Buat pembaca budiman...

Coretan kami bukan sekadar untuk dipandang tetapi difikirkan.. Kami sekadar menegur cuma.. Jika ada yang terluka maka ampun dipinta..

Friday, August 3, 2007

KSN sedar rupanya

Perdana Menteri Malaysia telah mengarahkan agar semua Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen dikehendaki meletak jawatan daripada persatuan sukan. Di antara alasannya ialah agar mereka ini tidak memegang terlalu banyak tanggungjawab dan oleh itu merasa terbeban.

Tidak lama lagi arahan ini pastinya akan dituruti oleh MB dan Ketua Menteri seperti yang dimahukan oleh penulis di Malaysiakini ini 'Don't Allow MB's to Moonlight'.

Namun sesuatu yang pasti ialah alasan tersirat PM itu yang mahukan agar industri sukan di Malaysia boleh terus dimajukan. Tentulah PM tidak akan menyatakan dengan jelas akan perkara ini bagi menjaga air muka pihak tertentu. Ramai juga yang beranggapan bahawa arahan ini merupakan isyarat akan perlunya meletakkan seseorang yang ahli pada tempatnya.

Isyarat ini secara jelas mahukan pentadbiran sesuatu persatuan itu biarlah diterajui oleh individu-individu yang berkeupayaan. Perkara ini juga merupakan isyarat kepada sektor awam bahawa individu-individu yang berkeupayaan juga perlu diletakkan sesuai pada tempatnya.

Jika mengambil kira nasihat PM ini, amat banyak rombakan perlu dilaksanakan di dalam sektor awam. Sektor awam yang lesu dengan markah C+ daripada World Competitiveness Report, bukan berpunca daripada kakitangan awam yang tidak cekap atau tidak berkemahiran.

Kakitangan awam memang ramai yang cekap, berkeupayaan dan berkemahiran tetapi yang menjadi masalahnya ialah sistem yang tidak kondusif untuk memajukan sektor awam sendiri.

Sistem inilah yang menenggelamkan kakitangan awam yang berkeupayaan dan cemerlang yang sepatutnya ditonjolkan dan diberi ruang yang lebih meluas demi kecemerlangan sektor awam. Tan Sri KSN sendiri semasa berucap ketika menutup Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Pelajaran dan Negeri ke-10 telah sedar bahawa sektor awam kekurangan indvidu yang cemerlang.

KSN mengatakan tidak ramai PTD yang baru dilantik merupakan mereka yang cemerlang. Walaubagaimanapun dipercayai KSN hanya melihat kepada skop pegawai PTD sahaja. Sebenarnya telah lama diketahui bahawa pegawai PTD ini tidak memiliki kecemerlangan yang disebutkan oleh KSN itu dan tahniah juga diucapkan kepada KSN kerana telah mengakui akan kelemahan ini. Kelemahan ini telah diakui sendiri oleh para fasilitator di PAC dan mungkin mereka telah memanjangkan perkara ini kepada KSN.

Kakitangan yang merupakan pelajar cemerlang sebenarnya wujud dan ramai di dalam sektor awam. Kakitangan ini seperti yang telah dijelaskan tadi telah ditenggelamkan oleh sistem yang sedia ada. KSN perlu dikejutkan dan dimaklumkan akan kelemahan sistem ini juga.

Oleh itu, kita mengalu-alukan akan arahan KSN kepada SPA untuk mengadakan kajian mengapa pelajar cemerlang tidak berminat memasuki sektor awam.

Satu lagi cadangan kepada KSN, lakukanlah kajian menyeluruh dimanakah letaknya bekas pelajar cemerlang yang sedang berkhidmat di dalam sektor awam dan kenalpasti mengapa terjadinya perkara ini.

Semoga sistem akan lebih diperbaiki sementara menantikan kepulangan Nur Amalina Che Bakri berkhidmat di kerajaan.

'Sebelum negara menjadi maju, sektor awam harus maju dahulu'



7 comments:

Halim Anwar said...

Dear CivilServant,

Hai, nampaknya blog awak tak dapat sambutan, sebab latest postings x dapat komen sikit pun. Jadi komeng ler deme. Tapi xpe, teman kesian kat deme, jadi kene ler bagi komen.

I quote your original post: "Ramai juga yang beranggapan bahawa arahan ini merupakan isyarat akan perlunya meletakkan seseorang yang ahli pada tempatnya."

Kenapa CivilServant meletakkan YAB Perdana Menteri kita pada tahap yang rendah dengan mengatakan YAB PM terpaksa berkias-kias dalam memberi arahan kepada pegawai kerajaan untuk membuat sesuatu perubahan?

Adakah CivilServant ingin mengatakan bahawa YAB PM tidak berani untuk memberi arahan secara terang-terang, lantas menggunakan isyarat melalui arahan kepada para Pak Menteri?

Kalau YAB PM nak beri arahan, beliau cakap aje, pegawai kerajaan mesti ikut.

Cakap jangan sebarang cakap, orang sudah tahu identiti yang empunya blog ini.

Saya tidak bercadang menulis panjang sebab masih banyak perkara berfaedah yang perlu saya buat berbanding 'melayan' paranoid golongan 'cerdik-pandai' seperti CivilServant dan konco2nya..

Satu lagi,

Betul ke datang dari mulut Y.Bhg Tan Sri KSN sendiri mengenai perkara di bawah yang anda cipta dalam original post tu?

"KSN mengatakan tidak ramai PTD yang baru dilantik merupakan mereka yang cemerlang. Walaubagaimanapun dipercayai KSN hanya melihat kepada skop pegawai PTD sahaja. Sebenarnya telah lama diketahui bahawa pegawai PTD ini tidak memiliki kecemerlangan yang disebutkan oleh KSN itu dan tahniah juga diucapkan kepada KSN kerana telah mengakui akan kelemahan ini. Kelemahan ini telah diakui sendiri oleh para fasilitator di PAC dan mungkin mereka telah memanjangkan perkara ini kepada KSN."

Macamana kalau saya email perkara ini kepada beliau untuk makluman?

Anda tentu tahu bahawa kalau kita quote atau menggunakan nama seseorang untuk kepentingan peribadi, boleh menyebabkan legal implication?

Fikir-fikirkanlah..

RohaJanda said...

Tak komen tak semestinya takde sambutan. Kalau takde sambutan takde pula en. halim jenguk blog ni kan.

PM nak jaga hati PTD kot. nanti kalau cakap stret to de poin terasa pulak PTD yang bijak pandai tambah2 lagi macam en. halim yang berjaya meyakinkan PM melalui idea en. halim tu. sebab tu dia nak suruh PTD "berfikiran kritis" hehee..

en. halim peminat blog ni ke. asyik en. halim je komen. hehe.. macam tukang palu gendang PTD plak hehe... ke saje nak glamer sebab nak naik pangkat cepat hehee...

syoknye kalau dapat jadi isteri en. halim. berani, tegas, macho, pandai dan banyak duit.. taknak kat saye ke? saya pun tak hingin hehe...

blog ini buruk said...

diorang ni cikgu ke, dokte ke, enjinier ke, lecturer ke hape? kalau dah keje tu keje je lah.

pi ngajo budok nu lagi baik dari dok kritik orang. Kalu takde PTD, sektor kerajaan tak maju macam sekarang tau. Ingat, JPA tu yg jaga korang seme. Seme tu apa..PTD lah! Ingat jasa orang sket.

Halim Anwar said...

Rohajanda kata “Tak komen tak semestinya takde sambutan. Kalau takde sambutan takde pula en. halim jenguk blog ni kan”.

Uisy, saya tengok tak bermakna ada sambutan. Sebabnya, kalau ada orang tengok tak semestinya dianggap ‘ada sambutan’.

rohajanda kata “PM nak jaga hati PTD kot. nanti kalau cakap stret to de poin terasa pulak PTD yang bijak pandai tambah2 lagi macam en. halim yang berjaya meyakinkan PM melalui idea en. halim tu.”

Makacih coz puji saya. Tapi camna tau? Anyway, there’s no need for YAB PM to consider PTD’s feelings since they are just part of the Government administration, no more no less.

U quote YAB PM nak suruh PTD "berfikiran kritis", tu sebenarnya ditujukan kepada semua penjawat awam, bukannya PTD aje.

”en. halim peminat blog ni ke. asyik en. halim je komen. hehe.. macam tukang palu gendang PTD plak hehe... ke saje nak glamer sebab nak naik pangkat cepat hehee... “

Saya bukan peminat blog ni. Nak tau minat saya? Newsweek, Bloomberg, Economist, NST, BMJ, EPL, ROHAJANDA (eh syilap…) etc..

Btw, BMJ stands for the British Medical Journal. Not that I’m a medical doctor, but my wife is. So, it’s kinda her reading. I just enjoy watching her read it. You know what, while I always enjoy listening to her stories doing ops in the operation theatre, she reciprocates with a very short remark, “We doctors respect PTDs, because many times PTD work after office hours without being paid. And they never complain.”

syoknye kalau dapat jadi isteri en. halim. berani, tegas, macho, pandai dan banyak duit.. taknak kat saye ke? saya pun tak hingin hehe...

Mmm… my wife is a pious doctor. She already told me that she knows I’m capable of having a second wife. But, she said if she were to have her say, then she’d advise me to follow our beloved Nabi Muhammad saw who married a widow. So, you are a janda eh.. bukan andalusia kan. And janganler kata tak hingin, belum tengok belum tau.. Nowadays girls are after married men, especially those yang berani, tegas, macho, pandai dan banyak duit.

Sebut pasal duit, ni nak tanya skit.. naper sekitar 90an n sblmnya masa PTD kena tunggu sampai 12 tahun nak naik M48, hangpa suma tak bising pun n TAK DENGKI pun kat PTD. Maklumlah masa tu, gaji kecik, pakai kete 2nd hand, tak macam govt officers lain boleh pakai kete besar2 sebab byk side incomes. Nak bet?

PTD susah nak buat part-time kat private x mcm kawan2 dr, ir, ar, lcter, gru leh wat locum lah, tuisyen lah, sign drawing lah… tang tu tak bising pun.

Now they are still given the latitude by the Govt to do part-times so long as their permanent work as govt officers is not compromised. Which means, they are all the time earning much more than PTD. Tapi naper skrg lak baru nak bising.

Rohajanda ku, do you know anything about manhour?

I used to work at a world-class manufacturing company for a few years before I joined the Government. Not going to tell you everything about bolts and nuts, I think u should learn how the manhour formula, a basis to calculate worker's salary, works.

Very simple, take your monthly gross salary and divide it with your total working hours every month. Say, you work 8 hours a day for 25 days per month. If your monthly gross salary is RM2500, then your manhour rate is RM2500/25days/8hpd=RM12.5. This excludes the hours you spend to finish your work after office hours without overtime pay.

Which means, if roughly you work on average extra 2 hours after your normal punch-out time, then you need to incorporate more hours in the formula, which then goes like this:

RM2500/25days/10hpd=RM10. RM10 is your manhour rate. Exponentially, the more hours you work outside your normal office hours, including during weekends, without overtime pay, the less your manhour will be.

AND THIS IS NORMAL TO PTDs. But, you know, PTDs never whine over this thing.

rohajanda said...

waa en. halim, suka lah cara en. halim ni, very diplomatic. patutla sesuai jadi PTD hehehe...
tak heran kalau doktor dah jatuh hati kat en. halim. tahniah la kat si doktor tu...saya jugak la yang dok macam ni..hehehe...
tapi i tak suka PTD la en. halim. kalau nak tahu dia la yg ceraikan i dulu. hiss memang saya tak leh lupa. burukkan nama PTD je..
hehee... tapi en. halim dah buka mata yg PTD very diplomatic..heee romantiknya..

kongsila cerita en. halim tu kat sini.. biar orang tahu en. halim is somebody..

er..takpeke saya merepek kat blog tak guna ni?..???hehe. tuan blog jgn marah...anginku dah beralih arah hahhahaa..

rohajanda said...

eh apsal tak kluar komen aku ni? woi tuan blog server kau down ye...

camne en. halim nak baca ni...woi tuan blog tak guna...mana komen I ha???

rohajanda said...

eeeeeeeeeeeeeeeee....geramnye aku!!!!!!! stupit blog