkan jurang antara skim PTD yang berlainan. tidak dapat tidak, mungkin cemburu melihat peluang PTD lebih terbuka luas dalam kemajuan kerjaya. namun jangan silap, jika pegawai skim lain ingin masuk PTD, pintu sentiasa terbuka... gunakanlah saluran spa untuk memohon dan perlu melalui 3 cabaran utama seperti applicant yang lain...

kritikan yang membangunkan mana2 skim adalah di alu alukan... namun kritikan membunuh tanpa bearing saya percaya adalah separuh masak. namun saya puji penulisan penulis blog ini kerana apa yang ditulis adalah benar dan membina!

Anonymous said...

Assalamulaikum, saya merasa pelik tentang komen saudara mengenai cara PTD melayan Jabatan Imigresen Malaysia. Berdasarkan tulisan tuan seolah-olah sungguh banyak perjawatan PTD diwujudkan di Jabatan Imigresen Malaysia. Saya ada bertanya kawan saya di Jabatan Imigresen Malaysia dan JPA, penambahan jawatan adalah kebanyakkan lebih kepada pintu masuk bagi jawatan uniform dan upgrade jawatan.

Berdasarkan kepada beliau, bagi jawatan kenaikan pangkat (KPSL) juga diwujudkan hanya untuk Jabatan Imigresen Malaysia iaitu KP42, bagi jawatan KP41 adalah lantikan baru dimana pegawai-pegawai Imigresen yg mempunyai ijazah luar kampus perlu mengikut saluran melalui SPA, seperti lantikan yg berlainan. Secara rasional budak-budak jika secara pemeringkatan tidak dilakukan adakah kesesuaian untuk 'blanket' kan untuk semua KP32, KP38, KP 27 dan KP17 yg mempunyai ijazah diberikan jawatan KP41 dan dlm masa 3 tahun boleh menjawat jawatan KP54 kerana kekosongan perlu diisi secara segera. Saya secara peribadi akan mengatakan bahawa ia akan menjadi huru-hara jika ini dilakukan secara pantas. Apa komen tuan tentang perkara ini? Adakah organisasi lebih penting atau diri sendiri lebih penting.

Hanya memberi pendapat...

Anonymous said...

PTD terbuka kepada sesiapa sahaja tak kira bidang apa sekalipun dengan syarat lulus semua 3 peringkat pemilihan. PTD bukan hanya yang baguih akademik tapi sikap dan kemahiran. So lecturer yang bijak pandai silalah cuba mintak jadi PTD. Attitude, Skill And Knowledge (ASK) ..baru kompeten..ASK yourself. Kalau akademik baguih tapi sikap tak tentu hala ....tara guna.

Anonymous said...

sememangnya skim M sentiasa dicemburui... yang silap itu sajalah yang orang nampak. manakala ptd yg betul2 ikhlas buat kerja dan kerja kuat tidak pula orang sebut atau lihat. memang adat manusia...lebih senang bercakap.. cermin dulu diri tu kalau nak kutuk ptd.

Anonymous said...

saya suka perkataan 'cermin diri sendiri sebelum kutuk org lain'.. realitinya kepakaran sesuatu bidang bergantung kepada latihan dan pengalaman.. ambik contoh la jabatan ukur.. tentulah yang lebih pakar mereka yang berkelulusan mengukur dan berpengalaman mengukur .. jadi selayaknya lah yang menjadi di atas dan di bawahnya yang tahu bab-bab mengukur..jadi di mana sudut melayakkan PTD untuk masuk Jabatan ini? kalau kata PTD mahir bab pengurusan sebab terlatih, bermakna org kat jabatan-jabatan tak dilatih bab pengurusan ke? sama lah berkaitan kementerian pelajaran..kalau dikatakan cikgu-cikgu ni tak reti pengurusan, bermakna selama ini memang mereka telah dipinggirkanlah dari latihan pengurusan.. bagi PTD muda yang masih bersemangat dan rasa bagus, sebenarnya skim PTD ini diwujudkan adalah untuk PM & KSN menguasai kemeterian/jabatan2 secara total.. sebab itulah semua post tertinggi/kanan dipegang oleh PTD.. kecuali skim tertentu, spt polis, askar... ini supaya apa juga dasar PM akan diikut secara total ..kalau PM kata wawasan 2020, satu negara sebut wawasan 2020.. kalau PM kata Islam Hadhari..satu negara Islam Hadhari .. itu sahaja ..itu sebab PTD ni dipilih dari golongan bijak/smart, tapi boleh disuruh apa juga.. kalau askar , ibarat komando lah.. PM command, PTD do ..itu aja ...

Anonymous said...

setakat disember 2006, ada hampir 7 ribu PTD dalam negara ini.. inilah eleit/komando yang ditugaskan untuk memastikan semua arahan & dasar PM diikuti .. mereka perlu ditempatkan di post tertinggi & kanan supaya dapat menguasai kementerian & jabatan2.. oleh itu tak pelik lah mereka menghadkan kenaikan pegawai kemeterian/jabatan di bawah penguasaan mereka.. isu pengetahuan/pengalaman tidak timbul.. bukan saja sebab RM, tapi dah memang itu asas/dasar PTD diwujudkan.. dan sebab itu juga mereka perlu bertukar-tukar kementerian/jabatan.. memang skim M adalah skim terbaik bagi yang mengimpikan kesenangan dan kemewahan melalui kerja kerajaan .. yang penting, ikut saja arahan PM&KSN.. takkan tak ingat ayat : "saya yang menurut perintah" ..kenapa tak letak, "hamba yang menjunjung titah" walaupun pada sampul surat ditulis "Urusan Seri Paduka Baginda" ..fikir-fikirkanlah ..

Anonymous said...

PTD memang hampeh... Masa kat U belajo sambil baring pon boleh lulus. Pastuh masuk keje gomen, belagak macam hebat. Padahal bodoh!

Anonymous said...

Biarkan Luncai....Terjun Dengan Labu-labunya..........Biarkan-Biarkan........It's a matter of choice laa........Belajar lah 'Management", OB (Organization Behavior)..ada staff function..ada line function....Tanyalah Peter Drucker..mungkin orang kata dah tak relevant..OK fine..tanyalah corporat figure terkini...cara mengurus organisasi...Jawatan Guru memang diwujudkan untuk mengajar..so..kalau dah pilih nak jadi Guru..mengajar jer lah beb..apsal nak sibuk buat pengurusan pulak..kalau nak buat pengurusan ..apply lah PTD...Doktor diwujudkan untuk merawat pesakit..tapi kalau beriya-riya nak nak buat pengurusan..apply lah masuk PTD...kalau dah bosan jadi Penguatkuasa.....nak sibuk-sibuk buat pengurusan..applylah jadi PTD. Memang terang-terang skim M adalah untuk cater bidang pengurusan...Budak F (IT) selalu kutuk PTD...tapi ada yang disuruh buat slide presentation pun macam budak sekolah punya persembahan..suruh design system pun terkial-kial..pastu ada hati nak kutuk pengurusan....Setakat deal dengan vendor...bagi EO pun boleh buat..tak payah wujud jawatan PTM (F) lagi. Apa lagi..? Hakikatnya setiap SKIM diwujudkan adalah pakej untuk pembangunan organisasi sektor awam. Semua orang ada peranan masing-masing.
Tak payah lah kondem antara satu sama lain.

Rezeki masing-masing..tak kira apa SKIm pun, kalau kerja dengan jujur, komited dan profesional..insyallah..adalah rewardnya...Jangan jadi macam budak-budak..penyudahnya..kita sebagai penjawat awam juga yang malu...Orang korporat/private bersungguh-sungguh nak membangunkan negara..kita bertelagah sesama sendiri nak rebut pangkat.....Tak malu kerr?

Amukkk..Mabukk..Dan Merajukk...aiyaiyaiyoo....Itukah cogan kata kita..yang diwaris dari Pak Tuaa..Biarkan Luncai..Terjun dengan Labu labunyaa..

Aku percaya..yang bagi komen anti PTD ni adalah golongan yang memang hati busuk dan for sure golongan yang tak perform..diaorang ni...boss diaorang dari SKIM yang sama pun tak suka diorang nie....sebab diorang memang tak perform....

Di sebuah Agensi Pusat, ada boss F54 lebih bergantung kepada budak2 M41,44 daripada budak F... Walaupun organisasi tersebut dikuasai (bilangan) oleh orang2 F.
Nak aku reveal...boleh..tapi takut ada yang malu jerr....

So cermin-cermin lah diri sendiri..Sebab senang jer..kalau U all ni jenis yang berkualiti dan perform..U all takkan mempunyai attitude suka menghentam orang lain. Biasanya orang yang perform dan deliver..diaorang ni berfikiran positif.

(:-)

Rafael Benitez

musket said...

sudah-sudah la dok temberang..PTD sebenarnya wujud sebagai mekanisme PM dan KSN untuk control the whole country aja .. ingat senang nak pastikan semua kementerian, agensi pusat, agensi negeri dan GLC ikut cakap PM dan KSN kalau tak ada PTD ..sebab itu bila PM kata Wawasan 2020, satu negara sebut wawasan 2020..kalau PM kata Islam Hadhari, satu negara akan cakap Islam Hadhari.. itu semua dengan cara semua peringkat atasan diletakkan PTD.. bukan sebab perform atau tidak, expert atau tidak.. tapi angguk atau geleng.. selagi mana PTD tu masih angguk, selagi itu dia perform.. so, jangan la sebut pasal cream of the cream ke.. nak muntah aku.. ni nak ulang lagi, aku boleh tunjuk la PTD yang graduate 3rd Class aja.. aku bukan tak puas hati, tapi nak minta PTD bersyukur dengan rezeki kerja yang ALlah bagi dan laksanakanlah kerja sebagai suatu amanah.. biar dikenang kerana jasa, bukan dikenang kerana jawatan

X-weatherman said...

Hmmm. lagi best baca komen dari baca artikel...

Bersatu menentang PTD.. muahaha~ said...

hehe.. aku respek geng2 ptd senior yang zaman dulu masuk perkhidmatan untuk berkhidmat dgn betul-betul... tapi la ni yang bersemangat mcm tu sikit sangat.. yg dok masuk la ni semua sebab masa study dulu tak perform, nk dapa kerja dalam bidang asal tak dapat.. alih-alih last resort masuk kerajaan jadi ptd..

jenis2 ptd yg ni, semuanya berlagak lebih.. tak sedaq diri tu bodo sombong... masa interview semua bukan main puji kerajaan, tapi dalam hati semua kaki penentang kerajaan kau-kau punya... ada pulak yang leh jamin lepas peperiksaan, kabel punya pasai..

nak bagi kat depa yang talam 2 muka ni jaga pentadbiran? patut sistem pentadbiran lemah.. tangguh sana sini sebab mentaliti depa yang tak perform masa kat U terbawak2 sampai masuk perkhidmatan.. asai pandai cakap, pandai bodek, pandai kipaih, lepaih laa...

tak patut, memang tak patut... org-org skim lain susah payah buat kerja, tapi ganjaran kurang pulak dari yg mamat2 ptd ni.. kerja pon suruh orang, slide presentation pon suruh orang buat.. bangang..

sorry laa... aku tak setuju sikap double standard yang diamalkan JPA dalam ganjaran antara skim.. sungguh tak adil..

msa said...

takyah la nak ugut2 nak sebut ptd yang 3rd class tu. sebut je. but next time u reply, bagi sekali percentage 3rd class graduate ni of all the ptd population.

hina sgt ke 3rd class graduate ni sampaikan tak boleh masuk gomen? bagus sgt ke bdk 1st/2nd class tu?

setakat degree yang 4 tahun tu tak payah la nak berlagak for the whole of your life as if org lain takde degree, org lain takde 1st class, org lain tak bagus mcm diri kita.

layakkah kita nak menilai sesetengah org itu layak utk skim tertentu shj? who are u anyway??