Buat pembaca budiman...

Coretan kami bukan sekadar untuk dipandang tetapi difikirkan.. Kami sekadar menegur cuma.. Jika ada yang terluka maka ampun dipinta..

Sunday, August 26, 2007

Hmmm...

Nampak gayanya blog ni dah sedikit sebanyak dah dapat perhatian pihak-pihak tertentu. Baguslah begitu. Sekurang-kurangnya kita yang bukan 'M' ni tahu tentang pandangan dan pe'mandang'an dari wakil-wakil skim 'M'. Tetapi saya amat berharap ini bukanlah pandangan semua 'M'.

Sebagai permulaan cerita, eloklah kita renung sejenak tentang beberapa komen-komen yang telah diutarakan oleh beberapa wakil-wakil 'M' (atau wakil, nama byk tapi orgnya sama ;)). Saya tersentuh apabila seorang guru yang telah bertukar perkhidmatan kepada skim 'M' memberikan pandangannya. Pandangannya bagus dari segi ingatannya tentang semasa menjadi guru dahulu. Dan sebenarnya tambah bagus lagi jika pengalaman yang bekas guru perolehi ini dapat dijadikan iktibar dan digunakan beliau untuk memajukan sektor pendidikan. Bekas guru ini telah nampak di mana kekurangan skim 'DG'. Apalah salahnya beliau mengutarakan pengalamannya kepada pihak yang menguruskan sumber manusia (JPA) dan membantu guru-guru kita mendapat peluang dari segi gaji dan pangkat yang sama adil. Dan tak salah jika saya katakan itulah sebenarnya itulah peranan 'bekas guru' yang telah berpindah skim 'M' itu. Bantulah skim 'DG' supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan. Jadi tak perlulah guru-guru ini bersusah payah mencari sumber pendapatan tambahan. Moga-moga institusi perguruan akan lebih cemerlang.

Kepada En. Halim, saya bersyukur kerana En. Halim mempunyai seorang isteri yang bertugas sebagai seorang doktor. En. Halim juga nampaknya amat memahami dan menyanyangi isterinya. Saya tumpang gembira. Inilah yang kita mahukan. Persefahaman dalam rumahtangga. Tetapi, adakah En. Halim pernah terfikir untuk menggunakan semua pengalaman dan ilmu yang diperolehi dari isteri En. Halim serta pembacaan En. Halim sendiri untuk memajukan kerjaya seorang doktor? Adakah salah jika En. Halim berusaha meyakinkan pihak pengurusan sumber manusia tentang kepayahan dan perit jerih mereka menjadi seorang doktor? Persoalannya di sini adakah En. Halim telah menggunakan semua ilmu dan pengalaman En. Halim perolehi dalam memajukan skim 'U'? Saya kadang-kadang tertanya-tanya, sanggupkah En. Halim membiarkan isteri En. Halim yang bekerja bertungkus lumus menyelamatkan nyawa orang lain dengan keadaan kerjayanya yang tidak terurus? Risiko kerja yang tidak setimpal dengan gaji yang ditanggungnya tidakkah mendetikkan sesuatu di dalam hati En. Halim?

Saya percaya bahawa bukan semua penjawat awam dari skim 'M' datang dari kayangan. Maksud saya tidak pernah susah atau tiada pengalaman pahit jerih suatu ketika dahulu. Ada juga yang mempunyai pengalaman pahit dalam hidupnya. Ada juga yang pernah bekerja dalam skim lain sebelum ini. Jadi, tuan-tuan nampak di mana 'weak point' dan sebagai seorang dari skim 'M' tuan-tuan bertanggungjawab untuk menambahbaik kerjaya mereka (Sila rujuk peranan PTD). Saya amat berharap agar tuan-tuan tidak menjadikan "melepaskan pucuk masing2" sebagai prinsip hidup. Moga-moga amanah yang tuan-tuan pikul itu dapat dilaksanakan sebaiknya. Kerana apa-apa tindakan yang diputuskan oleh tuan-tuan akan melibatkan kesemua penjawat awam. Bayangkan jika tersilap atau tersalah membuat keputusan. Bila berlaku demikian, tuan-tuan telah dikira menzalimi penjawat2 awam skim lain. Bayangkan jika setiap seorang dari mereka berdoa (Doa mereka yang dizalimi adalah antara doa2 yang mudah dimakbulkan). Itu belum lagi kira apabila disoal Malaikat Mungkar dan Nangkir tentang amanah setelah ajal datang menyinggah. Saya amat berharap tuan-tuan dari skim 'M' semua mempertimbangkan perkara ini. Terima kasih.

No comments: