Buat pembaca budiman...

Coretan kami bukan sekadar untuk dipandang tetapi difikirkan.. Kami sekadar menegur cuma.. Jika ada yang terluka maka ampun dipinta..

Wednesday, August 8, 2007

Pensyarah Universiti

Artikel penuh ada di Univerct

Tugas pensyarah meliputi: Pengajaran, penyeliaan pelajar undergrad, postgrad dan post-doctorate, penyelidikan, pengembangan (consultancy), khidmat masyarakat, pentadbiran, seminar/proceedings, khidmat sbg ahli persatuan profesional dan paling penting untuk kenaikan pangkat- penerbitan serta lain-lain tugas seperti felo asrama, felo pusat kecemerlangan/penyelidikan dan lain-lain tugas seperti yang diarahkan oleh pimpinan organisasi.

Jadi, bagi aku tugas pengajaran hanya meliputi 30% dari tugas pensyarah. Memang patutlah aku sukar bertemu dgn pensyarah melainkan dengan temujanji sahaja. Memulakan kerjaya sebagai ahli akademik sangat mencabar. Anda jika hanya ada first degree akan diserap ke gred sementara Tutor dengan gaji yang kecil seperti seorang cikgu berijazah. Anda perlu segera sambung belajar ke Master. Semua urusan buat sendiri. Hatta nak telefon ke universiti atau bakal penyelia semuanya dengan kos sendiri. Setelah ditawarkan tempat, barulah Uni./JPA/KPT akan pertimbangkan permohonan anda. Then off you go to your university. Masalahnya ialah anda hanya akan layak dinaikkan pangkat ke pensyarah hanya setelah anda mendapat ijazah PhD. Jadi utk menjadi pensyarah sekarang tak semudah dulu. Jadi 2 tahun + 3 tahun maka seawal-awal anda mendapat PhD ialah 4 tahun. Lebih menarik, jika anda gagal anda akan dipecat dan diwajibkan membayar ganti rugi…mmm..adalah sekitar 200-350 K kot.

Gah ke menjadi pensyarah. Ntahlah.. pemerhatian aku, ikut naluri masing-masing. Orang kampung mungkin salute la tengok pensyarah ni. Tapi laa ni, pensyarah ni pada mata masyarakat nilainya sama aje macam cikgu. Kerana apa? Mungkin kerana taraf hidupnya sama aje macam orang lain.. harap ilmu ajelah yang lebih. Tapi ilmu lebih pun tak boleh jadi jutawan (nilai & darjat pada mata umum sekarang). Sedara aku yang balik dari Jepun dengan first degree dah dapat gaji RM4-5K sebulan. Sama dengan gaji pokok Profesor Madya.

Kalau inginkan gaji yang lebih dalam sektor awam, jadilah Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Kerja yang lebih mudah dari pensyarah tapi skala dan insentif yang lebih menarik. Tapi ada juga PTD yang cemburu dengan akademik ni (berdasarkan surat di utusan Malaysia yang menentang idea kenaikan gaji pensyarah). Mungkin terasa kedudukan mereka terancam dengan suara intelektual academician. Aku rasa para akademik tak respect pun dengan PTD ni… menyampah adalah. Mungkin kerana kuasa mereka melebihi seorang profesor dalam sesetengah hal. Semenjak IPT dibawah KPT, ada banyak perkara yang para profesor perlu berdepan dengan birokrat yang menyusahkan. Kesian para academician.. seakan aristotle berhadapan dengan senat Rom. Bilalah ahli akademik dan ilmuan akan disanjung dan popular macam mawi? Mustahil aku rasa. Kerana para akademik ni tak nak disanjung, mereka nak dihormati dengan diberikan hak dan status yang sama seperti rakan sejawatan di National University of Singapore, MIT, Oxford dan sebagainya.

Tentang kerja pensyarah vs PTD.. aku yakin pensyarah lebih susah. Kerana apa? Kerana kalau nak naik pangkat mengikut prosedur standard, pensyarah perlu mempunyai track record penerbitan yang baik iaitu berjaya menerbitkan makalah di jurnal-jurnal antarabangsa. Penerbitan di jurnal antarabangsa menunjukkan tahap intelektual dan kerja pensyarah terebut diiktiraf komuniti saintis dan teknologis secara global. Kesimpulannya.. anda harus mempunyai IQ setaraf (tak lebih tak apa, hampir-hampir pun ok la tu) John Nash, Aaron Sloman, Noam Chomsky dan sewaktu dengannya untuk dinaikan pangkat. Ialah.. kalau penulisan anda diterima oleh panel yang sama mewasit kertas Mr Sloman bukankah anda ’sekufu’ dengannya. Kalau cerita lawak anda diterima majalah Ujang, maka anda mungkin mempunyai imaginasi dan kreativiti yang sama seperti Lengkuas. Nak naik pangkat juga wajib mendapat sokongan referee/pewasit iaitu peer profesors dari luar dan dalam negara. PTD? Tak perlukan


4 comments:

Anonymous said...

Pelik..Sungguh pelik..Bg aku lah..Setiap hari kita berdepan dengan membuat pilihan..So..bila kita dah memilih untuk menjadi guru atau pensyarah atau PTD..that is ur choice!! Sebelum membuat pilihan pasti kita telah membuat pertimbangan yang sewajarnya tentang gaji, elaun, syarat kenaikan pangkat dll. Profesion guru n pensyarah merupakan yang paling mulia..mendidik anak bangsa..mendapat pahala dunia dan akhirat..kenapa perlu ada ' ruangan ' seperti ini? ..if u dont like to be a teacher or lecturer..so make ur choice....Aku tak nampak apa2 point untuk kita ada ruangan seperti ini..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Halim Anwar said...

Agree

Anonymous said...

agreed as well.....