Buat pembaca budiman...

Coretan kami bukan sekadar untuk dipandang tetapi difikirkan.. Kami sekadar menegur cuma.. Jika ada yang terluka maka ampun dipinta..

Friday, November 9, 2007

Apa kes JPA?

Adakah Ms' di JPA di 'scapegoat'kan dengan pengumuman 20-97% kenaikan atau silap percaturan atau kajian tidak menyeluruh. Mungkin kadar elaun diberi berdasarkan taraf hidup di sesuatu kawasan tetapi jika terlalu rendah macam mana student nak hidup bang...
Apa-apa pun kita tunggu M bahagian perhubungan awam di JPA jawab isu ini.

Berita Harian 9 November.... Yellow creatures resurrection!
Elaun pelajar luar negara dikurangkan

SAYA bapa kepada seorang pelajar Malaysia di Amerika Syarikat (AS) dan ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan, khususnya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana menaja anak saya belajar di sana. Ketika pembentangan belanjawan negara baru-baru ini, kerajaan mengumumkan kenaikan elaun 20 hingga 97 peratus kepada pelajar di Kanada, United Kingdom dan AS. Kami gembira dan sekali lagi ingin menzahirkan penghargaan kepada kerajaan dan JPA. Tetapi kegembiraan kami bertahan dua bulan saja. Pengumuman kenaikan 20 hingga 97 peratus pada dasarnya besar, tetapi hakikatnya pelajar menerima Elaun Sara Hidup kurang daripada sebelum ia diumumkan.

Sebelum ini, pelajar tajaan JPA di universiti di mana anak saya menuntut menerima AS$667.70 sebulan. Walaupun jumlah itu besar, selepas ditolak bayaran penginapan dan makanan, dia hanya menerima AS$133 sebulan. Kini anak saya bakal menerima AS$335 sebulan dan selepas ditolak penginapan, baki tinggal AS$67 sebulan. Secara purata dia menerima AS$2.10 sehari. Mereka juga menyatakan bahawa keputusan dibuat dan muktamad. Alasan diberi seperti berikut: l Pindaan Kadar. Sebelum ini ada dua kadar, tetapi selepas kajian semula, ia dibahagi kepada tiga. Kadar tempat anak saya menuntut adalah yang terendah iaitu kadar C. Adakah ini bermakna kadar C yang baru direka ini dikurangkan bagi menampung kenaikan kadar A dan B?

Beliau juga menyatakan pelajar tidak nampak ke mana perginya sebahagian daripada kenaikan itu. Apakah dimaksudkannya, beliau seolah-olah tidak mahu menjelaskan secara terperinci apa sepatutnya diagihkan kepada pelajar. Apakah ini satu ketelusan? l Pelajar diberi sajian di kampus, justeru secara tidak langsung beliau menyatakan AS$2.10 sehari sebagai wang saku adalah memadai. Saya menyanjung tinggi pengurusan pihak universiti di mana anak saya menuntut. Setiap bulan saya menerima penyata kewangan membabitkan pembayaran JPA kepada pihak pengurusan universiti. Ini juga melambangkan ketelusan pihak universiti berhubung pembayaran serta penerimaan wang dari JPA. Saya mengesyorkan agar JPA juga melaksanakan sistem pengurusan itu, bukan saja bagi pembayaran yuran pengajian, tetapi merangkumi elaun sara hidup pelajar.

BAPA MENGELUH,
Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

1 comment:

Pelajar Berdikari said...

Dear reader,

Saya rasa comment ini mungkin terlewat sedikit tapi isinya saya rasa cukup untuk kita pandang dari sudut yang berbeza.

Saya merupakan bekas pelajar tajaan JPA ke USA dan mendapat biasiswa dalam kadar B iaitu $607 sebulan. Saya menetap di rumah sendiri maka saya menerima penuh elaun tersebut dan rakan-rakan yang menetap di asrama cuma menerima 30-40% elaun tersebut.

Kos sebulan tinggal di luar kampus ialah $250 untuk sewa bilik termasuk bil air(tidak termasuk bil elektrik, gas, telefon dan internet) di kawasan perumahan tahap pendapatan sederhana dan elaun bersih ialah $150 sebulan untuk pengangkutan, makanan, laundry, alat penjagaan diri dan pakaian yang kita boleh lihat tidak mencukupi melainkan saya bekerja sambilan.

Saya rasa bapa tersebut tidak perlu mengeluh kerana pelajar di asrama memperolehi elaun bersih $170 untuk pakaian dan penjagaan diri sahaja manakala makanan, dan pengangkutan adalah percuma dan laundry di asrama adalah jauh lebih murah.

Bapa tersebut sepatutnya bersyukur kerana telah diberi peluang oleh JPA untuk belajar di luar negara yang kos pengajian setengah juta dolar seorang telahpun ditanggung sepenuhnya.