Buat pembaca budiman...

Coretan kami bukan sekadar untuk dipandang tetapi difikirkan.. Kami sekadar menegur cuma.. Jika ada yang terluka maka ampun dipinta..

Wednesday, October 31, 2007

Mereka yang rebah...

Salam sejahtera,

Sudah hampir 2 bulan kami tidak menjengah blog ini. Maklumlah kami menyertai misi ke angkasa lepas dan ini memerlukan komitmen yang tinggi dari segi masa, fizikal dan sebagainya. Tak apalah NASA tak iktiraf sebagai angkasawan tetapi kami dah bayar secara pakej kepada Rusia untuk latih dan terbangkan ke angkasa lepas. Diorang pun dah dapat duit takkan nak cakap 'flight participant' macam NASA jugak. Tapi kami bukan nak cerita pasal duit yang dihabiskan untuk misi ke angkasa berbaloi atau tidak. Atau mungkin eksperimen yang dilakukan dalam masa 10 hari boleh diterima dari segi logik akal. Bukan 1 eksperimen tu.. tapi lebih dari 1. Tak apa lah.. skurang-kurangnya S. Vellu dah cakap " Saya rasa syukur juga sebab itu angkasawan telah meninggal dunia 10 hari juga, dan kini beliau telah selamat di kebumi dan berkongsi gembira dengan rakyat Malaysia. Kita akan sambut secara besar-besar juga."

Banyak juga cerita yang berlaku di bumi kebelakangan ini rupanya. Disini kita nak senaraikan beberapa orang yang rasanya perlu diwar-warkan agar kita semua sedar dan dapat mengambil pengajaran dari apa yang berlaku. Fokus adalah kepada skim M. Kenapa, kerana M adalah yang paling famous. Orang kata, gahnya sektor gomen kerana M, dan ia boleh tersembam jatuh pun kerana M. Oleh kerana M selalu diberi perhatian dan ada dikalangan M yang sengaja meminta untuk di beri perhatian maka jika wujud kekhilafan diantara M, pun kena beri perhatian.

Kita tujukan tulisan ini kepada M yang sengaja meminta untuk diberi perhatian. Bukan semua ya. Golongan ini lantang mengatakan mereka terpilih, 'creme de la creme', semacam tiada benda yang boleh tidak memaksumkan mereka. Jangan marah kerana ini bukan untuk semua M. Sekarang, sudah terbongkar bahawa M bukan maksum kesemuanya. Ada juga yang membawa lumpur yang hitam, busuk lagi menjijikkan untuk dipalitkan keatas skim mereka. Kita senaraikan sedikit contoh...

1. Kes dipejabat tanah. Warta arus perdana telah melaporkan seorang pegawai muda telah didakwa diatas pemilikan aset bernila 2 juta dalam tempoh 3 tahun bekerja sedangkan beliau mempunyai satu lobang pendapatan sahaja.

2. Kes khalwat pengarah JPJ dengan seorang PSU. Telah ditangkap berdua-duaan disebuah hotel pada waktu semua orang sepatutnya tidur termasuklah anak isteri pengarah berkenaan. Pengarah tersebut di pool kan di JPA dan PSU tersebut mungkin diberhentikan kerana masih belum sah jawatan.

3. Awal 2007, 11 orang M baru yang dikatakan kurang diplomatik dengan pegawai di jabatan mereka di parcel C. Pegawai baru ini dikatakan menghantar emel kepada KSN kerana gaji lewat masuk. Biasalah kalau baru kerja biasanya gaji lewatlah masuk sedikit. Lalu KSN meminta orang atasan melihat perkara ini. Melentinglah Datin di jabatan tersebut. akhirnya setelah ditrace oleh seorang F, maka dpatlah si penulis emel tadi. Seronoklah si Datin 'sembelih' M yang masih berhingus itu.

4. Seorang KSU (mustahil kalau ada KSU dari gred bukan M), telah menandatangani pembelian aset yang diketahui melebihi jumlah yang sepatutnya beliau dibolehkan menandatangani pembelian tersebut. Dikatakan jumlah besar itu hanya Menteri yang berkuasa menandatanganinya. Maka menangislah ahli keluarga orang-orang 'ikan bilis' di kementerian itu setelah diheret oleh BPR diatas kecuaian tersebut.

5. Seorang ketua pengarah sebuah jabatan di bangunan merah putrajaya telah menjadikan jabatan yang dahulunya harimau menjadi seekor tikus pondan. Dahulunya Dato' N menjadikan jabatan ini disegani dengan bantuan seorang J. Bila Dato N pencen ia diganti pula dengan Dato' R. Dato R' masih meneruskan kecemerlangan tersebut tetapi dengan sedikit peratus penurunan. Apabila pencennya Dato R maka diganti dengan R juga tapi tanpa Dato. Malangnya setelah beliau telah berniat tidak baik untuk menukarkan semua pengarah yang bukan M kepada pengarah M, jabatan tersebut telah ditakdirkan kredibilitinya mencanak turun menyembah bumi.


Dari kelima-lima kes diatas membuktikan bahawa mereka yang mendakwa creme de la creme tidak lah begitu berkrim. Ada yang masih kencing berbuih, tetapi sudah rosak dalamannya. Bagaimana dikatakan mereka melalui proses pemilihan yang ketat. Nampaknya pemilihan mereka perlu diperbaiki lagi dengan melebihkan penerapan agama mungkin, sebagai salah satu contoh. Dibuktikan juga bahawa bukan semua M adalah tip-top dari segi management kerana ada juga yang berlagak tahu sedangkan dia tahu entah apa-apa. Dibuktikan juga bukan semua M berani mempertahankan diri dari diguna oleh orang lain. Walaupun kita diugut untuk ditukar (sebagai contoh, tidak berkaitan dengan kes yang disebutkan) atau apa saja tetapi apa yang tidak boleh dan melanggar peraturan kita kena tetap pendirian. So nak buat apa dengan mereka ini? Lupuskan atau jual di tempat barang lusuh? Terpulanglah..

Oh..ada lagi satu kes..seorang M44 dan sedang menunggu untuk ke M48 di pejabat berhampiran PJH putrajaya yang selalu terkantoi semasa memberi komen bagi menyokong komennya sendiri di dalam blog ini. Walaupun sudah berumur menjangkau 33 tahun pada 2008 tetapi beliau masih tertanya-tanya bagaimana beliau boleh di trace...peace brother...

Sekian dulu..sori kelam kelibut sikit sebab nak pergi ISS..jam 3.00 nak kena ada di khazastan.

4 comments:

Anonymous said...

kesian-kesian....

Anonymous said...

cikgu pun sempat nak pi angkasa yek...mmg hebat...patutlah!

musket said...

cerita aku; dalam batch yang sama kat U, ada yg jadi kuli, ada jadi pegawai swasta, ada jadi pegawai di agensi kerajaan dan ada yang jadi M.. kami saling kenal dan tahu tahap 'power' masing-masing.. rasanya org lain pun mcm tuh.. jadi, ikutlah resmi padi.. makin berisi makin tunduk.. jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung.. takut-takut nanti tumbuh telur pulak kat dahi tu.. bukan cerita cream of the cream, tapi itu semua rezeki ALlah Taala .. aku boleh tunjuk sorang-sorang graduate 3rd Class kat U yang jadi M..bahkan ada yang dapat dok kat oversea pun skrg nih.. jadi, belajar la bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Ilahi dan anggaplah jawatan M itu sebagai amanah dari tuhan.. barulah berkat di dunia, bahagia di akhirat ..

Anonymous said...

kenyataan no.3 tu kurang tepat. sila siasat betul2 dahulu. tq!