Buat pembaca budiman...

Coretan kami bukan sekadar untuk dipandang tetapi difikirkan.. Kami sekadar menegur cuma.. Jika ada yang terluka maka ampun dipinta..

Friday, July 20, 2007

Aiseh "Anak Mama" lagi....udah le.......

Dasar yang dibuat PTD ialah memberikan imbuhan yang tidak sepatutnya. Tugasan PTD bukan susah, ia mempu dilakukan oleh golongan profesional lain. Tetapi dasar telah menetapkan apa yang diberi kepada profesional tidak setanding dengan apa yang diberi kepada PTD. Imbuhan kepada PTD tidak setimpal dengan tugasan. Itulah yang diperjuangkan oleh non ptd.

Jika seorang profesional masuk kerja kerajaan dengan PhD. Gaji mungkin lebih sikit dengan PTD yang baru masuk. Tetapi profesional kena tunggu 10 tahun untuk ketangga seterusnya. Tetapi PTD 5 tahun sudah naik 2 tangga! Sebabnya dasar yang dibuat PTD hanya mementingkan PTD tidak golongan lain. Inilah yang menyebabkan demoralize. Inilah yang perlu diubah dan diperjuangkan. Jika ini diubah barulah nampak adil. Tetapi oleh kerana PTD yang buat dasar maka itulah realitinya.

Satu lagi, dasar yang dibuat PTD telah menghadkan tahap tangga gaji dan pangkat seseorang. Seorang profesor di universiti akan mendapat gaji mati kebanyakannya (bukan semua, ada yang gred A) pada JUSA C sahaja. Itu profesor, bukan P.Madya atau pensyarah biasa. Tetapi PTD akan target pencen SEKURANG-KURANGNYA JUSA C iaitu menyamai taraf profesor di universiti. Jika di negara luar, imbuhan untuk profesor akan sentiasa naik walaupun kerjanya di Lab sahaja. Maka inilah yang dipersoalkan. Mengapa hanya PTD yang terus menerus naik tetapi non PTD terhad kepada tangga tertentu sahaja? Kalau perkara ini diberi perhatian, tiada siapa pun yang nak cari gaduh! Ambillah semua kepada PTD. Tak apa. Mereka yag non PTD sebenarnya memperkatakan tentang keadilan.

Benar, Kerajaan tak pernah paksa siapa nak pilih kerja apa. Itu pilihan masing-masing. Saya setuju. Tetapi jika berada dalam satu organisasi yang sama, mendapat bebanan tugasan yang sama, tetapi pada masa yang sama satu golongan sahaja yang dianak emaskan maka itu adalah tidak betul. Jika layanan diberi sama rata maka tiada isu ini timbul. Rujuk balik pada perenggan diatas tentang hak profesional lain tentang kenaikan imbuhan.

Berkenaan monopoli. Macam mana tidak dikatakan monopoli jika Bahagian kritikal PTD nak masuk. Kementerian kesihatan memrlukan mereka yang ada latar belakang bidang perubatan, kesihatan. Kementerian pelajaran, pengajian tinggi memerlukan mereka dibidang pendidikan. Kementerian Kewangan mesti ada background kewangan, akaun. Ini akauntan, (W) yang buat kerja tapi bosnya PTD yang takde background tersebut. Kementerian Kerja raya yang kebanyakannya teknikal tapi PTD jugak yang nak buat kerja dan macam macam lagi.

Kelima, perjawatan. Kalau skim lain jangan harap. Permohonan penambahan kakitangan makan tahun dan mungkin akhirnya dilupakan. Sebab itu, jawatan yang bukan PTD sentiasa tak cukup orang. Lepas tu kerajaan dipersalahkan sebab tak cukup orang buat kerja. Contohnya penguatkuasa. KHEDN&P ke, JAKIM ke, Polis ke. Sebelum ini kerap sangat isu tak cukup orang. Bukan tak minta tetapi dilambatkan. Cuba PTD SAJA jadi penguasa, tak payah skim lain (ada yang jadi penguasa). Gerenti isu tak cukup orang selesai.

2 comments:

Anonymous said...

Good Day... Fellow friends.. Harap-harap penulis artikel di sini faham akan bidang dan peranan masing-masing mengikut skim yang telah ditentukan. Sekiranya penulis dah tahu yang skim PTD ada banyak keistimewaan.. saya tertanya-tanya mengapa penulis tidak cuba memasuki perkhidmatan PTD? Adakah penulis tidak berminat menjadi PTD atau penulis tidak berjaya melepasi tapisan-tapisan yang dibuat oleh pihak SPA sebelum menjadi seorang PTD? Jawatan PTD ini dipenuhi oleh dari golongan professional yang pernah bekerja di sektor swasta dan berkelulusan dalam bidang teknikal dan kejuruteraan. Malah ada di kalangan PTD yang asalnya dari skim yang lain seperti F, J, DG, L dan sebagainya. Jadi saya harap kita ikhlas bekerja sebagai penjawat awam. Kita bekerja bersama untuk memajukan negara. PTD tiada kuasa memutuskan sebarang dasar yang hendak dilaksanakan. Semuanya di bawah kuasa kabinet yang diketuai oleh YAB PM sendiri. Justeru, saya tidak nampak relevannya PTD dikambing hitamkan oleh skim-skim yang berasa tertindas.

Anonymous said...

Dear cik al tantuyut,

i think u r so called 'a desperate man'. i would like to suggest u to join the so called PTD and insyaAllah u'll enjoy all the benefits in PTD.But remind u, PTD is open to everyone.

Dulu cikgu, skrg PTD.