Buat pembaca budiman...

Coretan kami bukan sekadar untuk dipandang tetapi difikirkan.. Kami sekadar menegur cuma.. Jika ada yang terluka maka ampun dipinta..

Wednesday, July 18, 2007

Konflik Sektor Awam

Tidak dinafikan bahawa tugas selaku penjawat awam menuntut pengorbanan serta komitmen yang tinggi. Mereka bangga kerana dapat berkhidmat kepada negara tercinta dan menyumbang bakti dengan penuh dedikasi. Takziah diucapkan kepada semua mangsa kemalangan helicopter Nuri yang terkorban semasa bertugas.

Semasa berkhidmat/bekerja di mana-mana, kita tidak boleh lari daripada aspek sumber manusia. Aspek ini semakin dititikberatkan di zaman RMK-9 ini. Walaupun demikian, masih ada ruang untuk memperbaiki sistem sedia ada dan mengkaji semula aspek sumber manusia di dalam sektor awam.

Ini kerana suasana tidak harmoni sememangnya wujud dikalangan penjawat awam kesan daripada sistem perjawatan perkhidmatan awam yang memberi kelebihan kepada satu pihak atau golongan sahaja. Suasana ini wujud bukan hanya di dalam era tahun 2000 ini, bukan juga di dekad 90an, tetapi mungkin lebih lama daripada itu.

Ketidakharmonian atau konflik ini bolehlah ditafsirkan sebagai ‘perang dingin’ yang berlaku dikalangan kakitangan awam. Secara lazimnya semua konflik tidak akan muncul secara tiba-tiba jika tidak ada penyebabnya. Konflik ini wujud apabila ada pihak merasakan sesuatu yang tidak kena di dalam sistem perjawatan ini yang dilihat hanya menguntungkan pihak tertentu.

Pengurniaan kuasa berpusat yang amat besar kepada satu agensi sahaja bagi sistem perjawatan ini membolehkan pemegang kuasa tersebut melaksanakan agendanya dengan ‘bersahaja’. Ia boleh melaksanakan polisi atau pun cadangan-cadangan tertentu yang tentunya menyebelahi pihak mereka sahaja dan sesungguhnya tindakan ini tentunya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Oh ya…sebelum terlupa, peraturan juga ditetapkan mengikut cita rasa mereka yang secukup rasa.

Penggunaan kuasa yang dilegitiminasikan di dalam struktur organisasi akan melihat kuasa sebagai dominasi dan ia boleh mengancam matlamat organisasi. Menurut Fairholm, kuasa dapat digunakan untuk kebaikan mahupun digunakan bagi tujuan keburukan seperti meninggikan kedudukan peribadi (golongan tertentu).

Penggunaan kuasa ini mengakibatkan konflik muncul dan suasana tidak harmoni mula bercambah. Lantas munculnya ‘perpecahan dingin’ hasil daripada ‘perang dingin’ yang dinyatakan tadi. Bagi golongan yang tidak merasai wujudnya konflik ini, ada kemungkinan golongan itu masih awal di dalam perkhidmatan, hanya mengambil tahu isu golongan mereka sahaja, tidak mengamalkan pemikiran kritis, kurang cerdas atau tiada usaha untuk memperbaiki perkhidmatan awam.

Tentu ada yang tidak kena apabila guru tidak bersetuju. Mungkin ada yang mengatakan ini adalah masalah terpencil. Oleh kerana hanya guru sahaja yang tidak setuju maka janganlah ditimbulkan isu kerana akan memecahbelahkan kakitangan awam. Lagipun hanya lebih kurang 400,000 orang sahaja yang tidak bersetuju. Hanya 33% peratus sahaja daripada keseluruhan sektor awam.

Jadi bagaimana dengan yang bukan guru? Tentu juga ada tidak ada apa-apa perpecahan apabila rakan dari perkhidmatan perubatan dan kesihatan juga tidak sudi. Tentu juga tidak ada apa-apa apabila jurutera mula bersuara melalui presidennya dan terpapar di media dan sehingga ke hari ini tentunya tiada maklumbalas dari sesiapapun.

Bagaimana pula dengan ‘orang komputer’ yang telah lama kurang senang? Itu belum dicampur dengan rakan tani, imigresen, kastam, penguatkuasa, pensyarah dan lain-lain lagi yang tidak perlu disebut semuanya.

Jika orang tidak hadir, ‘punch card’ tidak akan diketip. Jika hanya satu atau dua sahaja yang berkonflik, mungkin kes terpencil. Tetapi jika hampir keseluruhan sektor awam merasai kesannya tentu dasar ini 'dasar basi'. Insafilah bahawa kakitangan awam tidak berpecah belah tetapi semakin bersatu. Punca utama konflik yang menyebabkan ketidakharmonian perlu diteliti dan dikaji semula.

1 comment:

Anonymous said...

Tuan cerita pasal organisational behavior dan legitimate power in an organisation tapi tuan tidak memahami falsafah serta ideologi terma-terma berikut. Kekurangan bacaan dan penghayatan bacaan tersebut serta analitical thinking yang kurang tepat dari pihak tuan telah membuat tafsiran yang kurang tepat.
Saya berpendapat tuan juga mesti kurang pengalaman dalam private sector, dan mungkin juga alam perkerjaan tuan merupakan masuk terus kerja kerajaan.
Saya berpendapat tuan harus membaca menghayati lebih serta mempelbagaikan bacaan tuan. Saya juga berpendapat tuan harus berbicara dengan ahli-ahli korporat dan bukan kontraktor sahaja untuk membuat analisa tuan