Buat pembaca budiman...

Coretan kami bukan sekadar untuk dipandang tetapi difikirkan.. Kami sekadar menegur cuma.. Jika ada yang terluka maka ampun dipinta..

Friday, July 20, 2007

Komen dari "Anak Mama" pulak dah....

Skim mengurus tidak akan jadi dengan pengetahuan mengurus sahaja. Untuk mengurus bahagian yang kritikal perlu ada pengalaman dalam bidang tersebut contohnya engineering, perubatan, perguruan, pembinaan dan lain-lain. Sebab itu seorang pengurus yang bagus datang dari bawah.

Seorang yang tiba-tiba datang untuk mengurus bidang yang tidak dilaluinya tentunya tidak akan berjaya. Saya memberi analogi yang mudah difahami. Setiap diri manusia diberi anugerah untuk mengurus diri masing-masing dari segi kewangan, jika sudah berkeluarga maka mentadbir dan mengurus kewangan "kerajaan kecilnya" berdasarkan kepentingan dan keutaman keluarganya. Mungkin pecahan pendapatannya diagihkan untuk anak sekolah, ibubapa yang sakit, bayar hutang dan sebagainya. Kita namakan keluarga ini A.

Jika datang seorang dari keluarga B yang walaupun cukup bagus mengurus keluarganya sendiri cuba mempraktikkan pengurusan keluarganya keatas keluarga A nescaya dia tidak akan dapat mengurusnya dengan baik. Kenapa? kerana pengalaman dalam keluarga A tiada padanya. Jadi dia seharusnya MENGALAMI sendiri kehidupan keluarga A bukah setakat MEMAHAMI kedudukan keluarga A.

Pada saya dasar PTD adalah lebih kurang dasar "pecah dan perintah" yang diamalkan masa british dahulu. Dasar itu dapat dilihat sehingga sekarang. Kalau mengikut dasar fungsi PTD adalah

a. Menggubal dasar-dasar awam;

b. Merancang, mengawal dan menyelaras pelaksanaan program dan projek awam serta menilai keberkesanan program dan kemajuan projek awam;

c. Menerajui keseluruhan jentera perkhidmatan awam;

d. Memberi khidmat kepakaran dalam perkhidmatan awam;

e. Memulih organisasi yang telah menjadi lemah dan tidak lagi berkesan;

f. Mengenal pasti masalah organisasi dan menentukan kaedah penyelesaian; dan

g. Membuat keputusan berdasar kepada kuasa-kuasa dan peraturan-peraturan yang berkaitan.


Daripada dasar tersebut dapat dilihat bahawa PTD adalah "ultra" di sektor awam. Mereka boleh pergi kemasa saja mereka suka. Kelebihan ini digunakan untuk MENGHADKAN peluang profesional lain untuk menggunakan kepakaran mereka menguruskan BIDANG MEREKA SENDIRI.

Tambahan lagi mereka akan sentiasa mengubah perjalanan setiap jabatan mengikut selera masing-masing dalam masa yang amat singkat. Mengapa? Kerana PTD di sesuatu jabatan tidak lama. Paling lama adalah 3 tahun. Kalau PTD baru 3 tahun akan dinaikkan pangkat ke tempat lain. Sedangkan seorang P.Madya harus menunggu bertahun-tahun dan terpaksa mengeluarkan journal, paper dan entah apa-apa lagi.

Last point, disebabkan gaji tak semacam PTD, penjawat awam yang lain termasuk guru dah dimoralizekan. sebabtu ramai yang sambung belajar. Sama ada KAJI kenaikan pangkat penjawat awam mengikut PTD atau PTD kena ikut sama macam penjawat awam lain maka barulah tiada orang yang dimoralize.


Sumber: Kumpulan Menyokong Umno, KMU.net

No comments: