Buat pembaca budiman...

Coretan kami bukan sekadar untuk dipandang tetapi difikirkan.. Kami sekadar menegur cuma.. Jika ada yang terluka maka ampun dipinta..

Tuesday, July 17, 2007

Insiden NURI, PTD dan Luahan Hati Tentera dan orang Awam………..

Sumber Cari.Com. Di olah semula berdasarkan perbualan di forum.

Kita ikuti juga luahan rasa mereka yang MUNGKIN mempunyai hubungkait dengan MINDEF terhadap PTD. Ayat-ayat yang digunakan juga telah diedit supaya tidak terlalu ‘tidak diplomatik’ untuk tujuan penyiaran.

"Kalau tidak silap setakat ini sudah 18 biji NURI telah menjunam jatuh...berpuluh pilot, co-pilot dan penumpang telah terkorban dan mungkin kita akan mendengar lagi insiden seperti ini pada masa akan datang sehinggalah NURI digantikan."Kenapa tidak digantikan sahaja NURI ini? Apakah tiada seorang pun PTD yang berpengalaman di MINDEF berjaya meng’convince’kan pihak pembesar MINDEF untuk menukar NURI? Dimanakah sumbangan kepakaran-kepakaran PTD di MINDEF yang dikatakan terpilih untuk menjawat jawatan utama sektor awam ini bagi meyakinkan pihak tertentu untuk membeli helicopter baru menggantikan NURI? “Adakah setelah membuat lawatan sambil belajar PTD ke Bukit Tinggi dengan menaiki NURI dalam cuaca yang buruk barulah PTD akan buka mata untuk menukar NURI?”

"Mungkin juga untuk menjimatkan peruntukan, segala cadangan oleh Top Bras General yang berpengalaman, berkemahiran dan berpengetahuan diketepikan lantas mengarahkan supaya NURI yang ada 'disolek' untuk menyerlahkan 'keremajaannya' sehinggakan seorang Singaporean yang melawat airport military di kuantan terpegun bila mendapati Nuri di depannya lebih menarik dan menyakinkan daripada Super Puma yang dimiliki Singapura". "Tetapi wajarkah alasan tersebut digunakan sehingga sanggup menggadai nyawa askar-askar kita? Jangan hanya menggunakan “kemahiran” dan “pengalaman” anda hanya untuk menjaga nyawa golongan tertentu semata tetapi membiarkan askar-askar kita bergadai nyawa menaiki NURI yang wujud di zaman foto hitam putih lagi".“Adakah soal keselamatan tidak begitu dipentingkan sehingga proses ‘penyolekannya’ diteruskan walaupun bahan solekan keatasnya akan menjadi bebanan keatas avionik system”.

"Mungkin askar tidak angguk kepala tetapi mereka yang dikatakan ‘berpengalaman’ dan ‘berpengetahuan’ tidak memandang permohonan dan penerangan mereka untuk menukar NURI ini".“PTD seharusnya menerima cadangan dari orang yang berpengalaman untuk menukar NURI kepada helicopter yang lebih bertenaga dan berkuasa enjinnya supaya tidak semput bila mendaki altitude yang tinggi, yang mempunyai FLIR & NVG, yang mempunyai SATCOM, powerful weather radar,terrain following radar, TACAN & GPS yg updated dan sebagainya.”

“PTD tidak seharusnya menunjukkan ke’elitan’ mereka jika ada proposal untuk menukar NURI kononnya menjimatkan duit rakyat dengan mencantas proposal Syarikat A berbanding menghabiskan duit rakyat untuk XYZ Inc yang memang mengarut proposalnya. Tetapi mengapa proposal mereka juga yang diterima? Ada apa-apa kah?” “Saya bimbang adakah NURI ini menjadi Lubuk Emas sesetengan pihak contohnya bagi projek Installation of Auto Hover System yang belum tentu siap setelah bertahun dilaksanakan maka khidmat NURI dipanjangkan? Mungkin khidmat ini akan dipanjangkan memandangkan hanya tidak sampai 50% NURI yang telah di 'upgrade' itu siap sepenuhnya.”


Quote-quote yang lain


“PTD tidak seharusnya memperjudikan nyawa anak watan sendiri. Daripada membuat projek membazir di MINDEF lebih baik gunakan wang cukai rakyat untuk membeli helikopter baru. “

“Mereka ini golongan yang suka hidup senang-lenang. Bila membeli peralatan pertahanan maka mulalah bising, membazir kerana tak pentingkan pendidikan, social dan sebagainya. Tetapi apabila apa jua kemalangan yang melibatkan anggota tentera dan kelengkapannya mereka diam sahaja.”

“Think tank di Mindef adalah budak-budak PTD sahaja, bukannya top bras general! Top brass generals hanya boleh cadangkan aje....tetapi yang luluskan adalah PTD yang baru tak sampai 10 tahun berkhidmat, atas lagi daripada generals di MINDEF dan juga di TREASURY.....”

“Mereka (decision and policy maker) kalau berlaku sesuatu kegagalan atau musibah tidak tahu untuk rasa bersalah; so jangan harap Malaysia akan jadi negara maju. Mentaliti Negara maju kalau salah, u bertanggungjawab, bukan membisu.”

“Yang menjadi masalah ialah requirement TUDM tidak diendahkan. Sepatutnya kena ikut requirement TUDM, mereka berpengalaman, yang hands-on pasal equipment dengan requirement dan sebagainya, bukannya dengar PTD yang tidak mempunyai kemahiran dalam membuat decision. Mereka hanya tahu mengarah dari membuat kerja.”

“Perlantikan PTD wajar dikaji semula, kalau ikut sejarah rakyat kita dihantar ke UK selepas negara merdeka menjadi PTD untuk memimpin atau membaik pulih pentadbiran negara pada akhir 50 an. Jadi tiada relevanya pada masa sekarang, jawatan PTD nih diwujudkan lagi memandangkan semua pegawai di peringkat pengurusan dan profesional dari jabatan masing-masing mampu memimpin jabatan sendiri. Ini lebih baik daripda import orang luar yang mentadbir di jabatan yg dia sendiri tidak tahu usul pangkal”.

“So, what else in the world can shock u, when u've found out a PTD fullers who's only 4 years in service is more higher rank then a lieutenant colonel, who had serve the forces for more then 25 years..? This is reality in MINDEF!!!!!”


rujukan: cari.com.my~thread military~isu NURI

16 comments:

Anonymous said...

Hi ya, juz nak tanya u masuk Cari.com bod MPSA eh :) saw some of familiar comments from Nuri Thread here in ur blog ......


Yip

Anonymous said...

penuh dengan sifat dendam dan niat jahat menyebarkan kebencian. No facts, cuma lempar buruk sangka dgn tujuan membuat PTD dibenci oleh skim lain. Apa jenis manusiakah ini?

reveal urself kalu niat ko betul.Malaysia dan perkhidmatan awam tak memerlukan manusia perosak macam kau!

- LUQMAN HAKIM

Anonymous said...

Yupp, memang salah PTD pasal decision nak beli persenjataan dan peruntukan bajet pertahanan memang PTD yang tentukan, bukan kabinet, kan? . PTD sahajalah yang memang patut dipersalahkan.

Lain-lain masalah yang memang berpunca daripada kesalahan dan kelemahan PTD:-

1. Siling mahkamah Jalan Duta bocor - salah PTD kerana tidak memilih Jurutera JKR yang dapat memastikan kontraktor buat kerja betul-betul

2. Guru tumbuk muka pelajar perempuan sampai keluar berita- salah PTD kerana tidak screening guru yang ada masalah mental sebelum ditawarkan kerja

3. Pasukan bolasepak malaysia dibelasah dalam piala asia - salah PTD kerana mereka sibuk2 nak menguruskan KBS, tak cukup peruntukan diberi kepada pasukan bola sepak kebangsaan untuk mereka lebih lebih lagi berlatih di luar negara dan untuk lebih elaun dan bayaran untuk menaikkan semangat juang diorang.

4.kesan Global warming di Malaysia - salah PTD la sebab ramai sangat dalam perkhidmatan awam asap kereta diorang pergi balik pejabat la yang paling banyak menyumbang co2 emission..

and the list goes on...
Ye la, semua benda la salah PTD..

Anonymous said...

sesedap mulut je cakap...kalau tak tau macam mana pentadbiran sesebuah organisasi contohnya mindef dilaksanakan...jgn nak memandai2 komplen..org kat mindef tue tau ape yg telah dan akan dibuat...mana ada org buat kerja nak memudaratkan diri org lain...

- OK

Anonymous said...

To al tantuyut @ al kentut,

kamu ni asyik cari kesalahan PTD je.Besar ke dosa PTD terhadap kamu? Kalau PTD cari kesalahan skim J, F atau DG amacam? adakah kamu nk salahkan PTD dlm kes banjir kat KL, Johor & Selangor? itu kerja skim J tu. Adakah kamu nk salahkan PTD dlm kes keracunan makanan di sekolah? itu kerja DG kat Pejabat Pelajaran yg bagi tender. Adakah kamu nk salahkan PTD disebabkan tiang MRR2 retak?

Satu jari kamu yg menuding tetapi kamu tidak sedar ada 3 jari yg menuding kearah kamu. Fikir2kan.

-Hamid Osman
kerja EO jer

Halim Anwar said...

Way to go guyz.. x sempat nk bagi komentar pjg2 macam posts sblm ni, sbb ada mtgs kena attend. Ini suma salah PTD. aku keje gomen ni pun mmg salah PTD.

BTW, US still xleh convince Malaysians untk sign FTA, suma salah PTD beb. Walaupun trade kita surplus dgn US, tapi kesian kt US n Bush Admin sbb M'sia surplus, US defisit USD800 billion. Ni mesti salah PTD.

And in order to reduce their almost USD1 trillion budget deficit and boost their moderating economic growth, the US justified its pre-emptive strikes in wars against terrorism. Who's responsible?

Bush? Nope, he's just a puppet to the Jews.

Jews? Nope, there are Zionists behind 'em.

Then, it must be the Zionists who's responsible.

NOPE, THOSE RESPONSIBLE ARE PTDS IN THE MALAYSIAN GOVERNMENT ADMINISTRATION WHO ARE THE CULPRITS, THE MOST HATED.

PTDS ARE WORST THAN ZIONISTS HA HA

But let me make myself clear. I don't buy bullshits from we-hate-PTD campaigners unless they got balls big enough to reveal themselves. So, whoever PTD-haters outside there with big enough balls, tell us who you are. Or probably your balls ain't big enuff or you have only one ball left, then e-mail me Halim Anwar at ayu1976@gmail.com.

Anonymous said...

kalau hati dah busuk..
perfume harga rm800 pun dikatanya bau longkang..
ntah macam mana agaknya kalau yang empunya blog ni yang jadi ksn ke..
mau terbalik malaysia ni semua penjawat awam bergaduh sesama sendiri..
and mind you..PTDs are not trying TO BE doctors,engineers,teachers or what so called profesionals, u name it..PTDs are profesionals by just being PTDs..
just don't be a sourgrape just because u can't join those sweet strawberries..
...whiners losers...

-government officer-

Anonymous said...

Kepala hotak ko kes nuri pung ko ada hati busuk nak tuduh PTD ke?TAM Airline yang terbabas tu pun salah PTD?Malaysia kena belasah masa Piala Asia slah PTD?anak ko kencing malam pun salah PTD ka?

Bangang !

- Cikgu SMK(laki aku engineer JKR, anak aku skim F kat JUPEM,pak mentua aku bekas askar)

adinda said...

Semua nak salahkan PTD ke? Ketahuilah bahawa PTD juga mempunyai kuasa yang terhad. Semua segala benda yang PTD dasarkan, semua akan melalui Kabinet, even nak kuarkan wang belanja RM0.10 pun, kena ada sebab.

Well, tak pelah, bukan PTD kalau nak bergalak bergaduh atas kutukan yang entah berasas entah tidak. Yang penting PTD tahu kerja mereka. Apa2 sajalah.

Kepada yang bukan PTD tu, bersyukurlah banyak2...jangan ingat nak komen saja...Jangan nampak yang buruk saja...Jangan nak salahkan PTD jer atas benda2 yang buruk yang terjadi. Ingat sikit, kuasa Tuhan. Buat sehabis baik pun, usaha setinggi Gunung Everset pun...Tuhan yang tentukan semua.

Sama-samalah belajar. Adakah orang yang waras sengaja nak menggadaikan nyawa rakyat atas sebab semata-mata nak testing on such things such the NURI? Ingat apa Prof.Klon ke? Nak uji2 virus on human.

Be grateful, we are living in a free country.

Anonymous said...

Saya terfikir knp PTD diam membisu bila dihentam oleh skim-skim lain tp mungkin atas sebab itu PTD ini lebih dihormati kerana ia tidak melatah dan bersikap menunding jari kepada pihak lain dan jika penulisan saudara ini dijadikan asas, sy tidak hairan knp skim-skim lain tidak mendapat tempat dlm perkhidmatan awam. Sekiranya sifat hasad, dengki dan tohmahan ini yg dibanggakan, mk sy tidak hairan mengapa perkhidmatan awam Msia sering dipandang serong dan sy juga tidak hairan jika skim perkhidmatan yg hanya brjmlh ribuan manusia itu blh mengalahkan skim yg mpyai berpuluh-puluh ribu org itu, kalau berpuluh-puluh ribu itu mempunyai mentaliti kelas ketiga sperti ini...

Halim Anwar said...

Tuan Blogger,

Where's my comment? Did u purposely disproved it?

Halim Anwar said...

Tuan Blogger,

Where's my comment? Did u purposely disprove it?

Anonymous said...

Salam untuk semua,

Saudara penulis,
Setiap pembelian sesuatu aset kerajaan (dalam konteks ini adalah aset pertahanan) ianya perlulah dicadangkan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia melalui Mesyuarat mereka iaitu Jawatankuasa Panglima-Panglima ATM..
Kemudian ianya akan dicadangkan dan dijustifikasi mengapa aset tersebut perlu dibeli..
Untuk pengetahuan saudara penulis, perolehan pertahanan juga dibuat oleh pihak yang menggunakannya dalam konteks ini pihak Tentera Udara..
Setelah itu, ianya akan dibawa ke kabinet dan seterusnya ke Dewan Rakyat untuk dibentangkan...
bagi penyediaan justifikasi tersebut ianya disediakan oleh pihak user kerana pihak user lebih memahami kehendak mereka...
Bajet hanya diluluskan apabila diluluskan oleh Jemaah Menteri / kabinet dan Dewan Rakyat

Sekian, harap maklum

Anonymous said...

Quote:
"kesan Global warming di Malaysia -salah PTD la sebab ramai sangat dalam perkhidmatan awam asap kereta diorang pergi balik pejabat la yang paling banyak menyumbang co2 emission.."

haha.. lol, sian penulis blog ni, kena left, right and center, sbb hentam keromo ikut emosi belasah PTD tanpa kaji fakta2 yang ditulis, tu pun x sedar2 lagi..

Halim Anwar said...

Hi Cik Blogger,

Mana comment saya? Naper x publish? X berani ke?

Anonymous said...

barangsiapa yg mendedahkan aib orang lain, Allah akan dedahkan aibnya di dunia dan akhirat.

Apatah lagi org yg menghina dan menfitnah...

Na'u zubillah...