Buat pembaca budiman...

Coretan kami bukan sekadar untuk dipandang tetapi difikirkan.. Kami sekadar menegur cuma.. Jika ada yang terluka maka ampun dipinta..

Friday, June 1, 2007

Pegawai skim lain layak laksana tugas PTD

Dipetik daripada blog perkhidmatanawam.blogspot.com

ISU Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) masih hangat diperkatakan di kalangan kakitangan awam. Ramai menyokong dan ramai juga yang membantah.

Saya kira isu ketidakpuasan hati kakitangan awam terhadap PTD sudah lama berlaku di sektor awam. Cuma ia tidak begitu ditonjolkan kerana kebanyakan kerusi pengurusan ditakluki oleh PTD.

Memang benar PTD dilatih sedemikian rupa menerusi program Diploma Pengurusan Awam dan juga program lain seperti ‘Outbound School’, Undang-Undang, Pusat Latihan Tentera Darat (Pulada) bagi memantapkan kepakaran dan ketahanan fizikal dan mental.

Saya ingin merujuk surat pembaca ‘Pegawai Skim F’ cuba merungkai ketidakpuasan hatinya terhadap PTD yang dikatakan cuba memonopoli kedudukan atasan.

Apabila kita memasuki universiti dan memilih bidang sains, kita harap apabila tamat pengajian, kita akan menjadi orang nombor satu dalam organisasi, tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Kedudukan nombor satu sentiasa dipenuhi golongan bukan profesional dalam bidang sains atau bidang khusus.

Sebagai contoh, Pegawai Skim F adalah Kumpulan Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat. Kelulusan minimum untuk menjawat jawatan Pegawai Sistem Maklumat dan PTD adalah sama iaitu sarjana muda, tetapi gaji permulaan kedua-dua skim ini berbeza sedangkan bidang teknologi maklumat adalah bidang sains berbanding bidang sastera yang diperoleh PTD.

Sejak awal lagi sudah ketara proses menganaktirikan itu berlaku apatah lagi pada masa akan datang. Sebagai pemegang Sarjana Muda Sains Komputer, mereka juga mempelajari ilmu pengurusan dan pentadbiran ketika di universiti.

Jika Diploma Pengurusan Awam dan program lain yang dipelajari PTD diberikan kepada pegawai skim lain, saya pasti sektor awam dapat menghasilkan pegawai profesional dalam bidang mereka di samping berhemah dalam pengurusan dan pentadbiran jabatan atau organisasi.

Tidak salah rasanya jika saya katakan tugas PTD adalah rencam. Ramai PTD menyatakan mereka pentadbir elit dan komited dengan tugas dan tanggungjawab, tetapi isunya berapa ramai yang bersikap begitu?

Jika mereka benar-benar elit dan berkaliber, kenapa ramai pegawai skim lain tidak puas hati? PTD adalah penggubal dasar yang sepatutnya memikirkan keseluruhan penjawat awam bukan hanya golongan yang berada dalam lingkungan persatuan PTD.

Kajian menyeluruh, jitu dan telus perlu dilakukan pihak bertanggungjawab yang tidak berada di dalam mana-mana skim perkhidmatan kerajaan terutama PTD.

Ramai guru pada masa kini mempunyai kelulusan sarjana muda sama seperti PTD. Saya yakin guru masa kini mempunyai ilmu dalam pengurusan dan pentadbiran. Dalam mentadbir dan menguruskan jabatan dari segi belanjawan, pembangunan infrastruktur, sumber manusia dan sebagainya, pegawai yang pernah menjawat jawatan guru mempunyai lebih banyak maklumat dari segi selok-belok jabatan.

JURUTERA SISTEM KANAN,
Dengkil, Selangor.

17 April 2007

3 comments:

Anonymous said...

Saya bersimpati dengan keluhan dan ketidakpuasan hati rakan seperjuangan sektor awam. Memang benar dan saya setuju bahawa banyak kerja-kerja yang dilaksanakan oleh PTD boleh juga dilaksanakan oleh skim perkhidmatan yang lain. Walau bagaimanapun harus diberi perhatian bahawa Kerajaan mempunyai rancangan pentadbiran dan perlaksanaan yang teratur.

Kemahiran-kemahiran penjawat profesional adalah amat diperlukan sebagaimana kemahiran pengurusan diperlukan di setiap kementerian dan jabatan. Adalah rugi, jika kemahiran yang telah diasah, dipupuk dan disempurnakan tetapi akhirnya duduk di belakang meja dan melaksanakan hal-ehwal pentadbiran dan pengurusan dasar. Kemahiran para doktor, jurutera, pegawai sistem maklumat, guru-guru dan para profesional berwibawa yang lain adalah lebih bermakna dan diperlukan di atas padang berbanding di belakang meja. Kepakaran anda adalah bernilai dan jauh bermakna jika jalanraya, jambatan dan bangunan kerajaan dibina dengan baik; jika lebih banyak pesakit dan orang miskin dapat di rawat dan lebih banyak anak-anak Malaysia dapat di didik untuk menjadi insan yang mulia dan mempunyai masa depan. Itulah rancangan pentadbiran yang telah diatur oleh kerajaan.

Berbalik kepada pembukaan saya; saya masih setuju bahawa banyak kerja-kerja PTD boleh dilaksanakan oleh skim perkhidmatan yang lain. Dan anda semua yang terdiri dari graduan profesional adalah tidak terkecuali dari memohon untuk memasuki skim perkhidmatan PTD. Ketahuilah bahawasanya terdapat ramai graduan dalam bidang profesional yang memegang jawatan PTD. Jika anda telah belajar dengan keras dan mengasah kemahiran dalam bidang-bidang seperti kedoktoran, jurutera, dan IT, tetapi tidak minat untuk merawat pesakit, mengajar anak-anak bangsa, menjadi pakar IT dan memastikan struktur architecture dibina dengan selamat; dan masih berminat utk mengurus dan membentuk dasar; maka pintu utk memohon skim PTD sentiasa terbuka. Skim PTD adalah terbuka kepada graduan dari semua bidang yang mencapai tahap pembelajaran tertentu.

Dengan itu, walaupun saya bersimpati dan memahami keluhan rakan seperjuagan, saya masih percaya bahawa negara kita amat memerlukan para profesional yang berwibawa dan juga pada pengurus yang berdedikasi. Oleh itu, pilihan adalah ditangan kita sendiri.

Persoalan mengenai ada PTD yang tidak mencapai tahap perkhidmatan dan mempunyai tingkah laku yang kurang menyenangkan; lets be fair, saya percaya semua skim perkhidatan dalam kerajaan dan juga di sektor swasta mempunyai nila mereka yang setitik mahupun sebelangan. Apa yang lebih penting bagi kita adalah untuk mengurangkan atau menghapuskan nila-nila ini dalam semua skim, dan memperbaiki diri kita dari masa ke semasa dan menjadi penjawat awam yang berkesan dan ikhlas.

Akhir sekali saya memohon maaf ke atas kesalahan bahasa atau kekerasan kata-kata ; sememangnya saya adalah seorang PTD yang sedang memperbaiki perkhidmatan saya kepada rakyat dan ke atas diri saya sendiri.

*Shinkansen*

Anonymous said...

Saya gred L...tetapi saya tidak pula hasad dengki terhadap PTD sbb saya rasa bidang saya lagi special, PTD tak de pengiktirafan untuk bagi nasihat undang-undang...DG boleh mengajar, PTD tak boleh mengajar...dan DG boleh juga mentadbir sebagaimana PTD. Cuma DG mungkin lebih diperlukan utk mengajar dan menggubal dasar pendidikan. Saya tidak fikir PTD diletakkan dipos utk menggubal dasar pendidikan... Jadi saya rasa, DG patut bersyukur dgn tugas yang diberikan...kenapa nak dipersoalkan PTD yang tiada pengkhususan...biarlah mereka melakukan tugas-tugas rencam yang remeh temeh tu...
mungkin kita perlu mengisafi diri bahawa Tuhan telah tetapkan rezeki setiap orang dari pintu yang Dia kehendaki...mungkin sebagai cikgu, dari pintu DG...sebagai PTD, dari pintu M...
bagi saya...tiada masalah semua ini...sepatutnya kita bangga dengan perkhidmatan awam kita...

Anonymous said...

Assalammualaikum...

Untuk pengetahuan penulis, saya juga adalah seorang PTD. Apa yang ingin saya bangkitkan adalah dakwaan penulis mengenai Pegawai Sistem Maklumat (Gred F) dan PTD sendiri kebanyakkan graduan aliran Sastera. Ingin saya bertanya dari mana penulis mendapat statistik latar belakang akademik PTD yang ada sekarang? Saya ingin memaklumkan PTD pada masa ini berkelulusan bukan sahaja dalam bidang Pengurusan, tetapi juga Sains Komputer, Undang-Undang, Kejuruteraan Awam malahan pendek kata, apa sahaja kelulusan dapat memasuki skim perkhidmatan ini dengan syarat lulus kesemua ujian dan peperiksaan serta temuduga yang sememangnya mencabar kredibiliti seseorang itu. Mengapa skim ini dikatakan skim elit dan unggul? Oleh kerana pemilihan seseorang calon Pegawai Tadbir dan Diplomatik bukan sahaja mengambil kira Ijazah apa yang dimiliki tetapi personaliti individu itu sendiri. Personaliti sebenar dicungkil bukan sahaja melalui peperiksaan bertulis dengan soalan-soalan berbentuk keputusan dan tindakan-tindakan yang wajar dilakukan terhadap permasalahan yang diberi, tetapi terdapat juga program assessement centre (PAC)selama hampir 3 hari di INTAN yang menjurus kepada fizikal dan mental calon PTD termasuk public speaking dan masa yang diambil bagi larian 2.4km dan akhirnya temuduga. Personaliti yang bagaimana? Personaliti yang berkepimpinan adalah penting. Sekiranya digesa bercakap di khalayak awam tidaklah seorang PTD itu menggigil.

Mengapa dibangkitkan cerita guru-guru terpaksa melepaskan jawatan mereka? Guru atau doktor mempunyai kelebihan untuk mendidik dan merawat pesakit. Jadi, biarlah guru-guru atau doktor menumpukan 100% tumpuan mereka terhadap kerja-kerja yang sememangnya menjadi tanggungjawab atau speciality mereka. Begitu juga denga para pegawai F atau J. Bagi bidang pengurusan si 'M' yang sememangnya patut lakukan. Mengapa rasa tercabar dengan kelebihan yang diberi pada si 'M' ini? Saya mengalu-alukan agar penulis ambil peperiksaan PTD tahun ini.

Gaji permulaan yang lebih berbanding skim lain adalah kerana Diploma Pengurusan Awam yang PTD miliki sebagai kelulusan tambahan dari Ijazah mereka yang sedia ada. Adalah adil sekiranya gaji yang lebih beberapa puluh ringgit itu diberi oleh kerana kepayahan dan kesukaran memasuki skim ini tidak seperti skim-skim lain yang hanya peperiksaan dan temuduga sahaja berbanding peperiksaan, PAC temuduga dan Diploma Pengurusan Awam selama 6 bulan yang ditempuhi pegawai PTD sebelum disahkan tetap dalam jawatan. Adalah diingatkan bahawa skim ini adalah skim tertua dalam Perkhidmatan Awam Malaysia iaitu sejak zaman penjajah lagi....