Buat pembaca budiman...

Coretan kami bukan sekadar untuk dipandang tetapi difikirkan.. Kami sekadar menegur cuma.. Jika ada yang terluka maka ampun dipinta..

Tuesday, August 28, 2007

Pelan Strategik IPTA

Kerajaan mula melancarkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara semalam bagi mencetuskan pembaharuan dan transformasi kepada semua IPT di negara ini. Elok juga bila difikirkan bahawa IPT-IPT memang seharusnya dilepaskan dari belenggu-belenggu tertentu yang mungkin merencatkan suasana yang kondusif di IPT.

Antara langkah yang dikenalpasti ialah meningkatkan tadbir urus sediri di kalangan IPTA. Langkah ini akan membolehkan IPTA diberikan lebih autonomi di dalam beberapa perkara tertentu dan para-para Naib Canselor tentulah menyambut baik langkah ini.

Aspek tadbir urus berkesan turut menekankan kepada pemilihan pegawai yang sesuai serta individu yang komited, efisien dan berintegriti. Untuk menyemai tadbir urus berkesan ini, adalah dipercayai ianya perlu bermula daripada pemilihan pegawai-pegawai tertinggi yang meneraju universiti itu sendiri.

Pemilihan pegawai-pegawai tinggi seperti NC dan TNC di IPTA memperlihatkan sedikit ketidaktelusan di dalam pemilihannya. Kriteria-kriteria yang selayaknya perlu ditetapkan bagi menjamin yang memegang tampuk peneraju IPT tersebut merupakan yang layak mengikut falsafah sebenar.

Bukan juga niat untuk mengatakan bahawa semua NC dan TNC tidak layak untuk berada di kerusi tersebut tetapi masih banyak ruang dan koridor dapat dilihat dan dipertikai oleh masyarakat IPT.

Sekarang inipun, isu Dr. Azly Rahman yang juga selalu dilaporkan oleh Malaysiakini dengan salah sebuah universiti di utara Malaysia juga masih belum selesai. Seharusnya ini dijadikan salah satu inisiatif bagi menjayakan projek 'BrainGain' iaitu memanggil pulang pakar-pakar Malaysia yang sedang berada diluar negara berkhidmat di Malaysia. Tetapi sehingga kini, tidak dapat dilihat satu usaha yang menyeluruh mengenai usaha ini.

Mengikut blog Univerct memang sukar untuk menaiki taraf Profesor di universiti. Berbagai-bagai penyelidikan dan tugasan yang perlu diselesaikan

Tugas pensyarah meliputi: Pengajaran, penyeliaan pelajar undergrad, postgrad dan post-doctorate, penyelidikan, pengembangan (consultancy), khidmat masyarakat, pentadbiran, seminar/proceedings, khidmat sbg ahli persatuan profesional dan paling penting untuk kenaikan pangkat- penerbitan serta lain-lain tugas seperti felo asrama, felo pusat kecemerlangan/penyelidikan dan lain-lain tugas seperti yang diarahkan oleh pimpinan organisasi.

Melalui pemberian kuasa autonomi, kita tidak mahu lagi ada Naib Canselor yang dilantik bukan daripada kalangan ahli akademik. Tentu ramai yang tidak menyedari bahawa ada Naib Canselor IPT tidak pun perlu bersusah payah memberi kuliah, penyelidikan, post-doctorate dan lai-lain lagilah tetapi boleh pula menjadi Naib Canselor di IPT awam. Pemilihan mereka ini sebenarnya mengundang banyak kelemahan dan keraguan di kalangan masyarakat akademik. Keyakinan ahli akademik terhadap Kerajaan pada masa tersebut berada di tahap terendah.

Kita tidak tahu apa yang melayakkan mereka duduk disana. Kita juga tidak tahu apa keriteria yang meyebabkan mereka duduk di sana. Kita juga tidak tahu kenapa mereka sanggup menerima jawatan tersebut sedangkan tahu bahawa diri tidak seharusnya duduk di sana.

Apabila kerajaan memilih perkara sedemikian, lalu menyalahkan prestasi IPT yang tidak berada dalam 'ranking' yang baik tentulah tidak adil bagi para ahli akademik. Adakah dalam masa tiga tahun lagi kita bakal mencapai ojektif sekurang-kurangnya dua IPT berada di dalam senarai 100 terbaik? Memang memerlukan transformasi...

Apa yang menariknya, seperti ramai di dalam sektor awam sedar, golongan yang menduduki kerusi Naib Canselor ini adalah daripada golongan yang memiliki strategi monopoli jawatan-jawatan utama di sektor awam. Strategi monopoli ini telah dijelaskan dan dapat dilihat hasilnya serta kesan yang berlaku. Tidak meletakkan sesuatu yang AHLI pada tempatnya telah dilaksanakan.

Usahlah jika kail panjang sejengkal, lautan dalam hendak diduga. Usahlah demi strategi tertentu, habis rosak susu sebelanga.

Sunday, August 26, 2007

Hmmm...

Nampak gayanya blog ni dah sedikit sebanyak dah dapat perhatian pihak-pihak tertentu. Baguslah begitu. Sekurang-kurangnya kita yang bukan 'M' ni tahu tentang pandangan dan pe'mandang'an dari wakil-wakil skim 'M'. Tetapi saya amat berharap ini bukanlah pandangan semua 'M'.

Sebagai permulaan cerita, eloklah kita renung sejenak tentang beberapa komen-komen yang telah diutarakan oleh beberapa wakil-wakil 'M' (atau wakil, nama byk tapi orgnya sama ;)). Saya tersentuh apabila seorang guru yang telah bertukar perkhidmatan kepada skim 'M' memberikan pandangannya. Pandangannya bagus dari segi ingatannya tentang semasa menjadi guru dahulu. Dan sebenarnya tambah bagus lagi jika pengalaman yang bekas guru perolehi ini dapat dijadikan iktibar dan digunakan beliau untuk memajukan sektor pendidikan. Bekas guru ini telah nampak di mana kekurangan skim 'DG'. Apalah salahnya beliau mengutarakan pengalamannya kepada pihak yang menguruskan sumber manusia (JPA) dan membantu guru-guru kita mendapat peluang dari segi gaji dan pangkat yang sama adil. Dan tak salah jika saya katakan itulah sebenarnya itulah peranan 'bekas guru' yang telah berpindah skim 'M' itu. Bantulah skim 'DG' supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan. Jadi tak perlulah guru-guru ini bersusah payah mencari sumber pendapatan tambahan. Moga-moga institusi perguruan akan lebih cemerlang.

Kepada En. Halim, saya bersyukur kerana En. Halim mempunyai seorang isteri yang bertugas sebagai seorang doktor. En. Halim juga nampaknya amat memahami dan menyanyangi isterinya. Saya tumpang gembira. Inilah yang kita mahukan. Persefahaman dalam rumahtangga. Tetapi, adakah En. Halim pernah terfikir untuk menggunakan semua pengalaman dan ilmu yang diperolehi dari isteri En. Halim serta pembacaan En. Halim sendiri untuk memajukan kerjaya seorang doktor? Adakah salah jika En. Halim berusaha meyakinkan pihak pengurusan sumber manusia tentang kepayahan dan perit jerih mereka menjadi seorang doktor? Persoalannya di sini adakah En. Halim telah menggunakan semua ilmu dan pengalaman En. Halim perolehi dalam memajukan skim 'U'? Saya kadang-kadang tertanya-tanya, sanggupkah En. Halim membiarkan isteri En. Halim yang bekerja bertungkus lumus menyelamatkan nyawa orang lain dengan keadaan kerjayanya yang tidak terurus? Risiko kerja yang tidak setimpal dengan gaji yang ditanggungnya tidakkah mendetikkan sesuatu di dalam hati En. Halim?

Saya percaya bahawa bukan semua penjawat awam dari skim 'M' datang dari kayangan. Maksud saya tidak pernah susah atau tiada pengalaman pahit jerih suatu ketika dahulu. Ada juga yang mempunyai pengalaman pahit dalam hidupnya. Ada juga yang pernah bekerja dalam skim lain sebelum ini. Jadi, tuan-tuan nampak di mana 'weak point' dan sebagai seorang dari skim 'M' tuan-tuan bertanggungjawab untuk menambahbaik kerjaya mereka (Sila rujuk peranan PTD). Saya amat berharap agar tuan-tuan tidak menjadikan "melepaskan pucuk masing2" sebagai prinsip hidup. Moga-moga amanah yang tuan-tuan pikul itu dapat dilaksanakan sebaiknya. Kerana apa-apa tindakan yang diputuskan oleh tuan-tuan akan melibatkan kesemua penjawat awam. Bayangkan jika tersilap atau tersalah membuat keputusan. Bila berlaku demikian, tuan-tuan telah dikira menzalimi penjawat2 awam skim lain. Bayangkan jika setiap seorang dari mereka berdoa (Doa mereka yang dizalimi adalah antara doa2 yang mudah dimakbulkan). Itu belum lagi kira apabila disoal Malaikat Mungkar dan Nangkir tentang amanah setelah ajal datang menyinggah. Saya amat berharap tuan-tuan dari skim 'M' semua mempertimbangkan perkara ini. Terima kasih.

Wednesday, August 22, 2007

Tiada Tajuk....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terima kasih kepada penulis-penulis komen yang kebanyakannya bertentangan dengan blog ini. Terima kasih juga kepada yang menyokong blog ini. Idea dan komen anda adalah dihargai.
Terima kasih juga kepada yang ter'kantoi' memberi ulasan terhadap komen sendiri menggunakan nama orang lain walaupun komen itu belum dipublish lagi...

Terima kasih kepada rohajanda, hasan sidek dan mahaber kerana mengunjungi blog ini. Kepada anda bertiga, sila gunakan bahasa yang diplomatik dalam komen anda jika mahu ia dipublish...walaupun anda menghentam PTD.

Ada juga yang mengaitkan blog ini dengan pemimpin negara tertentu dengan membuat perbandingan corak pemerintahan pemimpin bekas PTD dan pemimpin bekas doktor. Terima kasih atas pandangan anda. Kami menghormati pandangan anda. Point anda sangat bagus tetapi buat masa ini kami masih belum mahu mengaitkan blog ini dengan politik.

Kepada yang menyokong, terima kasih sekali lagi. Kepada yang menentang sila datangkan hujah-hujah yang boleh diterima. Hujah dijawab dengan hujah akan memantapkan lagi pengetahuan kita.

Terima kasih semua. Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Yang ke-50. Merdekakan diri dan fikiran anda daripada 'dijajah'.

Wednesday, August 8, 2007

Pensyarah Universiti

Artikel penuh ada di Univerct

Tugas pensyarah meliputi: Pengajaran, penyeliaan pelajar undergrad, postgrad dan post-doctorate, penyelidikan, pengembangan (consultancy), khidmat masyarakat, pentadbiran, seminar/proceedings, khidmat sbg ahli persatuan profesional dan paling penting untuk kenaikan pangkat- penerbitan serta lain-lain tugas seperti felo asrama, felo pusat kecemerlangan/penyelidikan dan lain-lain tugas seperti yang diarahkan oleh pimpinan organisasi.

Jadi, bagi aku tugas pengajaran hanya meliputi 30% dari tugas pensyarah. Memang patutlah aku sukar bertemu dgn pensyarah melainkan dengan temujanji sahaja. Memulakan kerjaya sebagai ahli akademik sangat mencabar. Anda jika hanya ada first degree akan diserap ke gred sementara Tutor dengan gaji yang kecil seperti seorang cikgu berijazah. Anda perlu segera sambung belajar ke Master. Semua urusan buat sendiri. Hatta nak telefon ke universiti atau bakal penyelia semuanya dengan kos sendiri. Setelah ditawarkan tempat, barulah Uni./JPA/KPT akan pertimbangkan permohonan anda. Then off you go to your university. Masalahnya ialah anda hanya akan layak dinaikkan pangkat ke pensyarah hanya setelah anda mendapat ijazah PhD. Jadi utk menjadi pensyarah sekarang tak semudah dulu. Jadi 2 tahun + 3 tahun maka seawal-awal anda mendapat PhD ialah 4 tahun. Lebih menarik, jika anda gagal anda akan dipecat dan diwajibkan membayar ganti rugi…mmm..adalah sekitar 200-350 K kot.

Gah ke menjadi pensyarah. Ntahlah.. pemerhatian aku, ikut naluri masing-masing. Orang kampung mungkin salute la tengok pensyarah ni. Tapi laa ni, pensyarah ni pada mata masyarakat nilainya sama aje macam cikgu. Kerana apa? Mungkin kerana taraf hidupnya sama aje macam orang lain.. harap ilmu ajelah yang lebih. Tapi ilmu lebih pun tak boleh jadi jutawan (nilai & darjat pada mata umum sekarang). Sedara aku yang balik dari Jepun dengan first degree dah dapat gaji RM4-5K sebulan. Sama dengan gaji pokok Profesor Madya.

Kalau inginkan gaji yang lebih dalam sektor awam, jadilah Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Kerja yang lebih mudah dari pensyarah tapi skala dan insentif yang lebih menarik. Tapi ada juga PTD yang cemburu dengan akademik ni (berdasarkan surat di utusan Malaysia yang menentang idea kenaikan gaji pensyarah). Mungkin terasa kedudukan mereka terancam dengan suara intelektual academician. Aku rasa para akademik tak respect pun dengan PTD ni… menyampah adalah. Mungkin kerana kuasa mereka melebihi seorang profesor dalam sesetengah hal. Semenjak IPT dibawah KPT, ada banyak perkara yang para profesor perlu berdepan dengan birokrat yang menyusahkan. Kesian para academician.. seakan aristotle berhadapan dengan senat Rom. Bilalah ahli akademik dan ilmuan akan disanjung dan popular macam mawi? Mustahil aku rasa. Kerana para akademik ni tak nak disanjung, mereka nak dihormati dengan diberikan hak dan status yang sama seperti rakan sejawatan di National University of Singapore, MIT, Oxford dan sebagainya.

Tentang kerja pensyarah vs PTD.. aku yakin pensyarah lebih susah. Kerana apa? Kerana kalau nak naik pangkat mengikut prosedur standard, pensyarah perlu mempunyai track record penerbitan yang baik iaitu berjaya menerbitkan makalah di jurnal-jurnal antarabangsa. Penerbitan di jurnal antarabangsa menunjukkan tahap intelektual dan kerja pensyarah terebut diiktiraf komuniti saintis dan teknologis secara global. Kesimpulannya.. anda harus mempunyai IQ setaraf (tak lebih tak apa, hampir-hampir pun ok la tu) John Nash, Aaron Sloman, Noam Chomsky dan sewaktu dengannya untuk dinaikan pangkat. Ialah.. kalau penulisan anda diterima oleh panel yang sama mewasit kertas Mr Sloman bukankah anda ’sekufu’ dengannya. Kalau cerita lawak anda diterima majalah Ujang, maka anda mungkin mempunyai imaginasi dan kreativiti yang sama seperti Lengkuas. Nak naik pangkat juga wajib mendapat sokongan referee/pewasit iaitu peer profesors dari luar dan dalam negara. PTD? Tak perlukan


Friday, August 3, 2007

KSN sedar rupanya

Perdana Menteri Malaysia telah mengarahkan agar semua Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen dikehendaki meletak jawatan daripada persatuan sukan. Di antara alasannya ialah agar mereka ini tidak memegang terlalu banyak tanggungjawab dan oleh itu merasa terbeban.

Tidak lama lagi arahan ini pastinya akan dituruti oleh MB dan Ketua Menteri seperti yang dimahukan oleh penulis di Malaysiakini ini 'Don't Allow MB's to Moonlight'.

Namun sesuatu yang pasti ialah alasan tersirat PM itu yang mahukan agar industri sukan di Malaysia boleh terus dimajukan. Tentulah PM tidak akan menyatakan dengan jelas akan perkara ini bagi menjaga air muka pihak tertentu. Ramai juga yang beranggapan bahawa arahan ini merupakan isyarat akan perlunya meletakkan seseorang yang ahli pada tempatnya.

Isyarat ini secara jelas mahukan pentadbiran sesuatu persatuan itu biarlah diterajui oleh individu-individu yang berkeupayaan. Perkara ini juga merupakan isyarat kepada sektor awam bahawa individu-individu yang berkeupayaan juga perlu diletakkan sesuai pada tempatnya.

Jika mengambil kira nasihat PM ini, amat banyak rombakan perlu dilaksanakan di dalam sektor awam. Sektor awam yang lesu dengan markah C+ daripada World Competitiveness Report, bukan berpunca daripada kakitangan awam yang tidak cekap atau tidak berkemahiran.

Kakitangan awam memang ramai yang cekap, berkeupayaan dan berkemahiran tetapi yang menjadi masalahnya ialah sistem yang tidak kondusif untuk memajukan sektor awam sendiri.

Sistem inilah yang menenggelamkan kakitangan awam yang berkeupayaan dan cemerlang yang sepatutnya ditonjolkan dan diberi ruang yang lebih meluas demi kecemerlangan sektor awam. Tan Sri KSN sendiri semasa berucap ketika menutup Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Pelajaran dan Negeri ke-10 telah sedar bahawa sektor awam kekurangan indvidu yang cemerlang.

KSN mengatakan tidak ramai PTD yang baru dilantik merupakan mereka yang cemerlang. Walaubagaimanapun dipercayai KSN hanya melihat kepada skop pegawai PTD sahaja. Sebenarnya telah lama diketahui bahawa pegawai PTD ini tidak memiliki kecemerlangan yang disebutkan oleh KSN itu dan tahniah juga diucapkan kepada KSN kerana telah mengakui akan kelemahan ini. Kelemahan ini telah diakui sendiri oleh para fasilitator di PAC dan mungkin mereka telah memanjangkan perkara ini kepada KSN.

Kakitangan yang merupakan pelajar cemerlang sebenarnya wujud dan ramai di dalam sektor awam. Kakitangan ini seperti yang telah dijelaskan tadi telah ditenggelamkan oleh sistem yang sedia ada. KSN perlu dikejutkan dan dimaklumkan akan kelemahan sistem ini juga.

Oleh itu, kita mengalu-alukan akan arahan KSN kepada SPA untuk mengadakan kajian mengapa pelajar cemerlang tidak berminat memasuki sektor awam.

Satu lagi cadangan kepada KSN, lakukanlah kajian menyeluruh dimanakah letaknya bekas pelajar cemerlang yang sedang berkhidmat di dalam sektor awam dan kenalpasti mengapa terjadinya perkara ini.

Semoga sistem akan lebih diperbaiki sementara menantikan kepulangan Nur Amalina Che Bakri berkhidmat di kerajaan.

'Sebelum negara menjadi maju, sektor awam harus maju dahulu'