Buat pembaca budiman...

Coretan kami bukan sekadar untuk dipandang tetapi difikirkan.. Kami sekadar menegur cuma.. Jika ada yang terluka maka ampun dipinta..

Thursday, July 19, 2007

NUTP Rejects Placing Of PTD Officers In State Education Depts

KOTA BAHARU, July 16 (Bernama) -- The National Union of the Teaching Profession (NUTP) has rejected a move by the Education Ministry to place Administrative and Diplomatic Service (PTD) officers on all grades in state education departments.


"We feel deceived, and the move to place PTD officers in the departments also means deceiving Education Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein who had, in principle, agreed to the NUTP request," NUTP President Anuar Ibrahim told reporters after a meeting of all the 26 affiliates of the NUTP here.


The controversy arose when 200 PTD officers on grades M48 and M52 were placed in all state education departments early last month. The NUTP objected to the move and Deputy Education Minister Datuk Noh Omar said the placement of the PTD officers would be postponed.


It is understood that the PTD officers on grades M48 and M52 would hold the position of sector heads while those on grades M41 and M44 would serve in the management, personnel and development divisions.


The NUTP had earlier agreed to allow PTD officers on grades M41 and M44 to be placed in state education departments under the principle of compromise.


"But this time, the NUTP is rejecting the placement of all PTD officers, regardless of grade, because we feel they are incapable of understanding the teaching aspiration," Anuar said.


He said the NUTP would meet Hishammuddin to hand over a memorandum of protest and give him a fortnight to resolve the matter.


"If the minister is unable to resolve the matter in 14 days, it will be brought up to Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and all members of parliament," he said.


Anuar said the NUTP was disappointed that the postponement of the placement of PTD officers as announced by Noh had not taken place."That is why we feel deceived," he said.Anuar said the NUTP only wanted qualified teachers to take the place of the PTD officers in preparing them for appointment to more senior posts.


-- BERNAMA

5 comments:

Anonymous said...

Beza minda perajurit dengan NUTP


WAJAH-wajah kesedihan yang jelas kelihatan pada semua keluarga mangsa nahas helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menghiasi muka depan semua akhbar pada minggu ini cukup untuk menitiskan air mata saya.

Di saat bumi Malaysia sedang bersiap siaga untuk meraikan kemerdekaan ke-50 tahun, kita telah kehilangan enam perajurit negara. Walaupun jumlahnya sedikit tetapi merupakan aset negara yang tidak ternilai kerana mereka terbukti sanggup memperjudikan hidup demi negara tercinta.

Di celah-celah laporan perkembangan operasi mencari dan menyelamat pesawat Nuri ini, terselit juga berita dakwaan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang menyatakan 50,000 guru dari skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Diploma yang menyambung pelajaran ke peringkat ijazah pertama teraniaya disebabkan gaji rendah yang bakal diperoleh berbanding dengan rakan-rakan yang tidak menyambung pelajaran.

Sehari selepasnya, Menteri Pelajaran menyatakan hanya 8,000 guru sahaja yang terlibat. Pada masa yang sama, pihak NUTP juga memutuskan satu resolusi untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Pelajaran menuntut agar penstrukturan semula Jabatan Pelajaran Negeri tidak diteruskan hingga memaksa Menteri Pelajaran mengeluarkan kenyataan penangguhan penstrukturan semula itu.

Umum mengetahui bahawa salah satu alasan terbesar NUTP yang mewakili kelompok guru meminta dikaji semula idea penstrukturan semula ini adalah fahaman yang berakar umbi di jiwa mereka bahawa kemasukan pegawai dari skim PTD, teknologi maklumat, kewangan akan mengekang penguasaan mereka di JPN. Isu ini sebenarnya sudah terlalu usang tapi tetap menjadi perjuangan NUTP.

Sebagai orang luar dari kelompok para pendidik dan perajurit, saya melihat wujud perbezaan yang amat ketara dari segi budaya pemikiran dan minda antara pendidik dan perajurit negara.

Semenjak berita kehilangan pesawat Nuri tersebut, rata-rata rakyat mempersoalkan umur Nuri yang menjangkau usia 39 dan 40 tahun tapi masih digunakan oleh para perajurit negara tanpa sebarang penolakan atau memorandum kepada kerajaan memohon pesawat baru.

Selepas 18 nahas melibatkan Nuri, akhirnya kerajaan akur untuk membeli pesawat baru menggantikan Nuri yang telah berkhidmat sekian lama kepada negara. Keputusan kerajaan ini dibuat secara rasional dan logikal tanpa sebarang tekanan daripada pihak tentera sendiri.

Terima kasih kerajaan Malaysia atas keprihatinan yang ditunjukkan. Saya pasti pihak tentera khususnya TUDM bersyukur dan akan memacu semangat mereka untuk menjaga kedaulatan negara.

Berbanding dengan tentera yang tidak banyak kerenah, saya melihat kelompok guru yang dinaungi oleh NUTP kerap kali cepat melatah. Dengan justifikasi yang ditambah dengan data yang kerap kali tidak benar, pelbagai tuntutan dikemukakan yang kerap kali memberi tekanan kepada kerajaan.

Salah seorang mangsa tragedi Nuri telah bertugas 10 tahun di Kuching demi tugas dan baru sahaja kembali ke Kuala Lumpur untuk bersama keluarga. Demi keselamatan dan keamanan negara, para perajurit rela meninggalkan keluarga kerana mereka memahami erti sebenar profesion mereka.

Saya teringat dua tahun lalu media massa diwarnai dengan kemarahan dan bantahan daripada NUTP berhubung dengan arahan penempatan lebih kurang 300 orang guru ke Johor yang mengalami kekosongan guru Bahasa Inggeris. 300 orang guru ini enggan bertukar dari ‘zon selesa’ mereka dan rela mengorbankan kepentingan anak bangsa yang perlu dididik tanpa mengira tempat.

Tindakan kelompok guru ini menggambarkan mentaliti mereka yang tidak memahami erti sebenar profesion guru yang dikatakan perlu berada di barisan hadapan dalam pembinaan dan pembangunan modal insan seperti mana yang digariskan oleh Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Tambah mengeruhkan suasana, NUTP seolah-seolah merestui tindakan anggotanya.

Bayangkan, apa akan berlaku kepada negara apabila semua rakyat mementingkan keselesaan sendiri dan rela mengorbankan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul?

– MISJIJAH MARUL,

Kajang, Selangor.

Anonymous said...

wah best la komen ko anonymous...

Pak Mail Jual Ikan said...

tu bukan anonymous laa..
tu dlm paper tu. utusan ke bharian kalau tak silap...

tuan blog ni tak buat keje ke? macam mengular je..

Anonymous said...

pegawai2 PTD yang selalu fikir mereka saja yang pandai mengurus dan mentadbir.
Kelicikan pegawai2 PTD ini terserlah bila mana mereka memberi apa saja yang KPM minta. Nak guru cermerlang depa bagi,nak tambah jawatan Pengetua DG 52 & 54 depa bagi,nak jawatan guru pakar depa bagi,nak jawatan guru cermerlang Jusa C depa bagi. Oleh kerana pegawai2 KPM ini sibuk menentukan siapa akan dapat peluang naik pangkat tiba2 melalui pintu belakang mereka(PTD) masuk,lantas terbeliak biji mata pegawai2 tinggi Pelajaran kita.

Jawatan Pengarah Pelajaran,Pengarah Institusi Perguruan,Politeknik,Kolej Matrikulasi, Sekolah2 gred A,sekolah Kluster memerlukan pengurus dan pentadbir yang berwibawa dalam menghadapi 1001 macam cabaran pada masa akan datang. To the PTD ,kerja2 ini guru tak boleh buat,yang layak depa saja. So,give and take antara 2 hingga 4 tahun dari sekarang semua jawatan2 yang saya sebut di atas tadi akan diisi oleh pegawai2 PTD. Kaum guru dapat apa? kecuali hanya dok asyik pegang kapor dan buku dalam bilik darjah dulu,kini dan selama2nya.

Sedarlah wahai guru2 sekalian,jangan dimainkan oleh pegawai2 PTD itu. Pendidikan is your profession and you guys are professional people. Being professional, seorang guru itu mahir buat apa saja dari mengurus dan mentadbir hingga menyapu dalam bilik darjah. Mengapa pula guru2 perlu orang luar untuk mengurus dan mentadbir cikgu2 sekalian?? Cikgu kerja kuat siang malam,bila nak naik pangkat postnya terhad. PTD yang kerja senang lenang, peluang naik pangkat semakin cerah.
Kemasukan PTD juga seolah- olah menolak keupayaan guru memegang jawatan tinggi dalam JPN,PPD dan di sekolah.

Anonymous said...

tak payahla nak bising bising dengan hujah yang tak masuk akal.

1. cikgu kerja siang malam? satu dusta yg besar... Cuti banyak adela, kerja pun tersangatla mudah...

2. ptd? kerja senang lenang? i dont think so... Setelah 7 tahun masuk skim ni(sebelum ni skim dg selama 2 tahun), tak penah la pulak i experience senang lenang. Balik pukul 9 mlm almost everyday ade laaa. Come to think of it, Allah sememangnya adil untuk beri i gred m48 dlm tempoh 6 tahun..