Buat pembaca budiman...

Coretan kami bukan sekadar untuk dipandang tetapi difikirkan.. Kami sekadar menegur cuma.. Jika ada yang terluka maka ampun dipinta..

Friday, July 27, 2007

Rencana: Sukan negara patut dikendali profesional

PendapatPRESTASI sukan negara sejak kebelakangan ini berada dalam keadaan yang terumbang-ambing lebih-lebih lagi arena sukan bola sepak yang telah lama dinobatkan sebagai ‘sukan masa lapang’ masyarakat Malaysia.

Ramai yang berasa tidak puas hati dan sudah menyampah dengan prestasi yang tidak menentu dan mula tercari-cari alternatif penyelesaiannya.

Sukan di negara kita pada zaman sekarang bukan merupakan sukan seperti sukan zaman dahulu yang mempunyai ‘aura’ dan ‘rohnya’ tersendiri.

Sukan sekarang merupakan satu industri yang bukan sahaja melibatkan atlet, pihak pengurusan dan kerajaan, namun ia turut membabitkan industri hiliran. Contohnya, pengeluaran graduan aliran sains sukan, para peniaga kecilan yang menyewa di premis sukan, industri pengiklanan, pengamal media dan lain-lain pihak yang berkepentingan.

Jika ia sudah menjadi suatu industri, maka perlulah kita menanganinya secara ‘orang industri’.
Dengan kata lain, semua pihak perlulah profesional dan jangan mudah rasa kecil hati, terasing serta terabai dalam usaha memartabatkan industri sukan negara.

New York Yankees, Manchester United (MU) dan Real Madrid merupakan antara francais sukan yang berjaya di dunia. Tidak hairan mengapa MU dan Real Madrid boleh berjaya menjadi antara pasukan bola sepak terkaya di dunia.

Pada asasnya sukan bola sepak adalah sukan yang mudah dan murah. Anda boleh bermain bola sepak di mana sahaja walaupun tiada bola sepak yang sebenar.

Sebagai contoh, kanak-kanak di negara Dunia Ketiga boleh bermain dengan hanya menyepak tin-tin kosong di atas kawasan tanah liat. Namun, mengapa New York Yankees juga merupakan antara francais sukan yang terkaya di dunia sedangkan sukan baseball hanya diminati di negara-negara Amerika Utara dan Jepun? Jawapannya ialah pasukan tersebut telah diurus secara profesional oleh golongan yang profesional.

Kebanyakan francais sukan terkemuka di dunia tidak ditadbir urus oleh golongan ahli politik.
Jika adapun ahli politik, mereka sebenarnya adalah pemilik sah kepada organisasi tersebut. Sedangkan di negara kita, organisasi sukan ditadbir urus oleh golongan politik atas alasan ingin mencari penajaan.

Sukan adalah hak masyarakat dan sudah masanya, sukan dikembalikan kepada masyarakat. Sebagai contoh, jika saya mempunyai kewangan yang kukuh dan ingin membeli pasukan bola sepak negeri Sabah maka sewajarnya saya diberi ruang dan peluang yang sah untuk menjadi pemilik kepada organisasi tersebut.

Saya juga berpeluang untuk menamakan pasukan saya dengan apa sahaja nama yang saya sukai berdasarkan kajian terhadap peminat negeri tersebut.

Maka akan ada orang yang bertanya di manakah peranan kerajaan jika perkara tersebut dilaksanakan? Tugas kerajaan adalah memberikan kemudahan sukan yang terbaik.

Pada tahun 1990-an, pasukan bola sepak Amerika (American Football) Denver Broncos mahu agar kerajaan negeri Colorado membina stadium baru untuk menukarkan Stadium Mile High yang sudah uzur tetapi penuh dengan nilai sejarah.

Pada masa itu kerajaan di negeri tersebut tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan pihak pengurusan Denver Broncos bertindak untuk membawa pasukan tersebut keluar dari negeri Colorado. Disebabkan itu, pihak kerajaan negeri membuat keputusan untuk mengadakan undian umum yang pada akhirnya memihak kepada organisasi Denver Broncos.

Akhirnya, mereka mendapat stadium baru. Inilah yang akan terjadi jika sukan negara dilayan seperti sebuah industri di mana pada akhirnya sukan dan masyarakat yang akan mendapat keuntungan.

Sebenarnya Malaysia sudah bersedia untuk mengiktiraf sukan sebagai sebuah industri atas beberapa faktor. Antaranya, institusi pendidikan tinggi di Malaysia sudah lama mengeluarkan tenaga kerja profesional dan berkemahiran di dalam bidang teknikal sukan dan juga dari aspek pengurusan sukan.

Sayang sekali, modal insan berkemahiran tidak digunakan dengan sewajarnya oleh pihak kerajaan dan juga pengamal industri sukan.

– MOHAMMAD NOORIZZUDDIN NOOH,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Friday, July 20, 2007

Aiseh "Anak Mama" lagi....udah le.......

Dasar yang dibuat PTD ialah memberikan imbuhan yang tidak sepatutnya. Tugasan PTD bukan susah, ia mempu dilakukan oleh golongan profesional lain. Tetapi dasar telah menetapkan apa yang diberi kepada profesional tidak setanding dengan apa yang diberi kepada PTD. Imbuhan kepada PTD tidak setimpal dengan tugasan. Itulah yang diperjuangkan oleh non ptd.

Jika seorang profesional masuk kerja kerajaan dengan PhD. Gaji mungkin lebih sikit dengan PTD yang baru masuk. Tetapi profesional kena tunggu 10 tahun untuk ketangga seterusnya. Tetapi PTD 5 tahun sudah naik 2 tangga! Sebabnya dasar yang dibuat PTD hanya mementingkan PTD tidak golongan lain. Inilah yang menyebabkan demoralize. Inilah yang perlu diubah dan diperjuangkan. Jika ini diubah barulah nampak adil. Tetapi oleh kerana PTD yang buat dasar maka itulah realitinya.

Satu lagi, dasar yang dibuat PTD telah menghadkan tahap tangga gaji dan pangkat seseorang. Seorang profesor di universiti akan mendapat gaji mati kebanyakannya (bukan semua, ada yang gred A) pada JUSA C sahaja. Itu profesor, bukan P.Madya atau pensyarah biasa. Tetapi PTD akan target pencen SEKURANG-KURANGNYA JUSA C iaitu menyamai taraf profesor di universiti. Jika di negara luar, imbuhan untuk profesor akan sentiasa naik walaupun kerjanya di Lab sahaja. Maka inilah yang dipersoalkan. Mengapa hanya PTD yang terus menerus naik tetapi non PTD terhad kepada tangga tertentu sahaja? Kalau perkara ini diberi perhatian, tiada siapa pun yang nak cari gaduh! Ambillah semua kepada PTD. Tak apa. Mereka yag non PTD sebenarnya memperkatakan tentang keadilan.

Benar, Kerajaan tak pernah paksa siapa nak pilih kerja apa. Itu pilihan masing-masing. Saya setuju. Tetapi jika berada dalam satu organisasi yang sama, mendapat bebanan tugasan yang sama, tetapi pada masa yang sama satu golongan sahaja yang dianak emaskan maka itu adalah tidak betul. Jika layanan diberi sama rata maka tiada isu ini timbul. Rujuk balik pada perenggan diatas tentang hak profesional lain tentang kenaikan imbuhan.

Berkenaan monopoli. Macam mana tidak dikatakan monopoli jika Bahagian kritikal PTD nak masuk. Kementerian kesihatan memrlukan mereka yang ada latar belakang bidang perubatan, kesihatan. Kementerian pelajaran, pengajian tinggi memerlukan mereka dibidang pendidikan. Kementerian Kewangan mesti ada background kewangan, akaun. Ini akauntan, (W) yang buat kerja tapi bosnya PTD yang takde background tersebut. Kementerian Kerja raya yang kebanyakannya teknikal tapi PTD jugak yang nak buat kerja dan macam macam lagi.

Kelima, perjawatan. Kalau skim lain jangan harap. Permohonan penambahan kakitangan makan tahun dan mungkin akhirnya dilupakan. Sebab itu, jawatan yang bukan PTD sentiasa tak cukup orang. Lepas tu kerajaan dipersalahkan sebab tak cukup orang buat kerja. Contohnya penguatkuasa. KHEDN&P ke, JAKIM ke, Polis ke. Sebelum ini kerap sangat isu tak cukup orang. Bukan tak minta tetapi dilambatkan. Cuba PTD SAJA jadi penguasa, tak payah skim lain (ada yang jadi penguasa). Gerenti isu tak cukup orang selesai.

Komen dari "Anak Mama" pulak dah....

Skim mengurus tidak akan jadi dengan pengetahuan mengurus sahaja. Untuk mengurus bahagian yang kritikal perlu ada pengalaman dalam bidang tersebut contohnya engineering, perubatan, perguruan, pembinaan dan lain-lain. Sebab itu seorang pengurus yang bagus datang dari bawah.

Seorang yang tiba-tiba datang untuk mengurus bidang yang tidak dilaluinya tentunya tidak akan berjaya. Saya memberi analogi yang mudah difahami. Setiap diri manusia diberi anugerah untuk mengurus diri masing-masing dari segi kewangan, jika sudah berkeluarga maka mentadbir dan mengurus kewangan "kerajaan kecilnya" berdasarkan kepentingan dan keutaman keluarganya. Mungkin pecahan pendapatannya diagihkan untuk anak sekolah, ibubapa yang sakit, bayar hutang dan sebagainya. Kita namakan keluarga ini A.

Jika datang seorang dari keluarga B yang walaupun cukup bagus mengurus keluarganya sendiri cuba mempraktikkan pengurusan keluarganya keatas keluarga A nescaya dia tidak akan dapat mengurusnya dengan baik. Kenapa? kerana pengalaman dalam keluarga A tiada padanya. Jadi dia seharusnya MENGALAMI sendiri kehidupan keluarga A bukah setakat MEMAHAMI kedudukan keluarga A.

Pada saya dasar PTD adalah lebih kurang dasar "pecah dan perintah" yang diamalkan masa british dahulu. Dasar itu dapat dilihat sehingga sekarang. Kalau mengikut dasar fungsi PTD adalah

a. Menggubal dasar-dasar awam;

b. Merancang, mengawal dan menyelaras pelaksanaan program dan projek awam serta menilai keberkesanan program dan kemajuan projek awam;

c. Menerajui keseluruhan jentera perkhidmatan awam;

d. Memberi khidmat kepakaran dalam perkhidmatan awam;

e. Memulih organisasi yang telah menjadi lemah dan tidak lagi berkesan;

f. Mengenal pasti masalah organisasi dan menentukan kaedah penyelesaian; dan

g. Membuat keputusan berdasar kepada kuasa-kuasa dan peraturan-peraturan yang berkaitan.


Daripada dasar tersebut dapat dilihat bahawa PTD adalah "ultra" di sektor awam. Mereka boleh pergi kemasa saja mereka suka. Kelebihan ini digunakan untuk MENGHADKAN peluang profesional lain untuk menggunakan kepakaran mereka menguruskan BIDANG MEREKA SENDIRI.

Tambahan lagi mereka akan sentiasa mengubah perjalanan setiap jabatan mengikut selera masing-masing dalam masa yang amat singkat. Mengapa? Kerana PTD di sesuatu jabatan tidak lama. Paling lama adalah 3 tahun. Kalau PTD baru 3 tahun akan dinaikkan pangkat ke tempat lain. Sedangkan seorang P.Madya harus menunggu bertahun-tahun dan terpaksa mengeluarkan journal, paper dan entah apa-apa lagi.

Last point, disebabkan gaji tak semacam PTD, penjawat awam yang lain termasuk guru dah dimoralizekan. sebabtu ramai yang sambung belajar. Sama ada KAJI kenaikan pangkat penjawat awam mengikut PTD atau PTD kena ikut sama macam penjawat awam lain maka barulah tiada orang yang dimoralize.


Sumber: Kumpulan Menyokong Umno, KMU.net

Thursday, July 19, 2007

Suatu Masa Dulu.........dalam sejarah...

MMA opposes move to replace doctors as Hospital Directors


The MMA is concerned that there seems to be a move to replace the present Hospital Directors with Paramedics or Administrative (PTD) Officers.

Firstly, contrary to what was reported in the Press recently, in most hospitals in the country, doctors doing Clinical Duties are not "doubling up" as Hospital Directors. Rather, Hospital Directors are those doctors who have chosen to use their clinical acumen and experience to practice CLINICAL GOVERNANCE of their hospitals so as to ensure a high standard of patient care. This is much the same as a Senior Teacher who uses his teaching experience to run a school in such a way that the standard of education in the school is high. In the same way, the head of the JKR is also an Engineer.

Secondly, the primary function of a hospital is to provide quality patient care. This can only be done if the quality of care is monitored by a doctor who practices CLINICAL GOVERNANCE. Only a doctor who has been trained in Medicine can perform CLINICAL GOVERNANCE. This cannot be done by a paramedic or a PTD officer. Aspects of CLINICAL GOVERNANCE include :


1. Doing ward rounds and reviewing case notes to ensure that medical officers and specialists are practicing a high standard of medical care.

2. Ensuring that Clinical Practice Guidelines are adhered to by all doctors, including specialists.
Discussing and finding solutions to Clinical problems faced by specialists.

3. Ensuring that Infection Control guidelines are strictly practiced in the hospital.

4. Chairing Mortality and morbidity review, and quality assurance management meetings. It is important that the Hospital Director chair these meetings, so that Remedial measures can be put in place when there are Shortfalls in Quality.

5. Determining the Drug policy of the hospital by chairing Drug Committee meetings and ensuring that adequate and appropriate financial resources are provided for the purchase of drugs. It will be difficult to explain drug efficacy and interactions for each of the many clinical disciplines to non doctors.

6. Determining the Antibiotic Policy of the hospital, thus ensuring that doctors do not prescribe very powerful antibiotics as a first line of treatment of minor infections.

7. Determining and prioritizing the Medical Equipments to be purchased for the hospital. Only a doctor trained in medicine will be able to discuss the specifications of the medical equipments to be purchased so that they meet the specific needs of the clinicians.

8. Ensuring the maintenance of a high standard of Medical Record keeping and documentation.
Chairing the Investigating Committee when there are public complaints about the standard of medical care given to a patient.

9. Reassuring the public that adequate, timely and high quality medical care will be provided their family members. The hospital director will be able to elaborate on the queries on diagnosis, medical care, investigations, the course and the prognosis of the illness.

10. Advising and teaching junior medical officers on the clinical aspects of patient care in District Hospitals without specialists.

11. Developing contingency plans for the hospital to cater to medical emergencies arising from disasters, epidemics, outbreaks etc. This was clearly demonstrated in the recent SARS
Outbreak when the Hospital Directors and Public Health Specialists exhibited excellent team work to ensure that adequate resources and appropriate contingency measures were provided to control the outbreak.

Thirdly, in a hospital setting where there are other professionals like Specialists, Doctors, Pharmacists, Dieticians, etc, the Hospital Director MUST be a professional trained in medicine to understand the specific needs of these other professionals and to command their respect. The hospital directors are today responsible for assuring the quality of all facets of the care provided. It is also much easier to ensure cost efficiency and effectiveness of the various interventions when one has a good working knowledge of the underlying basic and applied sciences.


Fourthly, this present system is working very well, as evidenced by the high quality of medical care being provided by the government hospitals in this country as is often touted by our government. Ultimately, there are about one and thirty public hospitals and even if we send all of them to the wards and clinics all the time; we will be unable to even make a dent in the thousands of vacant medical posts. The government needs to look at constructive long term measures to attract and retain doctors in the service.


Finally, the doctors who are Hospital Directors are not the ones advocating the change. They receive regular clinical feedback from their clinician colleagues, and do provide some clinical care in the hospitals as well as keep abreast of the current advances in clinical medicine. They are content and proud of their responsibilities in ensuring the standard of medical care in this country. They have been doing an excellent job for decades and they should not and cannot be replaced by officers who are less qualified.


These trained and experienced doctors lead a very busy and stressful working day, managing the many areas of service provision in the hospital. They are often at the forefront of any public complaint and have to be responsible to the higher authorities for all aspects of the service. Their contribution to the health care delivery system is often not recognized and it is very disappointing that their services are being belittled and undervalued. This is, indeed, a very sad day, for with this proposed change, the quality of medical care in the Government Hospitals will definitely decline and the victims will be the public.


Basically, the issue can be summed up by acknowledging that it is much easier to teach a doctor management skills than to teach a layperson the complexities of medicine. The MMA appeals to the government to seriously reconsider this decision and we will be able to establish and provide further evidence based support for our arguments.


Datuk Dr Teoh siang chin
President
Malaysian Medical Association

NUTP Rejects Placing Of PTD Officers In State Education Depts

KOTA BAHARU, July 16 (Bernama) -- The National Union of the Teaching Profession (NUTP) has rejected a move by the Education Ministry to place Administrative and Diplomatic Service (PTD) officers on all grades in state education departments.


"We feel deceived, and the move to place PTD officers in the departments also means deceiving Education Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein who had, in principle, agreed to the NUTP request," NUTP President Anuar Ibrahim told reporters after a meeting of all the 26 affiliates of the NUTP here.


The controversy arose when 200 PTD officers on grades M48 and M52 were placed in all state education departments early last month. The NUTP objected to the move and Deputy Education Minister Datuk Noh Omar said the placement of the PTD officers would be postponed.


It is understood that the PTD officers on grades M48 and M52 would hold the position of sector heads while those on grades M41 and M44 would serve in the management, personnel and development divisions.


The NUTP had earlier agreed to allow PTD officers on grades M41 and M44 to be placed in state education departments under the principle of compromise.


"But this time, the NUTP is rejecting the placement of all PTD officers, regardless of grade, because we feel they are incapable of understanding the teaching aspiration," Anuar said.


He said the NUTP would meet Hishammuddin to hand over a memorandum of protest and give him a fortnight to resolve the matter.


"If the minister is unable to resolve the matter in 14 days, it will be brought up to Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and all members of parliament," he said.


Anuar said the NUTP was disappointed that the postponement of the placement of PTD officers as announced by Noh had not taken place."That is why we feel deceived," he said.Anuar said the NUTP only wanted qualified teachers to take the place of the PTD officers in preparing them for appointment to more senior posts.


-- BERNAMA

Wednesday, July 18, 2007

Konflik Sektor Awam

Tidak dinafikan bahawa tugas selaku penjawat awam menuntut pengorbanan serta komitmen yang tinggi. Mereka bangga kerana dapat berkhidmat kepada negara tercinta dan menyumbang bakti dengan penuh dedikasi. Takziah diucapkan kepada semua mangsa kemalangan helicopter Nuri yang terkorban semasa bertugas.

Semasa berkhidmat/bekerja di mana-mana, kita tidak boleh lari daripada aspek sumber manusia. Aspek ini semakin dititikberatkan di zaman RMK-9 ini. Walaupun demikian, masih ada ruang untuk memperbaiki sistem sedia ada dan mengkaji semula aspek sumber manusia di dalam sektor awam.

Ini kerana suasana tidak harmoni sememangnya wujud dikalangan penjawat awam kesan daripada sistem perjawatan perkhidmatan awam yang memberi kelebihan kepada satu pihak atau golongan sahaja. Suasana ini wujud bukan hanya di dalam era tahun 2000 ini, bukan juga di dekad 90an, tetapi mungkin lebih lama daripada itu.

Ketidakharmonian atau konflik ini bolehlah ditafsirkan sebagai ‘perang dingin’ yang berlaku dikalangan kakitangan awam. Secara lazimnya semua konflik tidak akan muncul secara tiba-tiba jika tidak ada penyebabnya. Konflik ini wujud apabila ada pihak merasakan sesuatu yang tidak kena di dalam sistem perjawatan ini yang dilihat hanya menguntungkan pihak tertentu.

Pengurniaan kuasa berpusat yang amat besar kepada satu agensi sahaja bagi sistem perjawatan ini membolehkan pemegang kuasa tersebut melaksanakan agendanya dengan ‘bersahaja’. Ia boleh melaksanakan polisi atau pun cadangan-cadangan tertentu yang tentunya menyebelahi pihak mereka sahaja dan sesungguhnya tindakan ini tentunya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Oh ya…sebelum terlupa, peraturan juga ditetapkan mengikut cita rasa mereka yang secukup rasa.

Penggunaan kuasa yang dilegitiminasikan di dalam struktur organisasi akan melihat kuasa sebagai dominasi dan ia boleh mengancam matlamat organisasi. Menurut Fairholm, kuasa dapat digunakan untuk kebaikan mahupun digunakan bagi tujuan keburukan seperti meninggikan kedudukan peribadi (golongan tertentu).

Penggunaan kuasa ini mengakibatkan konflik muncul dan suasana tidak harmoni mula bercambah. Lantas munculnya ‘perpecahan dingin’ hasil daripada ‘perang dingin’ yang dinyatakan tadi. Bagi golongan yang tidak merasai wujudnya konflik ini, ada kemungkinan golongan itu masih awal di dalam perkhidmatan, hanya mengambil tahu isu golongan mereka sahaja, tidak mengamalkan pemikiran kritis, kurang cerdas atau tiada usaha untuk memperbaiki perkhidmatan awam.

Tentu ada yang tidak kena apabila guru tidak bersetuju. Mungkin ada yang mengatakan ini adalah masalah terpencil. Oleh kerana hanya guru sahaja yang tidak setuju maka janganlah ditimbulkan isu kerana akan memecahbelahkan kakitangan awam. Lagipun hanya lebih kurang 400,000 orang sahaja yang tidak bersetuju. Hanya 33% peratus sahaja daripada keseluruhan sektor awam.

Jadi bagaimana dengan yang bukan guru? Tentu juga ada tidak ada apa-apa perpecahan apabila rakan dari perkhidmatan perubatan dan kesihatan juga tidak sudi. Tentu juga tidak ada apa-apa apabila jurutera mula bersuara melalui presidennya dan terpapar di media dan sehingga ke hari ini tentunya tiada maklumbalas dari sesiapapun.

Bagaimana pula dengan ‘orang komputer’ yang telah lama kurang senang? Itu belum dicampur dengan rakan tani, imigresen, kastam, penguatkuasa, pensyarah dan lain-lain lagi yang tidak perlu disebut semuanya.

Jika orang tidak hadir, ‘punch card’ tidak akan diketip. Jika hanya satu atau dua sahaja yang berkonflik, mungkin kes terpencil. Tetapi jika hampir keseluruhan sektor awam merasai kesannya tentu dasar ini 'dasar basi'. Insafilah bahawa kakitangan awam tidak berpecah belah tetapi semakin bersatu. Punca utama konflik yang menyebabkan ketidakharmonian perlu diteliti dan dikaji semula.

Tuesday, July 17, 2007

Insiden NURI, PTD dan Luahan Hati Tentera dan orang Awam………..

Sumber Cari.Com. Di olah semula berdasarkan perbualan di forum.

Kita ikuti juga luahan rasa mereka yang MUNGKIN mempunyai hubungkait dengan MINDEF terhadap PTD. Ayat-ayat yang digunakan juga telah diedit supaya tidak terlalu ‘tidak diplomatik’ untuk tujuan penyiaran.

"Kalau tidak silap setakat ini sudah 18 biji NURI telah menjunam jatuh...berpuluh pilot, co-pilot dan penumpang telah terkorban dan mungkin kita akan mendengar lagi insiden seperti ini pada masa akan datang sehinggalah NURI digantikan."Kenapa tidak digantikan sahaja NURI ini? Apakah tiada seorang pun PTD yang berpengalaman di MINDEF berjaya meng’convince’kan pihak pembesar MINDEF untuk menukar NURI? Dimanakah sumbangan kepakaran-kepakaran PTD di MINDEF yang dikatakan terpilih untuk menjawat jawatan utama sektor awam ini bagi meyakinkan pihak tertentu untuk membeli helicopter baru menggantikan NURI? “Adakah setelah membuat lawatan sambil belajar PTD ke Bukit Tinggi dengan menaiki NURI dalam cuaca yang buruk barulah PTD akan buka mata untuk menukar NURI?”

"Mungkin juga untuk menjimatkan peruntukan, segala cadangan oleh Top Bras General yang berpengalaman, berkemahiran dan berpengetahuan diketepikan lantas mengarahkan supaya NURI yang ada 'disolek' untuk menyerlahkan 'keremajaannya' sehinggakan seorang Singaporean yang melawat airport military di kuantan terpegun bila mendapati Nuri di depannya lebih menarik dan menyakinkan daripada Super Puma yang dimiliki Singapura". "Tetapi wajarkah alasan tersebut digunakan sehingga sanggup menggadai nyawa askar-askar kita? Jangan hanya menggunakan “kemahiran” dan “pengalaman” anda hanya untuk menjaga nyawa golongan tertentu semata tetapi membiarkan askar-askar kita bergadai nyawa menaiki NURI yang wujud di zaman foto hitam putih lagi".“Adakah soal keselamatan tidak begitu dipentingkan sehingga proses ‘penyolekannya’ diteruskan walaupun bahan solekan keatasnya akan menjadi bebanan keatas avionik system”.

"Mungkin askar tidak angguk kepala tetapi mereka yang dikatakan ‘berpengalaman’ dan ‘berpengetahuan’ tidak memandang permohonan dan penerangan mereka untuk menukar NURI ini".“PTD seharusnya menerima cadangan dari orang yang berpengalaman untuk menukar NURI kepada helicopter yang lebih bertenaga dan berkuasa enjinnya supaya tidak semput bila mendaki altitude yang tinggi, yang mempunyai FLIR & NVG, yang mempunyai SATCOM, powerful weather radar,terrain following radar, TACAN & GPS yg updated dan sebagainya.”

“PTD tidak seharusnya menunjukkan ke’elitan’ mereka jika ada proposal untuk menukar NURI kononnya menjimatkan duit rakyat dengan mencantas proposal Syarikat A berbanding menghabiskan duit rakyat untuk XYZ Inc yang memang mengarut proposalnya. Tetapi mengapa proposal mereka juga yang diterima? Ada apa-apa kah?” “Saya bimbang adakah NURI ini menjadi Lubuk Emas sesetengan pihak contohnya bagi projek Installation of Auto Hover System yang belum tentu siap setelah bertahun dilaksanakan maka khidmat NURI dipanjangkan? Mungkin khidmat ini akan dipanjangkan memandangkan hanya tidak sampai 50% NURI yang telah di 'upgrade' itu siap sepenuhnya.”


Quote-quote yang lain


“PTD tidak seharusnya memperjudikan nyawa anak watan sendiri. Daripada membuat projek membazir di MINDEF lebih baik gunakan wang cukai rakyat untuk membeli helikopter baru. “

“Mereka ini golongan yang suka hidup senang-lenang. Bila membeli peralatan pertahanan maka mulalah bising, membazir kerana tak pentingkan pendidikan, social dan sebagainya. Tetapi apabila apa jua kemalangan yang melibatkan anggota tentera dan kelengkapannya mereka diam sahaja.”

“Think tank di Mindef adalah budak-budak PTD sahaja, bukannya top bras general! Top brass generals hanya boleh cadangkan aje....tetapi yang luluskan adalah PTD yang baru tak sampai 10 tahun berkhidmat, atas lagi daripada generals di MINDEF dan juga di TREASURY.....”

“Mereka (decision and policy maker) kalau berlaku sesuatu kegagalan atau musibah tidak tahu untuk rasa bersalah; so jangan harap Malaysia akan jadi negara maju. Mentaliti Negara maju kalau salah, u bertanggungjawab, bukan membisu.”

“Yang menjadi masalah ialah requirement TUDM tidak diendahkan. Sepatutnya kena ikut requirement TUDM, mereka berpengalaman, yang hands-on pasal equipment dengan requirement dan sebagainya, bukannya dengar PTD yang tidak mempunyai kemahiran dalam membuat decision. Mereka hanya tahu mengarah dari membuat kerja.”

“Perlantikan PTD wajar dikaji semula, kalau ikut sejarah rakyat kita dihantar ke UK selepas negara merdeka menjadi PTD untuk memimpin atau membaik pulih pentadbiran negara pada akhir 50 an. Jadi tiada relevanya pada masa sekarang, jawatan PTD nih diwujudkan lagi memandangkan semua pegawai di peringkat pengurusan dan profesional dari jabatan masing-masing mampu memimpin jabatan sendiri. Ini lebih baik daripda import orang luar yang mentadbir di jabatan yg dia sendiri tidak tahu usul pangkal”.

“So, what else in the world can shock u, when u've found out a PTD fullers who's only 4 years in service is more higher rank then a lieutenant colonel, who had serve the forces for more then 25 years..? This is reality in MINDEF!!!!!”


rujukan: cari.com.my~thread military~isu NURI

Thursday, July 12, 2007

Komen dari En. Lebog: All Doctors/ Engineers/ Architects/Teachers are managers but not all managers are Doctors/ Engineers/ Architects/Teachers.

Skim PTD ini ialah 'Jack of all trades, master of none'. Dalam pentadbiran kerajaan, semua jawatan-jawatan utama hendak dibolot oleh PTD. Cuba bayangkan dari Ketua Setiausaha Kementerian, TKSU, Setiausaha Bahagian Kementerian, Pegawai Daerah, ADO, SUK Kerajaan Negeri, TSUK, Pegawai Kewangan Negeri, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri, PB Yayasan Negeri, JPA, KP Kastam, KP Imegresen dan banyak lagi.


Cuba bayangkan, seorang graduan yang diterima jadi PTD, tidak kira bidang apa yang dipelajari semasa di Universiti, perlu ambil kursus PTD sebagai kadet PTD. Selepas itu di tugaskan berkhidmat sebagai Penolong Setiusaha Kementerian Pertahanan dan belajar dasar dan pentadbiran Kem. Pertahanan. Selepas itu dinaikkan pangkat ke Pejabat Tanah Daerah dan perlu belajar hal-hal tanah. Selepas itu dipindahkan ke Kementerian Kesihatan dan perlu belajar dasar dan hal-hal Kesihatan. Selepas itu dinaikkan pangkat ke Kementerian Pelajaran sebagai Setiausaha Bahagian Kokurikulum, perlu berkurusus berkenaan sistem dan hal-hal pelajaran. Selepas itu dinaikkan pangkat ke Timbalan Pengarah Bahagian Pencen di JPA, kena pula berkursus berkenaan 'Human Resource dan Emolument'. Selepas itu dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Kewangan Negeri mentadbir kewangan Negeri.


Bukankah ini satu pembaziran kerana perlu belajar perkara baru setiap kali dipindahkan. Sampai bila pun tak boleh jadi master. Saya tak faham kenapa PTD perlu diberi jawatan Ketua Pengarah Kastam dan menafikan pegawai-pegawai kanan Kastam daripada menjadi Ketua Pengarah. Apa yang PTD tahu berkenaan hal-hal kastam sehingga perlu dilantik sebagai KP Kastam? Pegawai kanan Kastam terlepas peluang menjadi KP kerana kerakusan skim PTD untuk membolot semua jawatan-jawatan utama kerajaan.Ini adalah salah satu sebab kenapa pegawai-pegawai kerajaan terasa tertekan dan merendahkan morale mereka kerana kerakusan skim PTD ini.


Guru-guru lebih berhak menerajui JPN kerana mereka lebih arif dan berpengalaman dalam bidang pelajaran dari mula mengajar, selok belok pentadbiran sekolah, syllabus-syllabus, kurikulum, physchology pendidikan dan seterusnya. Mahukah kita bila seorang pegawai PTD yang tidak pernah bekerja di Kementerian Pelajaran dan tidak tahu selok belok dan dasar pelajaran, tiba-tiba menjadi Pengarah Jabatan Pelajaran negeri? Oleh kerana itu, kerajaan terpaksa pula mengeluarkan belanja untuk PTD itu pergi berkursus berkenaan bidang pelajaran?


All Doctors/ Engineers/ Architects/Teachers are managers but not all managers are Doctors/ Engineers/ Architects/Teachers.

Antara JUSA dan Gred Khas dan Turus

Pewujudan JUSA dan Gred Khas diperkenalkan semasa SSB 1992. Tidak semua skim perkhidmatan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional memperuntukkan kenaikan pangkat ke JUSA/Gred Khas. JUSA diwujudkan bagi melaksanakan peranan dan fungsi pengurusan organisasi dan penggubalan dasar. Jawatan Utama Gred Khas diwujudkan berdasarkan pengiktirafan tahap kepakaran dan pengalaman penyandangnya. Sebagai contoh, jawatan KSU, TKSU, KP (tertentu) diberikan JUSA dan Gred Khas kebanyakannya diberikan kepada Profesor universiti walaupun ada juga daripada skim perkhidmatan awam yang lain. Untuk menyenangkan lagi, majoriti penganugerahan JUSA diperuntukan kepada PTD dan amat mustahil untuk Gred Khas diberikan kepada PTD.



Akan tetapi terdapat perbezaan yang ketara diantara JUSA dan Gred Khas. Untuk mendapat JUSA tidak semestinya melalui “beban” yang sama dengan Gred Khas (kita ambil contoh profesor) yang mana memerlukan tahap pencapaian kecemerlangan akademik terkemuka mutunya dan syarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti. Apa yang menyedih dan memedihkan ialah Imbuhan untuk kakitangan cemerlang di universiti seperti profesor bukan saja sukar diperoleh, malah lebih rendah berbanding skim Ketua Setiausaha (KSU) di sesetengah kementerian. Walaupun skim gaji Gred Khas cuba menyaingi JUSA akan tetapi cuba bayangkan imbuhan untuk seorang professor Gred A di universiti hanyalah menyamai imbuhan PTD yang skim Staf 3 yang dinikmati oleh golongan berkenaan. Ini bermakna, gaji maksimum untuk pensyarah ialah profesor Gred A, lebih rendah berbanding PTD atau Ketua Setiausaha dalam skim Staf 3, gred paling rendah dalam skim Staf. Maksudnya, gaji KSU di bawah skim Staf 3 jauh lebih tinggi daripada gaji pensyarah universiti awam yang berpangkat Profesor Gred Khas A. Lebih menarik lagi, skim yang setara dengan skim Staf tidak wujud dalam perkhidmatan pendidikan atau perkhidmatan awam lain.



Untuk rekod, gaji maksimum profesor Gred Khas A ialah RM9,039.80 sebulan (sebelum kenaikan gaji 7.5%). Lebih malang untuk golongan cerdik pandai, PTD mempunyai gaji khas untuk Ketua Setiausaha Negara. Secara umumnya, skim PTD mempunyai empat tangga gaji lebih tinggi daripada skim perkhidmatan pendidikan yang ironinya, juga dikatakan kumpulan perkhidmatan pengurusan dan profesional.



Persoalannya, adakah sumbangan kakitangan awam di bawah skim PTD lebih baik daripada buah fikiran profesor ternama di universiti awam? PTD yang ‘memegang tali’ bagi semua penjawat awam pasti tidak mahu melepaskan kuasa untuk membiarkan pihak lain membentuk skim gaji yang setara atau lebih baik untuk perkhidmatan lain. Bahkan “tali” ini kalau boleh semuanya akan dikongsikan dikalangan mereka sahaja. Inilah yang telah dibuktikan selama ini dari pemberian JUSA, Turus dan Gred Khas.
*Mahidol University adalah sekadar Gambar Hiasan.

Friday, July 6, 2007

Siri Pemikiran Kritis

Waktu : Pagi

Lokasi : Di pinggir ibu kota

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada anda semua kerana berjaya sampai ke tahap ini. Anda telah dipilih daripada puluhan ribu pemohon yang ada di negara ini.”

“Untuk makluman anda semua, jawatan ini merupakan jawatan yang penting dan utama di dalam sektor awam. Oleh itu, calon-calonnya perlu disaring dengan lebih ketat untuk mendapatkan calon-calon yang terbaik di negara ini.”

“Anda telah membuktikan bahawa anda merupakan yang terbaik kerana anda terpilih daripada berpuluh ribu pemohon yang memohon untuk berada di sini. Daripada jumlah tersebut, anda adalah beberapa ratus orang yang berjaya terpilih dan itu seterusnya melayakkan anda menjadi yang terbaik di negara ini. Bayangkan ada berpuluh ribu lagi orang diluar sana yang mencuba berkali-kali untuk sampai di sini tetapi mereka telah gagal.”

“Anda lebih hebat daripada para akauntan, peguam serta saintis kerana permohonan untuk jawatan mereka ini tidak sebanyak permohonan ke jawatan ini. Anda juga lebih hebat daripara pensyarah kerana permohonan untuk pensyarah amat sedikit. Sudahlah sedikit, sentiasa tidak cukup pula.”

“Anda juga harus sedar bahawa anda lebih hebat dari guru. Walaupun permohonan untuk guru adalah berpuluh ribu juga, jawatan mereka juga berpuluh ribu. Bukan macam anda…permohonan berpuluh ribu tetapi yang terpilih hanyalah beberapa ratus orang.”

“Lagi satu fakta yang perlu anda terima ialah anda lebih hebat daripada para doktor. Ini kerana permohonan untuk doktor juga amat sedikit dan sentiasa tidak mencukupi. Doktor juga mudah untuk lulus temuduga dan diterima bekerja. Sudah tentu anda semua tidak sedemikian kerana anda perlu tonjolkan yang terbaik semasa temuduga.”

“Janganlah anda bandingkan kecemerlangan anda semasa SPM atau STPM dulu dengan mereka ini kerana itu tidak releven lagi. Sudah tentu sijil andalah yang lebih cemerlang kerana anda terpilih dikalangan berpuluh ribu pemohon. Jangan juga anda bandingkan keputusan ijazah anda dengan mereka ini, tentu anda tidak mahu mereka membandingkannya dengan keputusan mereka. Lagipun golongan yang ‘cemerlang, gemilang dan terbilang’ sentiasa merendah diri.”

“Oleh itu, memandangkan anda yang terpilih ini adalah daripada permohonan yang mencecah puluhan ribu dan permohonan bidang-bidang lain tidak seramai permohonan jawatan anda, maka anda merupakan yang golongan terpilih yang terbaik.”

“Jika ada dikalangan mereka itu mencabar anda, suruh sahaja mereka memohon ke jawatan ini kerana tentu mereka tidak sehebat anda. Sebab itu mereka tidak memohon ke jawatan yang ‘popular’ ini…lagipun mereka tidak cemerlang dan hebat seperti anda semua.”

“Oh ya, anda juga harus ingat bahawa hanya anda sahaja yang perlu berlari 2.4 km sedangkan mereka semua tidak!”

Wednesday, July 4, 2007

Strategi PTD ke JPN

Blog ini telah memaparkan bahawa pelaksanaan ‘peminangan’ PTD ke dalam organisasi JPN telah bermula pada bulan Jun 2007. Perlantikan pegawai-pegawai PTD baru yang telah dibuat awal-awal lagi menunjukkan kesungguhan dan komitmen golongan ini untuk menyegerakan kemasukan golongan mereka ke JPN walaupun menerima bantahan daripada para guru.

Oleh kerana itu, ada di antara PTD lantikan baru tersebut ditempatkan secara sementara di Kem. Pelajaran dan diberikan ‘latihan’ serta kursus-kursus yang berkaitan agar tidak 'diperlekehkan' oleh para guru kelak.

Mengikut laporan dari media cetak, penempatan PTD di JPN ini telah ditangguhkan bagi gred-gred tertentu. Ini dimaklumkan sendiri oleh YB Timbalan Menteri Pelajaran setelah mengadakan pertemuan dengan ‘orang kuat’ guru-guru. Penempatan bagi PTD-PTD di gred ‘rendah’ walaubagaimanapun diterima secara berkrompromi oleh pihak guru. Seperti yang dimaklumkan kepada media, prestasi mereka ini akan dinilai terlebih dahulu sebelum keputusan seterusnya akan diambil.

Syabas juga diucapkan kepada para guru kerana di atas kesepakatan mereka, mereka berjaya untuk menghalang ‘konspirasi’ perluasan empayar yang telah menjadi ‘open secret’ di dalam perkhidmatan awam. Kejayaan ini seharusnya menjadi pembakar semangat kepada rakan-rakan lain di dalam perkhidmatan awam.

Sebenarnya terdapat satu lagi kejayaan rentetan daripada peristiwa di atas. Kejayaan kedua ini merupakan kejayaan yang lebih bermakna kerana ia adalah kejayaan pada peringkat pengurusan. Kejayaan ini bukan mudah untuk diperolehi dan amat besar maknanya kepada para guru.

Ini adalah kerana, secara tidak langsung keupayaan dan prestasi PTD di JPN ini akan dinilai sendiri oleh para guru. Para guru akan membuat penilaian samada PTD di JPN ini berhak duduk di JPN atau pun sebaliknya. Penilaian ini tentulah akan berdasarkan kepada faktor prestasi PTD-PTD tersebut semasa berkhidmat di JPN.

Jika penilaian ini adalah berdasarkan kepada prestasi kerja dan merit, kita berharap agar PTD yang wujud dari “Program PTD Borong” dapat berdoa supaya mereka tidak ditempatkan di JPN. Tentunya tidak ada tempat bagi mana-mana pegawai yang tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang untuk berada setaraf dengan para guru di JPN. JPN memerlukan pegawai yang berkeupayaan dan kompeten untuk meneruskan pencapaian Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang baru sahaja dilancarkan.

PIPP ini pula perlu dibentangkan ‘Kad Laporan’ bagi setiap 6 bulan. Jika ada pegawai yang berkhidmat di JPN ini sekejap ada, sekejap kursus, sekejap INTAN, sekejap bertukar, kita merasa khuatir akan kejayaan PIPP ini.

Umum mengetahui bahawa PTD-PTD yang baru dilantik itu akan ‘menghilangkan’ diri dari pejabat selama 6 bulan. Selama tempoh ini urusan-urusan pejabat akan terganggu. Kehilangan ini merupakan sesuatu yang diwajibkan. Kemudian selepas tamat tempoh tersebut, ada kemungkinan berlakunya pertukaran dikalangan mereka. Seterusnya jika ada proses ‘pemborongan’ lagi, maka berlakulah lagi pertukaran pegawai yang bakal menganggu proses kelicingan operasi di JPN seperti mana yang berlaku di jabatan-jabatan lain.

Ada juga pihak yang mengatakan bahawa permohonan jawatan adalah daripada Jabatan sendiri dan JPA hanyalah meluluskannya. Oleh itu kenyataan ini akan menunjukkan bahawa Jabatanlah yang memohon jawatan-jawatan tersebut dan bukannya ‘teori monopoli’ seperti yang diperkatakan itu. Kenyataan sebegini ini sebenarnya kurang tepat.

Ini kerana permohonan daripada Jabatan ini akan dimajukan ke peringkat Kementerian. Di sinilah ‘teori monopoli’ akan diselitkan ke dalam permohonan tersebut. Mana-mana ruang yang dirasakan boleh menambahkan lagi jawatan golongan mereka, akan dipergunakan. Oleh itulah wujud saranan daripada pihak JPA agar setiap Kementerian mewujudkan ‘mini JPA’ yang merupakan satu kaedah ‘seni halus’ bagi menghalalkan strategi ini. Kemudian 'tapisan' peringkat kedua pula akan berlangsung di JPA. Semua sedia maklum akan perkara ini.

Untuk rekod, pada tahun 2002, jumlah jawatan PTD adalah sebanyak 3700 jawatan dan sehingga Jun 2006 jumlah jawatan PTD adalah sebanyak 6822 jawatan. Ini menunjukkan peningkatan jawatan PTD dalam tempoh 4 tahun sahaja adalah sebanyak 85% sedangkan peningkatan jawatan sektor awam dari tahun 2002 hingga Jun 2006 hanyalah 5.2% peratus sahaja.

Strategi monopoli ini telah menunjukkan hasil yang membanggakan kepada golongan tersebut. Strategi ini telah berjaya meningkatkan jawatan-jawatan mereka sebanyak 85% dalam masa 4 tahun sahaja sedangkan perjawatan sektor awam hanya berkembang sebanyak 5.2% dalam tempoh tersebut.

Bayangkan apa yang akan berlaku kepada sektor awam kelak?