Buat pembaca budiman...

Coretan kami bukan sekadar untuk dipandang tetapi difikirkan.. Kami sekadar menegur cuma.. Jika ada yang terluka maka ampun dipinta..

Thursday, July 12, 2007

Komen dari En. Lebog: All Doctors/ Engineers/ Architects/Teachers are managers but not all managers are Doctors/ Engineers/ Architects/Teachers.

Skim PTD ini ialah 'Jack of all trades, master of none'. Dalam pentadbiran kerajaan, semua jawatan-jawatan utama hendak dibolot oleh PTD. Cuba bayangkan dari Ketua Setiausaha Kementerian, TKSU, Setiausaha Bahagian Kementerian, Pegawai Daerah, ADO, SUK Kerajaan Negeri, TSUK, Pegawai Kewangan Negeri, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri, PB Yayasan Negeri, JPA, KP Kastam, KP Imegresen dan banyak lagi.


Cuba bayangkan, seorang graduan yang diterima jadi PTD, tidak kira bidang apa yang dipelajari semasa di Universiti, perlu ambil kursus PTD sebagai kadet PTD. Selepas itu di tugaskan berkhidmat sebagai Penolong Setiusaha Kementerian Pertahanan dan belajar dasar dan pentadbiran Kem. Pertahanan. Selepas itu dinaikkan pangkat ke Pejabat Tanah Daerah dan perlu belajar hal-hal tanah. Selepas itu dipindahkan ke Kementerian Kesihatan dan perlu belajar dasar dan hal-hal Kesihatan. Selepas itu dinaikkan pangkat ke Kementerian Pelajaran sebagai Setiausaha Bahagian Kokurikulum, perlu berkurusus berkenaan sistem dan hal-hal pelajaran. Selepas itu dinaikkan pangkat ke Timbalan Pengarah Bahagian Pencen di JPA, kena pula berkursus berkenaan 'Human Resource dan Emolument'. Selepas itu dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Kewangan Negeri mentadbir kewangan Negeri.


Bukankah ini satu pembaziran kerana perlu belajar perkara baru setiap kali dipindahkan. Sampai bila pun tak boleh jadi master. Saya tak faham kenapa PTD perlu diberi jawatan Ketua Pengarah Kastam dan menafikan pegawai-pegawai kanan Kastam daripada menjadi Ketua Pengarah. Apa yang PTD tahu berkenaan hal-hal kastam sehingga perlu dilantik sebagai KP Kastam? Pegawai kanan Kastam terlepas peluang menjadi KP kerana kerakusan skim PTD untuk membolot semua jawatan-jawatan utama kerajaan.Ini adalah salah satu sebab kenapa pegawai-pegawai kerajaan terasa tertekan dan merendahkan morale mereka kerana kerakusan skim PTD ini.


Guru-guru lebih berhak menerajui JPN kerana mereka lebih arif dan berpengalaman dalam bidang pelajaran dari mula mengajar, selok belok pentadbiran sekolah, syllabus-syllabus, kurikulum, physchology pendidikan dan seterusnya. Mahukah kita bila seorang pegawai PTD yang tidak pernah bekerja di Kementerian Pelajaran dan tidak tahu selok belok dan dasar pelajaran, tiba-tiba menjadi Pengarah Jabatan Pelajaran negeri? Oleh kerana itu, kerajaan terpaksa pula mengeluarkan belanja untuk PTD itu pergi berkursus berkenaan bidang pelajaran?


All Doctors/ Engineers/ Architects/Teachers are managers but not all managers are Doctors/ Engineers/ Architects/Teachers.

12 comments:

Anonymous said...

"Guru-guru lebih berhak menerajui JPN kerana mereka lebih arif dan berpengalaman dalam bidang pelajaran dari mula mengajar, selok belok pentadbiran sekolah, syllabus-syllabus, kurikulum, physchology pendidikan dan seterusnya"

Nah, tuan sendiri mengakui bidang kepakaran dan kearifan guru tidak termasuk pengurusan kewangan, perolehan, pengurusan aset, pengurusan sumber manusia, pembangunan dan pemantauan projek.

Jadi apa konfliknya kalau bidang2 tersebut sahaja disuruh PTD menguruskannya?

Keadilan itu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul. Di mana ketidakadilannya kalau PTD (yang dihantar ke JPN pun gred 41 dan 44, bekerja di bawah DG sebagai ketua) untuk menguruskan hal-hal pentadbiran rencam yang tidak berkaitan pendidikan seperti itu?

Adalah mustahil PTD boleh jadi Pengarah Pendidikan Negeri kerana jawatan tersebut memang khas untuk guru sebagaimana mustahil PTD boleh jadi Pengarah JKR negeri atau Pengarah Kesihatan Negeri.

Anonymous said...

tuan terlampau taksub dalam kemarahan dan ketidakadilan (jika ada) yang tuan alami..tuan,yang mana tuan tak dapat menilai dari banyak aspek. Kemarahan tuan telah menyebabkan pandangan tuan menjadi terlampau kecil - tunnel vision.
Ketua-ketua jabatan ini harus bertukar ganti untuk memastikan tiada yang 'terlampau' berkuasa. Ini adalah langkah dalam membendung rasuah dan meningkatkan integriti pentadbiran

Anonymous said...

Tuan penulis
I think you better check perjawatan Pengarah JPN
It's started with DG
which indicates itu hanya untuk close service - untuk guru
maka xtimbul isu rampasan kose oleh PTD nak jadi pengarah
then.. sektor2 yang melibatkan P & P ditadbir oleh DG sepenuhnya... disebabkan guru adalah PAKAR dalam P & P maka let the teachers teach and let the managers manage.

TQ.

Anonymous said...

Itulah yang dikatakan MONOPOLI. Betul juga kata En. Lebog tu... 'Jack of all trades, Master of none'.

Sepanjang bekerja dgn kerajaan, saya dapati mereka ni bolehla ala kadar. Nak kata pandai mengurus pun tak jugak. Kalau PTD yang baru masuk tu, bila masuk office je...banyak yang tak tau. Apa yang dibuat 6 bulan kat INTAN pun tak taula. Belajar pakai kot agaknya.

Lepas tu kalau tak tau kenalah bertanya. Tanya dengan orang yang tau. Sikap pun ada jugak problemnyer.

Kalau PTD yang pangkat atas tu, nak buat keputusan pun takut-takut. Setakat tanya orang dalam meeting pendapat, lepas tu ayat lebih kurang sikit. Memangla tak boleh nak wat keputusan coz, tak master bidang tu.

Ni kena ubah ni....

Jack of all trades, Master of none!

Anonymous said...

Kalau masalah sikap
I think then it's not fair untuk judge semua PTD macam tu.. Ade jugak PTDs yang bagus, tetapi ade jugak yang teruk...sama macam skim2 lain,ade yang bagus ade yang kurang bagus..I believe. Masing-masing ade kelebihan dan kekurangan tersendiri.

For example : JKR dan JPS walaupun dikatakan dikendalikan sepenuhnya oleh orang teknikal...orang2 yang pakar dalam bidang2 tersebut tetapi terdapat juga keputusan2 yang dibuat tidak efektif dan tidak setaraf dengan status kehebatan pengetahuan dan pengalaman teknikal sepatutnya dimiliki oleh agensi2 tersebut.

PTDs also are human being. Tidak terkecuali daripada kesilapan dan kelemahan.

And kita govt servants dipilih untuk berkhidmat oleh sebab kelebihan2 yang kita ada tetapi kita tidak boleh menafikan bahawa each and every govt servants are dependable on each other and needs each other. Sebab kita yang menjadi refleksi kepada orang awam tentang perkhidmatan kerajaan.

Tiada kesempurnaan dalam dunia ini. Yang sempurna hanya Allah. Dan kita wujud untuk saling menyempurnakan yang lain.

Wallahu a'lam.

Halim Anwar said...

[Skim PTD ini ialah 'Jack of all trades, master of none'. Dalam pentadbiran kerajaan, semua jawatan-jawatan utama hendak dibolot oleh PTD. Cuba bayangkan dari Ketua Setiausaha Kementerian, TKSU, Setiausaha Bahagian Kementerian, Pegawai Daerah, ADO, SUK Kerajaan Negeri, TSUK, Pegawai Kewangan Negeri, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri, PB Yayasan Negeri, JPA, KP Kastam, KP Imegresen dan banyak lagi.]

En. Lebog (or lebong) dan Al-Tantuyut,

”Jack of all trades, master of none” adalah figura ucapan (figure of speech), yang menerangkan tentang seseorang yang “passably competent with many skills but is not outstandingly brilliant with any one particular skill”. Terma ini sebenarnya sudah menjadi cliché. Why?

The phrase is actually a truncated version of the true epithet. The phrase in its entirety is "Jack of All Trades, Master of None, though ofttimes better than Master of One". Frasa lengkap inilah yang dapat merungkaikan sebarang konotasi negatif yang selama ini digunakan dalam ”Jack of all trades, master of none”.

A Jack of All Trades is a master of integration, since the individual knows about many learned trades and skills to be able to bring various disciplines together into a practical finished product. Contoh pemimpin yang memiliki ciri-ciri Jack itu adalah Tun Dr. Mahathir, Almarhum Tun Abdul Razak (an ex-PTD) dan Leonardo da Vinci.

Bagus juga sebab anda mengiktiraf PTD sebagai Jack of all trades. Tapi ingat, sebab anda kurang ilmu, anda ingat Jack of all trade adalah master of none. Whereas, Jack of All Trades, in the context of Malaysian Government Administration is PTDs, is ofttimes better than Master of One (teachers, Info System officers dalam gomen ye, doctors, engineers bla bla bla) since the person is a master of integration and knows about many learned trades and skills to be able to bring various disciplines together into a practical finished product. This is what the Government wants from its administrators, and this is what PTD is all about.

Dan perkara tersebut bertepatan dengan bidang tugas khusus PTD iaitu:
i) Pengurusan Sumber Manusia
· Cthnya peraturan pengambilan dan lantikan, tatatertib, tatacara pengurusan pertukaran, kursus, cuti dan rawatan perubatan, perjawatan, latihan, serta perancangan dan pengurusan prestasi;
ii) Pengurusan Kewangan Negara
· Cthnya Sistem Belanjawan Negara, Dasar Fiskal dan Kewangan, Perbankan, Pengurusan Aset dan Stor, Pengurusan Kawalan Peruntukan dan Pengurusan Perolehan Kerajaan;
iii) Ekonomi, Industri dan Perdagangan
· Cthnya Ekonomi makro dan mikro, peranan institusi kewangan antarabangsa, rejim pertukaran matawang, strategi pelaburan dan perindustrian, pembangunan industri kecil dan sederhana, insentif pelaburan, WTO, FTA, APEC dsb;
iv) Keselamatan Negara
· Cthnya Pengurusan krisis pertahanan strategik, isu-isu keselamatan dan penguatkuasaan kedaulatan negara;
v) Pentadbiran Tanah
· Cthnya Pendaftaran hakmilik, hakmilik strata, dan pengambilan balik tanah;
vi) Pentadbiran Kerajaan Tempatan
· Cthnya Kuasa dan tanggungjawab Kerajaan Tempatan, perhubungan Kerajaan Tempatan dengan Kerajaan Pusat dan Negeri, proses perbandaran, pembangunan sosial;
vii) Hubungan Antarabangsa dan Diplomasi
· Cthnya Dasar Perhubungan Antarabangsa seperti PBB, ASEAN, dan Komanwel, pentadbiran dasar luar Negara serta peranan dan fungsi misi-misi Malaysia, strategi persaingan global, protokol diplomatik, sistem kewangan antarabangsa, globalisasi dan international negotiation skills; dan
viii) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
· Cthnya Pengurusan sistem maklumat dalam aspek pengurusan, organisasi, teknologi dan etika sosial ICT.

Dengan kelapan-lapan bidang tugas di atas, PTD memiliki perspektif macro view dalam menjalankan pentadbiran kerajaan. Kenapa perspektif ini begitu penting?

Ia penting kerana seorang PTD di Kementerian Kewangan yang mempunyai tugas khusus di bawah bidang Pengurusan Kewangan Negara pada masa yang sama mesti mempunyai awareness dan maklumat berhubung bidang-bidang tugas PTD seperti Keselamatan Negara, Hubungan Antarabangsa dan Diplomasi dan sebagainya. Begitu juga dengan PTD di Unit Perancang Ekonomi (peringkat pusat dan negeri), beliau menjalankan kerja khusus dalam Ekonomi, Industri dan Perdagangan tetapi pada masa yang sama pengetahuan tentang Pentadbiran Tanah, Pentadbiran Kerajaan Tempatan dan bidang-bidang tugas PTD selebihnya amat perlu baginya untuk menjalankan tugas-tugas merancang ekonomi negara. Ternyata dalam mentadbir negara, kelapan-lapan bidang tugas tersebut cukup penting kerana adanya hubungkait antara satu sama lain sehinggakan setiap keputusan yang dibuat bagi satu bidang akan memberi kesan kepada bidang-bidang lain. Dengan menempatkan PTD di bidang-bidang tersebut, maka lebih mudah dan licin proses mengintegrasikan isu-isu dan disiplin-disiplin berbeza dalam pentadbiran kerajaan kerana PTD is the master of integration and knows about many learned trades and skills to be able to bring various disciplines together into a practical finished product, which this context is our national development and prosperity.

Bagaimanatah dikatakan oleh si Lebog bahawa “Guru-guru lebih berhak menerajui JPN” sedangkan mereka tidak memiliki macro view yang cukup penting bagi seseorang pentadbir untuk menerajui organisasinya. Pun begitu PTD bukanlah gila kuasa hendak memonopoli semua jawatan sepertimana ditohmahkan oleh anonymous dalam Komen ke-4 itu. Di JPN, PTD hanya ditugaskan dalam unit Sumber Manusia, Pentadbiran & Kewangan yang mencakupi pembangunan/perolehan. Nampak macam takut sangat PTD masuk ke unit-unit tersebut. Kenapa? Ada benda nak disorok ke hehe?

Anonymous said...

berhujah biar berfakta, berhemah dan berilmu.. ketepikan emosi yang menutup ketinggian akal dan kemantapan akhlak.

Halim anuar,.. good point you have.

perkhidmatan awam kena simbiosis.. tolong menolong dan saling menghormati.

jangan kita sangat sombong dengan sedikit ilmu yang kita ada sedangkan ilmu yang tuhan bagi pada kita hanya sedikit dari lautan ilmu yang Dia ada.

diwujudkan kita berpuak-puak supaya kita saling mmengenali antara satu sama lain dan mengiktiraf bidang dan kepakaran masing-masing

jangan kita suka mengadu domba dan melaga-lagakan skim2 perkhidmatan kerana pi mai pi mai kita masih berada dalam satu payung perkhidmatan awam dan saling perlu memerlukan antara satu sama lain.

kadang-kadang ada diantara kita yang tidur disebelahnya pada setiap malam -sila baca isteri/suami, adalah dari skim DG, J, DS dan sebagainya.

suka saya menyeru kepada penulis supaya berhenti daripada mengapi-apikan sesama skim kerana pada dasarnya perbuatan ini tidak lebih dari menonjolkan pendapat individu yang penuh rasa sakit hati dan kurangnya rasa bersyukur. sesungguhnya kerja tuhan kita yang satu menetapkan rezeki kita.. manusia sebagai medium penyampai.

sekiranya ditetapkan rezeki, pangkat, kedudukan itu adalah terpulang kepada orang lain percayalah tuhan tahu apa yang Dia tetapkan.

tidak tuhan itu bebankan hambanya dengan tanggungjawab yang tidak tertanggung dan ujian yang tidak tertahan melainkan dia tahu bahawa hambanya dapat menerima semua tu.

marilah kita pulang kepada konsep bersyukur dengan rezeki yang diberikan

sekian

Anonymous said...

Jangan tengok pada orang lain. PTD yang harus tengok diri sendiri sebab apa cikgu, askar, jurutera, doktor, pegawai ekonomi, akauntan, penguasa tak suka. kalau semua tak suka mean something wrong with ptds.

ptd senang je nak suruh orang bersyukur. walhal dia yang aniaya orang. sekat kenaikan pangkat orang. campur hal hal jabatan orang.

sepatutnya jawatan ptd ni sesuai di wisma putra je untuk hubungan luar. apa guna pegawai kewangan kalau ptd pun nak jaga kewangan.
apa guna pegawai keselamatan kalau ptd nak juga. apa guna pegawai ekonomi kalau ptd yang buat report. salah pulak tu. sebab tu pegawai tadbir N dijumudkan. sebab ptd taknak orang kata "pegawai tadbir dah ada so apa perlu ptd nak tadbir. jaga bahagian diplomatik dahlah".

ptd tak sesuai di semua kementerian kecuali di wisma putra, jpm, jpa sahaja. yang lain hanya sekat sumber rezeki orang lain.

jawab depan Tuhan nanti.

Nikiza said...

{sebab tu pegawai tadbir N dijumudkan. sebab ptd taknak orang kata "pegawai tadbir dah ada so apa perlu ptd nak tadbir. jaga bahagian diplomatik dahlah".}

kelakar lah ko ni anonymous...bukan ker pegawai tadbir N ni diserap ke PTD...???

takde sesapa pun sekat rezeki sesapa...bukan kita yang tentukan rezeki kita..yang Maha Esa yang tentukan...

Anonymous said...

Inilah orang Melayu dalam jabatan kerajaan, sibuk dengan pangkat dan kedudukan, lepas tu bergaduh sesama sendiri. Tak sedar ke u all ni, sementara u all bergaduh sesama sendiri, dengki mendengki, bangsa lain sibuk dengan perniagaan mereka, mereka semakin maju, dan kita Melayu semakin terkebelakang kerana asyik mengejar pendapatan "makan gaji" dan kedudukan yang kita tak dapat wariskan pada cucu cicit kita. Paling kuat pun pencen terbitan...Bangsa lain berebut-rebut dan bertungkus-lumus memajukan diri dalam bidang perniagaan sehingga berkembang ke peringkat antarabangsa. Pergaduhan sesama muslim seperti yang berlaku di Palestin patut kita jadikan ikhtibar, berpecah belah, bersengketa sesama sendiri hancur binasa...Pada penulis blog sedar tak kamu sengaja nak mencetuskan kemarahan dan adu domba, dosa besar tu. Orang lain menulis blog dapat income berpuluh ribu US$ sebulan kerana kreatif macam John Chow (www.Johnchow.com) dan ramai lagi, orang Melayu tulis blog menyebar fitnah, melagakan orang, bergaduh sesama sendiri..so siapa yang rugi? Dah 50 tahun merdeka tapi minda masih belum merdeka...

Anonymous said...

er... kalu xsilap aku kat kementerian pelajaran xde jawatan setiausaha bahagian kurikulum... pusat perkembangan kurikulum ada ler... itu pun pengarah dia DG...
macam ada yang xbetul jek..

tan song said...

Quote dari comment atas :["sepatutnya jawatan ptd ni sesuai di wisma putra je untuk hubungan luar. ......jaga bahagian diplomatik dahlah".

ptd tak sesuai di semua kementerian kecuali di wisma putra, jpm, jpa sahaja.
"]

Comment ini takde kaitan sangat dgn isu PTD-Cikgu ni. Just want to share my view that I agree ptd sesuai untuk hubungan luar dan diplomatik dan tidak sesuai di semua kementerian. Ada kawan anak aku blaja Hubungan Antarabangsa, ada skill dlm bahasa jepun dan arab dan sebelum ni bekerja di salah satu embassy di ampang.

Bila dpt tawaran PTD, berhenti kerja sebab dia minat sgt nak kerja dgn wisma putra atau miti. dia ingat chance dia kat wisma putra/miti tinggi sb bukan sahaja fluent in english tapi pandai bahasa jepun dan arab, ada degree dlm hubungan a/bangsa dan ada kenalan di embassy dia bekerja sebelum ni. selepas habis kursus ptd 2 minggu, dia ditempatkan di MOH yg takde kaitan dgn bidang yg dipelajarinya.

Yelah ambik bidang Hubungan A/bangsa sekali kena tahu pasal kesihatan lak. Kalau budak tu belajar biology or pharmacy sesuai la masuk MOH. Frust betul budak tu. Aku dengar cerita, banyak PTD tak dpt kementerian/jabatan yg ada kaitan dgn bidang yg mereka pelajari. Maka jangan salahkan budak PTD yg baru dlm hal ini.

Tak ke membuang masa sekiranya budak itu ditempatkan di tempat yg dia tak ada minat langsung. Takde motivation untuk dia pergi kerja.

Aku pelik macam mana JPA tentukan menempatan mereka. Sepatutnya JPA consider sikit bidang yg mereka belajar and work experience mereka daripada main letak aje.

I hope JPA will place future PTDs in suitable places according to their education qualification so that time is not wasted to teach new PTD things that they don't know about.