Buat pembaca budiman...

Coretan kami bukan sekadar untuk dipandang tetapi difikirkan.. Kami sekadar menegur cuma.. Jika ada yang terluka maka ampun dipinta..

Friday, July 6, 2007

Siri Pemikiran Kritis

Waktu : Pagi

Lokasi : Di pinggir ibu kota

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada anda semua kerana berjaya sampai ke tahap ini. Anda telah dipilih daripada puluhan ribu pemohon yang ada di negara ini.”

“Untuk makluman anda semua, jawatan ini merupakan jawatan yang penting dan utama di dalam sektor awam. Oleh itu, calon-calonnya perlu disaring dengan lebih ketat untuk mendapatkan calon-calon yang terbaik di negara ini.”

“Anda telah membuktikan bahawa anda merupakan yang terbaik kerana anda terpilih daripada berpuluh ribu pemohon yang memohon untuk berada di sini. Daripada jumlah tersebut, anda adalah beberapa ratus orang yang berjaya terpilih dan itu seterusnya melayakkan anda menjadi yang terbaik di negara ini. Bayangkan ada berpuluh ribu lagi orang diluar sana yang mencuba berkali-kali untuk sampai di sini tetapi mereka telah gagal.”

“Anda lebih hebat daripada para akauntan, peguam serta saintis kerana permohonan untuk jawatan mereka ini tidak sebanyak permohonan ke jawatan ini. Anda juga lebih hebat daripara pensyarah kerana permohonan untuk pensyarah amat sedikit. Sudahlah sedikit, sentiasa tidak cukup pula.”

“Anda juga harus sedar bahawa anda lebih hebat dari guru. Walaupun permohonan untuk guru adalah berpuluh ribu juga, jawatan mereka juga berpuluh ribu. Bukan macam anda…permohonan berpuluh ribu tetapi yang terpilih hanyalah beberapa ratus orang.”

“Lagi satu fakta yang perlu anda terima ialah anda lebih hebat daripada para doktor. Ini kerana permohonan untuk doktor juga amat sedikit dan sentiasa tidak mencukupi. Doktor juga mudah untuk lulus temuduga dan diterima bekerja. Sudah tentu anda semua tidak sedemikian kerana anda perlu tonjolkan yang terbaik semasa temuduga.”

“Janganlah anda bandingkan kecemerlangan anda semasa SPM atau STPM dulu dengan mereka ini kerana itu tidak releven lagi. Sudah tentu sijil andalah yang lebih cemerlang kerana anda terpilih dikalangan berpuluh ribu pemohon. Jangan juga anda bandingkan keputusan ijazah anda dengan mereka ini, tentu anda tidak mahu mereka membandingkannya dengan keputusan mereka. Lagipun golongan yang ‘cemerlang, gemilang dan terbilang’ sentiasa merendah diri.”

“Oleh itu, memandangkan anda yang terpilih ini adalah daripada permohonan yang mencecah puluhan ribu dan permohonan bidang-bidang lain tidak seramai permohonan jawatan anda, maka anda merupakan yang golongan terpilih yang terbaik.”

“Jika ada dikalangan mereka itu mencabar anda, suruh sahaja mereka memohon ke jawatan ini kerana tentu mereka tidak sehebat anda. Sebab itu mereka tidak memohon ke jawatan yang ‘popular’ ini…lagipun mereka tidak cemerlang dan hebat seperti anda semua.”

“Oh ya, anda juga harus ingat bahawa hanya anda sahaja yang perlu berlari 2.4 km sedangkan mereka semua tidak!”

5 comments:

Anonymous said...

Civil Servant, saya terlalu muak dgn tulisan anda. Penuh emosi & kebencian yg meluap2...

agaknya kamu ni beribu2 kali lemon try masuk PTD tapi tak dapat2 gak ye?

Bawa bertaubat...ingat Tuhan...Civil Service bukan ni kamu yg punya...kita sama2 makan gaji.

Anonymous said...

PTD atau bukan, sebagai penjawat awam, perbandingan hak tak sepatutnya jadi isu..selagi penjawat awam masih ghairah merebut kuasa dan hak..selagi itu tahap penyampaian perkhidmatan awam di bawah tahap memberansangkan..apa guna menuding jari dan memalit air kotor ke kain putih orang lain sedangkan kain kita sendiri tidak tersental..
lebih baik mula memikirkan bagaimana untuk menjadikan pentadbiran awam Malaysia berada pada tahap 'World Class' daripada setiap hari menulis blog dan menjadi 'sour grape'

Anonymous said...

Kepada semua yg telah memberi comments anda di blog ini, tiada sesiapa pun yg memaksa anda untuk membaca diblog ini.Sekiranya anda muak@meluat@benci@emosional, anda bebas utk melayari beribu-ribu web lain yg ada dialam maya ini yang mungkin selari dengan citarasa anda.Agaknya cuma skim 'elit' tersebut shj yg ghairah memberi komen-komen emosional tersebut.
Kalau rasa blog ini tidak menepati isi hati anda, anda bebas untuk membangun blog sendiri dan tulislah apa yang anda hendak tulis mengenai skim lain yg ada berpuluh lagi di perkhidmatan awam ini.

Siapa makan cili dialah yg rasa pedasnya...

Cilipadi

Halim Anwar said...

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda “Janganlah kamu berhasad dengki antara satu dengan yang lain, dan janganlah kamu (sebagai pembeli) pura-pura menurunkan harga yang tinggi dengan tujuan memperdaya orang lain supaya membelinya dengan harga yang lebih tinggi,

Dan janganlah kamu benci membenci atau bermusuhan dan janganlah kamu putuskan hubungan mesra dan pulau memulaukan sesama sendiri, dan janganlah kamu (sebagai penjual) memotong jalan penjual yang lain; (janganlah kamu melakukan perkara-perkara yang keji itu) tetapi hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara”.

Riwayat Muslim

Pada pendapat saya, cukuplah dengan segala salah faham yang menjauhkan kita antara satu sama lain selama ini. Marilah kita sama-sama buang yang keruh dan ambil yang jernih. Setiap daripada kita semua tidak sunyi daripada salah dan silap. Apabila kita menuding jari telunjuk kepada kesilapan orang lain, hakikatnya kita menuding 3 jari lagi kepada diri sendiri. Boleh jadi ada kesilapan yang telah kita lakukan selama ini.

Hampir 50 tahun kita merdeka. Cabaran yang menanti kita di luar sana sungguh hebat, dan tak mungkin kita tanganinya bersendirian, apatah lagi membiarkan generasi selepas kita menanganinya jika kita sendiri tak mampu akibat tidak bersatu padu. Kembalilah kepada tugas masing-masing. PTD ada tugas mentadbir, guru mendidik, doktor memberi rawatan kesihatan, pegawai IT mempertingkat keupayaan ICT dalam perkhidmatan kerajaan, dan seterusnya bagi skim-skim lain.

Saya takut disebabkan perpecahan antara sesama kita, kita menjadi seperti lidi yang putus ikatan lalu bertaburan di lantai dan senang dipatah-patahkan bahkan oleh kanak-kanak.

Setiap masalah yang dihadapi seharusnya diangkat dengan berhikmah ke peringkat lebih tinggi untuk dicari jalan penyelesaian.

Ingatlah, perpecahan boleh membawa kepada penjajahan..

Anda ingin dijajah?

Anonymous said...

siapa yang makan cili memanglah terasa pedas..
dan perasa pedas tak semestinya tak sedap dan tak menjadi pilihan..
takut2 yang ada sakit sembelit dan tak boleh nak makan cili tu yang TERINGIIIIIIIIIIN nak makan cili tu yang melebih2 pulak eksyen konon dia penah rasa pedas..

yang pelik tu kenapa jolok sarang tebuan kalau takut kena sengat?kenapa nak salahkan orang emosional kalau sendiri yang terlalu obses mengeluarkan kata2 negatif pada org lain?

biasanya org yg asik mengata ni org yang selalu tak dapat..senang cakap loser jek lah..

hahha..