Buat pembaca budiman...

Coretan kami bukan sekadar untuk dipandang tetapi difikirkan.. Kami sekadar menegur cuma.. Jika ada yang terluka maka ampun dipinta..

Sunday, June 24, 2007

Program PTD Borong

Kenaikan pangkat merupakan satu pengiktirafan daripada sesuatu organisasi kepada pekerja-pekerjanya yang mempamerkan mutu kerja yang cemerlang, berdedikasi, berkeupayaan, berpotensi serta berdaya maju untuk diberikan tanggungjawab yang lebih luas skopnya. Kenaikan pangkat sebegini sudah tentunya adalah mengikut merit di mana kemampuan sesorang kakitangan tersebut akan dinilai terlebih dahulu bagi memenuhi faktor-faktor seperti di atas sebelum dinaikkan pangkat.

Perkara ini yang merupakan 'silibus' asas di dalam pengurusan sumber manusia hanya dipraktikkan di dalam pekeliling dan diwar-warkan semasa ditemubual oleh media sahaja. Telah berulang kali kita didengarkan bahawa faktor prestasi dan keupayaan pegawai serta merit akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat. Ini juga ada disebut semasa kursus induksi atau apa sahaja kursus yang ada hubung kait dengan sumber manusia dan kenaikan pangkat.

JPA merupakan agensi pusat bagi hal ehwal yang berkaitan dengan urusan sumber manusia sektor awam. JPA jugalah yang akan mengeluarkan pekeiling perkhidmatan awam untuk semua agensi awam lain di mana agensi awam lain harus 'akur' kepada pekeliling tersebut walaupun sebilangan pekeliling bertaraf 'pincang' yang menunjukkan faktor tergesa-gesa dan keputusan pembuat dasar yang kurang bijak. Sudahlah begitu, tidak mahu merujuk pula dengan pihak-pihak berkenaan.

Jika JPA sebagai agensi yang kononnya pakar di dalam menggubal dasar sumber manusia sektor awam sendiri tidak menunjukkan sokongan kepada faktor merit ini bagaimanakah perkhidmatan awam ini akan diterajui oleh mereka-mereka yang berkeupayaan tinggi serta berkebolehan?

Program kenaikan pangkat 'borong separa masak' memang dipraktikkan oleh JPA terutamanya bagi golongan M (baca : PTD). Kenaikan pangkat secara borong ini rasanya tidak berlaku di mana-mana tempat lain di dunia dan mungkin hanya di Malaysia sahajalah berlaku sedemikian. Persoalannya mengapa ini berlaku? Jawapannya adalah mudah... ini kerana pembuat keputusan dasar di JPA memerlukan kelangsungan monopoli mereka, selagi ada jawatan yang wujud untuk golongan M ini, selagi itulah akan diisi. Jika jawatan tidak ada, maka menyelongkarlah segala jabatan dan agensi untuk diwujudkan jawatan bagi golongan M ini.

Percayalah, jika benar mutu perkhidmatan awam yang menjadi misi dan visi mereka, sudah tentu mereka tidak perlu berebut-rebut untuk masuk ke JPN atau Pejabat Kesihatan Negeri serta bidang-bidang lain yang tidak relevan. Jika benar bukan jawatan yang diidam oleh PTD, mengapakah jawatan yang bertaraf 'terbuka' di setiap kementerian dan jabatan seolah-olah menjadi jawatan 'khas' untuk PTD?

Sudahlah tiada kepakaran, ingin pula menduduki kerusi tersebut sehingga sanggup merosakkan kualiti perkhidmatan awam. Jika tidak tamakkan jawatan, mengapa di dalam senarai pendek untuk jawatan Ketua Pengarah BPR pun boleh pula terselit nama PTD? Ini lagi satu contoh meletakkan 'barang lusuh bukan pada tempatnya'.

Oleh kerana mahu memastikan misi monopoli tercapai, kakitangan golongan M semestinya beruntung kerana berjaya dipilih bagi program naik pangkat 'borong separa masak'. Bagi mereka yang masih tertanya-tanya program ini, jika anda bukan dikalangan mereka.. anda harus menjadi penontonnya sahaja.

Naik pangkat 'borong separa masak' ini merupakan program baru yang diperkenalkan pada hujung tahun 2006 yang lalu. Kebiasaannya naik pangkat secara 'borong' memang dipraktikkan oleh golongan M ini. Untuk makluman, kenaikan pangkat PTD sejak akhir-akhir ini, bukannya berdasarkan merit, keupayaan, potensi dan lain-lain faktor yang sepatutnya.

Kenaikan pangkat PTD ialah berdasarkan faktor tahun kemasukan. (Inilah realitinya). Contohnya boleh dilihat bagi PTD kemasukan (sebutan bagi PTD ialah batch) 2004, tahun 2007 telah mendapat kenaikan pangkat ke gred 44. Ini yang dikatakan 'separa masak'. Tiada faktor merit....inilah yang diterapkan oleh JPA bagi golongan Mereka.

Bagi PTD kemasukan tahun 2002 pula, gred 48 menjadi milik mereka pada tahun 2006. Tidak perlu faktor produktiviti mahupun merit. Inilah hasil pengurusan 'bijak' sektor awam. Oh ya....tentulah demi kelangsungan monopoli mereka. Maka berbanggalah PTD separa masak ini dengan hadiah yang diterima. Biarlah umur baru menjenguk lewat 20an, aku telah layak rupanya untuk jawatan 48 ini..

Dengan cara ini tentunya JPA percaya kualiti sektor awam akan lebih baik, 'ranking' dalam 'World Competitiveness Report' akan bertambah meningkat, 'ranking' laporan UNDP juga akan semakin mantap dan macam-macam lagi alasan untuk 'menghalalkan' tindakan mereka.

Setelah sedar bahawa tindakan JPA itu bakal 'melemahkan' sektor awam, maka langkah-langkah jangka pendek pun diambil. Buatlah sesi taklimat mahupun BTN atau apa sahaja untuk mereka ini, kerosakan telah berlaku. Kepincangan dalam sektor awam bakal dilihat tidak lama lagi. Jika kenaikan pangkat bersandarkan 'borong' usah difikirkan untuk memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan awam. Sektor awam telah kehilangan sesuatu yang baru... Penghormatan!






12 comments:

Anonymous said...

saudara/saudari pengarang,

Syabas di atas karangan saudara/saudari yang mungkin mampu mencapai A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ini. Syabas juga di atas usaha saudara yang boleh memecahbelahkan sektor awam yang selama ini hidup harmoni dan aman damai.

Kemasukkan PTD ke JPN sememangnya mencetus pelbagai isu, yang berkait - kait lalu tersangkutlah isu kenaikan pangkat.

Walaubagaimanapun sesuatu yang tidak dapat saudara/saudari nafikan ialah :

1)PTD datang dari latar belakang yang berbeza dan walaupun baru 5 tahun dalam perkhidmatan ada PTD yang telah menguasai aspek pengurusan dan kewangan serta lain - lain bidang berkaitan pengurusan
--- ini adalah kerana MANAGING is the nature of job of a PTD.

2) Tidak dinafikan ada batch yang terlalu muda untuk dinaikkan pangkat ke gred 44. tetapi syarat kenaikkan adalah tertakluk kepada performance dan lulus PTK. Untuk pengetahuan saudara/saudari, ada juga yang batch di 98/97 yang tidak lagi naik 44 kerana tidak lulus PTK. Dan soalan peperiksaan PTK PTD merangkumi semua aspek pentadbiran termasuk jugalah aspek diplomasi dan hubungan antarabangsa.

3) mengapa gred lain lambat naik pangkat berbanding dengan PTD? Ini adalah kerana tiada kekosongan jawatan, jikalau dinaikkan pun... nak letak mana mereka yang naik pangkat ni? Jawatan Akauntan contohnya, susulan dari re-org yang bertambah baru - baru ini telah menyebabkan lebih banyak akauntan muda yang menikmati kenaikan pangkat (provided they have passed their PTK). Sekiranya saudara merasakan hendak gred DG naik pangkat dengan segera, boleh lah menulis kepada JPA dan minta di re-org kan semua sekolah. Mungkin jugak kita boleh letak DG di semua Kementerian, supaya semua DG dapat naik pangkat. Tapi di mana relevan nya?

4) kenaikkan pangkat datang bersama pertambahan bidang tugas. Jikalau guru dinaikkan pangkat ke gred 44, namun masih melakukan tugas yang sama, again di mana relevannya?

5) Berbalik kepada nature of JOB. mengapa perlu kita membuang masa dengan membangkitkan isu kenaikan pangkat? Sedangkan dengan kenaikan gaji baru - baru ini, tenaga yang lebih banyak sepatutnya disalurkan ke arah meningkatkan mutu kerja dan sistem penyampaian.


Saya juga bukanlah seorang PTD. Saya adalah seorang pegawai yang telah 5 tahun menjawat jawatan ini walaubagaimanapun masih di gred 41. Saya rasa,kekeliruan yang timbul akibat isu PTD memasuki JPN ini adalah akibat ketidakfahaman mengenai status keadaan semasa. Lalu isu ini diapi - apikan supaya menimbulkan kekecohan yang lebih besar lagi. Bukan kah ini satu perkara yang tidak baik, apalah salahnya kemasukkan PTD ke JPN diterima dengan tangan yang terbuka . Lagipun bukan kah kita semua menjunjung ikrar untuk berkhidmat untuk negara?

Saudara/saudari merassakan cikgu juga mampu melakukan kerja pengurusan, jika sedemikian, PTD juga boleh merasakan mereka mampu mendidik lebih beaik berbanding gred DG. Sekiranya semua org merasakan mereka lebih bagus, maka, apa akan jadi pada sistem pentadbiran awam kita in the future?


-saya yang menurut perintah-

Anonymous said...

nak tambah jawatan refer JPA
nak ubah struktur refer JPA
nak naik gaji refer JPA
naik elaun refer JPA
semua JPA

tapi semua yang buat dasar berkenaan semua skim di JPA tu semua PTD

naik pangkat mcm mana takde jawatan kosong sebab JPA tak luluskan so yang jawatan skit berkurun la nak naik pangkat...pandai betul la ..tapi semua orang dah tau skrg ni

adil ke tu ?
rombak la JPA masukkan skim lain sama jadi ketua pengarah

Anonymous said...

saudara/saudari pengarang,

JPA tak pernah menyelongkar kementerian/jabatan lain untuk isi jawatan kosong...tapi jabatan yang minta isi kosong dengan skim-skim tertentu...jabatan tentukan...baru JPA luluskan..please check your facts sebelum hentam central agency tak tentu pasal. Kalau suka naik pangkat cepat masukla PTD (KUP jer pun...) Orang lain cuba 7-8 kali nak masuk...

'taksukakutuk'

Anonymous said...

Saya sangat bersetuju dengan cadangan dengan karangan ini, PTD ini paling tidak memuaskan bekerja di jabatan Imigresen, Tak tahu apa-apa berlagak tahu kemudian datang masalah cuba turning over seolah masalah datang dari pegawai beruniform sedangkan, mereka yang membinasakan sistem, suruh lead operation tak mahu (takut), suruh dakwa di mahkamah tak mahu (tidak pandai)suruh lulus permohonan tunggu dulu (tak tahu prosedur )

Anonymous said...

saudara/saudari pengarang,

mungkin tuan dan puan tidak sedar, bahawa ada sebahagian jawatan yang diperuntukkan untuk skim lain, sebagai contohnya skim J, diisi oleh PTD disebabkan tiada pegawai skim J mahu mengisi kekosongan-kekosongan ini, alasan mudah - sudah selesa dengan perjawatan lama walaupun kekosongan jawatan ini adalah promotional position untuk pegawai skim J tersebut (tu pun tak sanggup diisi) Jawatan telah lama kosong, JKR telah diminta hantar pegawai tapi tiada tindakan susulan! Bayangkan kami pegawai skim M lantikan baru terpaksa berhempas pulas dengan rela hati mengisi kekosongan jawatan J44 TANPA ADA TANGGUNGAN ELAUN MENANGGUNG, tetapi masih dapat bekerjasama dengan kakitangan sokongan skim ini dengan mudah dan ini membuktikan sentimen skim-skim ini tidak mendatangkan apa-apa faedah pun - janji semua buat kerja (walau kelulusan PTD ni tak mengikut keperluan jawatan, tapi semua belajar dari bawah dan mendatangkan hasil yang sama dengan pegawai skim J tadi)
Selagi kami ingin BERKHIDMAT UNTUK NEGARA dan motto kami KAMI MENURUT PERINTAH, sekurang-kurangnya membuktikan ada lagi PTD yang sanggup memikul tanggungjawab-tanggungjawab pegawai-pegawai skim J tersebut yang dikatakan golongan professional. Jadi siapa yang tak profesional? Kita tidak boleh hanya menyalahkan satu pihak sahaja. Sendiri kena tanya......

Anonymous said...

PTD elok buat keje sendiri jangan dok sebok nak masuk jabatan org tak sudi masuk.


Byknya jawatan agensi tak minta,JPA yang kasi tapi sempat lagi masukkan skim M tu..hehhehe

yang pentingnya jawatan ketua pengarah JPA tu kena open sape nak jadi KP ketua lulus exam khas.

mohon mencadangkan

Anonymous said...

Juak PTD akan createkan jawatan untuk pengisian PTD junior. Biarpun jawatan tersebut tidak diperlukan dan tidak selari dengan beban kerja. contohnya golongan F41 melakukan tugasan yang amat berlambak sorang diri tetapi PTD buat kerja satu tugas share 2-3 orang. nampak sangat keje takdak tapi buat-buat sibuk. dahtu pangkat 44.
pastu kalau jabatan mintak pertambahan orang nak buat keja lagi parah. bertahun mahu lulusnya. itu pun kalau nasib baik dapat separuh je dari yang dimintak. pastu bila F lambat buat keje F jugak kena marah. PTD buat muka cicak demam je.
Cukup 3 tahun dapat 44, pastu blah tempat lain, beban keje sama je.
skim lain buat keje sampai nak rak sebab tak cukup orang, juak PTD siap boleh yahoo mesenger lagi. keje makan gaji buta. PTD zaman sekarang ni memang sampah. perabis duit pembayar cukai.
sila contohi PTD zaman dulu.

Anonymous said...

jom la cari extra income tak payah susah2 hanya promosi web je
sign up di
http://jomduit.blogspot.com/

semuanya FREE dan anda akan dibayar

Halim Anwar said...

Saudara-saudari sekalian,

Pertama sekali, kenapa menyamar jadi anonymous kalau tak puas hati dengan PTD? Takut kerana benar atau takut kerana salah?

Saya amat runsing kerana di kala “stakeholders to the Government” menuntut perkhidmatan awam meningkatkan kecekapan, kita semua nak berbalah kerana satu sebab. Kuasa.

Dalam mana-mana pentadbiran kerajaanpun di dunia ini, jawatan pentadbiranlah biasanya banyak berurusan dengan pemimpin negara yang terdiri daripada ahli-ahli politik. Secara tidak langsung, golongan pentadbir diamanahkan dengan kuasa untuk memberi nasihat/pandangan kepada pemimpin negara dalam penggubalan dasar serta kuasa melaksanakan dasar-dasar tersebut.

Jawatan PTD diwujudkan memang untuk mentadbir kerajaan. Namanya pun Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Diplomatik sebab kerja-kerja pentadbiran negara juga melibatkan hubungan antarabangsa dan isu-isu berkaitan yang merentasi sempadan negara.

Berbalik kepada isu perjawatan dan penempatan PTD. Di JPN, PTD tidak ditempatkan untuk menggubal dasar pendidikan, sebaliknya hanya ditugaskan mengurus sumber manusia, perolehan dan pembangunan. Ketiga-tiga bidang ini memang sebahagian daripada bidang tugas utama PTD, dan Kerajaan menyediakan peruntukan untuk melatih PTD mengikut bidang tugas mereka. Jadi, PTD mestilah membuat kerja mengikut bidang tugas yang ditetapkan. Sama dengan guru. Sejak hari pertama dilantik selepas melafazkan ikrar “Saya memilih profesion perguruan demi mendidik anak bangsa” baik semasa temuduga mahupun Minggu Orientasi, guru bekerja untuk mendidik, bukannya mentadbir. Jika ada sesiapa yang bertegas bahawa guru boleh menjadi pentadbir apabila diberi latihan/kursus sepertimana PTD, tidakkah terlintas di benak yang Kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk melatih guru, dan jikalau guru ingin ‘senang-senang tukar angin’ menjadi pentadbir dengan tanggapan kursus pentadbiran boleh diambil, tidakkah terlintas juga di benak yang Kerajaan terpaksa membelanjakan wang sebanyak dua kali ganda bagi setiap guru yang telah dilantik dan diberi latihan perguruan yang bukan percuma untuk guru menjalani latihan menjadi pentadbir pula? Ingat senang-senang jadi pentadbir tanpa ada latihan? Istimewa sangatkah guru berbanding profesion lain sampai Kerajaan memberi mereka latihan perguruan dan pentadbiran (perolehan, pembangunan, ekonomi, hubungan antarabangsa)?

Konsep ini sebenarnya sama saja dengan porofesion lain. Pelik bunyinya kalau ditanya orang siapa Ketua Bahagian Perolehan atau Bahagian Pembangunan atau Bahgian Sumber Manusia, jawapan yang diberi,”Oh.. dia seorang guru (atau Jurutera / Pegawai Sistem Maklumat dsb.)”. Cantik bunyinya kalau jawapan yang diberi, ,”Oh.. dia seorang Pegawai Tadbir”. Dan PTD adalah Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Kalau hendak menjadi Pegawai Tadbir, tukarlah skim daripada DG/F/J etc kepada PTD. Tiada sesiapa menghalang.

Pun begitu, saya faham akan keluhan golongan guru yang terpaksa bersaingan dengan ratusan ribu guru untuk mendapat kenaikan pangkat.

Saya juga faham akan keluhan pegawai (rata-rata PTD) di Kementeian Kewangan yang pening memikirkan tentang implikasi kewangan yang begitu tinggi kepada akaun kerajaan yang masih deficit jikalau semua tuntutan kakitangan kerajaan untuk naik pangkat dituruti begitu sahaja.

Beringat-ingatlah sebelum ekonomi kembali gawat.


[Juak PTD akan createkan jawatan untuk pengisian PTD junior. Biarpun jawatan tersebut tidak diperlukan dan tidak selari dengan beban kerja. contohnya golongan F41 melakukan tugasan yang amat berlambak sorang diri tetapi PTD buat kerja satu tugas share 2-3 orang. nampak sangat keje takdak tapi buat-buat sibuk. dahtu pangkat 44.
pastu kalau jabatan mintak pertambahan orang nak buat keja lagi parah. bertahun mahu lulusnya. itu pun kalau nasib baik dapat separuh je dari yang dimintak. pastu bila F lambat buat keje F jugak kena marah. PTD buat muka cicak demam je.
Cukup 3 tahun dapat 44, pastu blah tempat lain, beban keje sama je.
skim lain buat keje sampai nak rak sebab tak cukup orang, juak PTD siap boleh yahoo mesenger lagi. keje makan gaji buta. PTD zaman sekarang ni memang sampah. perabis duit pembayar cukai. sila contohi PTD zaman dulu.]

Apa yang engkau kurang ajar sangat ni? Kalau bagus sangat, kenapa tak kerja dengan syarikat swasta yang beri gaji beribu-ribu lebih banyak dari pegawai F yang “bila F lambat buat keje F jugak kena marah”? Kalau bagus sangat dan nak sangat jadi Pentadbir, laluilah proses jadi PTD macam orang lain. Ni tak, bising kat belakang-belakang, main nyorok-norok, ada telur tak?

Anonymous said...

Saudara saudari sekalian,

saya hairan kenapa ramai sangat antara anda yang betul-betul marah dengan skim perkhidmatan PTD ini.

"satu tugas share 2-3 orang. nampak sangat keje takdak tapi buat-buat sibuk. dahtu pangkat 44".

Pantang betul saya mendengar komen di atas oleh manusia yang tak tahu bersyukur ni. Mungkin dia tak tau di luar sama ramai lagi PTD yang berhempas pulas bekerja, mengorbankan masa makan, minum, masa bersama anak-anak dan keluarga semata-mata menuntut beban tugas yang kian bertambah. Masih ramai lagi PTD di luar sana yang amat komited dengan kerja masing-masing dan amat berkredibiliti.

Jangan suka menuduh sesuka hati dan menganggap semua PTD ini useless...Masih ramai lagi yang amat berdedikasi, berkredibiliti dan komited. Maklumlah, we are cream of the cream.

Bangga menjadi PTD.

Anonymous said...

Hai...

saya bukan pekerja gomen.. tanak komen byk cuma nk beri pendapat.... saya byk liase dgn gomen ni.. sbb saya konsultan sebuah syarikat kecil di kuala lumpur... ada betulnya apa yang pengarang kata dan ada betulnya ptd kata... mmg betul saya tgk F keje mmg byk tp susah nk naik pangkat... sehinggakan saya sendiri klu nk mohon masuk gomen pn saya taknk mohon jawatan F... susah nak naik.

Untuk menjadi pegawai tadbir diplomatik yang bagus menguruskan hal ehwal sesebuah agensi kerajaan mmg perlu tahu semua hal ehwal pengurusan.betul tu... tapi kadang2 kita lupa.. setiap bidang mempunyai cara pengurusan dan pentadbiran yang berbeza untuk maju.

cth mudah.. kita ambil satu organisasi "Restoren Sedap" klu kita jadi tukang masak.... hari2 kita masak mcm2 jenis lauk2, lama2 kita mesti expert betul tak? klu kita up skit dengan vitamin pengurusan dan pentadbiran.. mesti kita jadi seorang tukang masak yang boleh menguruskan dapur dengan baik... yang tau mcm mana nk menghasilkan sesuatu yang boleh makan, sedap, bersih dan menyelerakan disamping perkhidmatan yang disediakan direstoren tu memenuhi kehendak pelanggan.

itulah yang nk di sampaikan oleh org2 gomen yang kod jawatannya J,F dan sebagainya.

PTD meronda satu malaya untuk menjadi sorang pentadbir yang baik mmg bagus... tapi PTD takkn boleh jadi seorang pentadbir yang mcm cth tukang masak td.

Soal lulus peksa naik pangkat ni agak kurang praktikal dah di aplikasikan.... sapa yg rajin baca buku.. pastu otak jenis kuat menghafal senang la naik pangkat... tp siapa yang jenis mcm saya ni susah la... sbb sy mmg tak suka hafal. tp dalam apprisal baru2 ni saya dapat 3.75 (outstanding)untuk performance kerja saya... klu kat gomen kat mane la position saya sekarang? mungkin JPA kene carik pendekatan baru untuk pastikan semua jenis jawatan dan kenaikan dapat diseimbangkan...

Sbb saya percaya untuk mentadbir bidang2 seperti perguruan, kejuruteraan, teknologi maklumat, kedoktoran, pertanian dan sebagainya memerlukan skill yang perlu di asah dan hati yang cukup cinta akan profesyen tersebut.

pada PTD yang bangga jd PTD tu sedar2 la diri.. tak elok bangga2 ni

maaf klu tulisan ni menyinggung hati

Anonymous said...

Tak rasa nak marah pun dengan PTD. Cuma nak belajar macam mana nak dapat grade 44 walau baru kerja dua tiga tahun? Ada beberapa kawan pustakawan (S) masih 41 walau dah nak pencen. Ramai sangat kami (S) yang dah kerja lebih 15 tahun atau 20 tahun tak nampak langsung-langsung bayang 48. Sampai malu nak ngaku kami masih 44, macam jawatan tak ada harga. Kami pun kerja sampai naik stress. Ada formula?