Buat pembaca budiman...

Coretan kami bukan sekadar untuk dipandang tetapi difikirkan.. Kami sekadar menegur cuma.. Jika ada yang terluka maka ampun dipinta..

Monday, May 28, 2007

PTD Perlu Jawab Isu Ini!

Kebelakangan ini terdapat beberapa isu yang Teman rasa berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan yang mendapat kritikan daripada orang awam. Tentunya dasar-dasar kerajaan ini dirangka oleh pembuat dasar. Jawatan yang diperuntukan untuk membuat dasar tersebut adalah Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Gred PTD adalah M.

Teman sekadar kutip beberapa isu untuk dikongsi. Teman merasakan hanya PTD yang tahu dan perlu jawab isu-isu ini.

Isu 1: Diskriminasi Pengisisan Jawatan Bagi Penjawat Awam Selain M Yang Lulus PTK

Teman merujuk kepada kenyataan presiden CUEPACS, Omar Osman yang menyatakan bahawa terdapat penjawat awam yang telah lulus PTK sejak 2003 tetapi tidak dinaikkan ke pangkat yang lebih tinggi. Teman sekadar memberi contoh. kumpulan skim F yang telah lulus PTK pada 2003. Senarai nama telah keluar untuk ke gred 44 pada awal 2006 tetapi sehingga sekarang proses berkenaan terbantut atau 'dibantutkan'. Contoh kedua, pegawai di JPS dari skim J. Lulus PTK pada 2003. Hanya pada penghujung 2006 barulah jawatan ke gred 44 dilakukan. Pegawai PLV, skim J, yang lulus pada tahun 2004 tetapi sehingga sekarang masih menunggu untuk kenaikan pangkat ke gred 44. Pegawai gred DG, iaitu guru-guru kita, yang ini teman malas nak cerita sebab kesian sangat.

AKAN TETAPI SILA PERHATIKAN INI:

Pegawai Tadbir Diplomatik atau PTD, Skim M, yang mahu dikenali sebagai PTD Unggul yang Elit, mula menyertai JPA pada penghujung 2004 telah DINAIKKAN KE M44 pada 15 MEI** 2007!!!

Mari kita buat analisis. Golongan ini masuk kerja pada penghujung 2004. Untuk mengambil PTK mereka perlu sah jawatan. Proses pengesahan jawatan perlu melalui kursus induksi, peperiksaan dan sebagainya. Katakan mereka melengkapkan semua proses itu dalam masa setahun (tempoh sah jawatan antara 1-3 tahun), maka mereka akan disahkan pada penghujung 2005. Katakan pada awal 2006 mereka mengambil PTK. Result PTK paling awal akan keluar 9 bulan selepas peperiksaan. Maka pada penghujung 2006 mereka akan tahu result PTK sama ada lulus ataupun tidak. Daripada tempoh tersebut, mereka yang lulus mendapat kenaikan pangkat dalam masa TIDAK SAMPAI SETAHUN!! Wah, begitu cepat prosesnya!

Persoalannya: Adakah golongan PTD ini telah mendiskriminasikan penjawat awam selain PTD dalam isu kenaikan pangkat ini? Asalkan ianya PTD maka segalanya cepat. Asalkan ianya skim selain PTD maka ianya 'lambat'. Adakah ini disebabkan Kuota? Teman rasa tidak, Jika dikatakan kuota PTD itu banyak, skim F masih belum tepu. Begitu juga dengan skim PLV (skim J, yang masih baru). Jika begitu mengapa ini berlaku? PTD sila jawab.

Isu 2: Tony Pua:
Sektor awam tempat lambakan graduan Melayu menganggur.

Benda ini sensitif. Sensitif kerana ada perkataan 'Melayu' didalam kenyataan tersebut. Lebih lebih lagi beliau seorang cina dan lebih-lebih lagi beliau dari parti pembangkang. Akan tetapi Teman lebih realistik dalm perkara ini. Cuba kita perhatikan pengambilan penjawat awam dalam setahun yang mana
Teman juga berpendapat bahawa pengambilan yang terlalu banyak itu membayangkan kerajaan telah menolong mereka yang tidak dipandang oleh sektor swasta yang jika dibiarkan bakal menyakitkan mata memandang.

Tetapi dalam keseluruhan pengambilan tersebut, adakah ia merangkumi kesemua skim dan seimbang? Sudah tentu tidak.
Kebanyakannya dari jurusan yang tidak memerlukan banyak kapasiti otak untuk berfikir semasa di universiti. Lalu untuk diserapkan ke skim yang khusus tidak boleh kerana mereka ini tiada kemahiran contohnya IT, Kejuruteraan, Sains dan lain-lain. Maka hanya PTD sahaja pilihannya. Statistik pengambilan PTD dalam setahun adalah antara 200-300 orang setiap pengambilan. Cuba bandingkan dengan pengambilan J yang terbaru di Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Jabatan Tenaga Manusia dalam bulan Mei. Hanya 24 orang sahaja untuk kedua-dua jabatan. Tetapi Teman dimaklumkan jawatan kosong untuk J ini masih banyak kerana baru mendapat kelulusan perjawatan. Adakah diskriminasi berlaku lagi? Ataupun sememangnya kekosongan J itu 'perlu' dan kekosongan M sebenarnya 'tidak perlu' tetapi terpaksa dibuat 'perlu' bagi menolong golongan tersebut?

Walaupun begitu, Teman tidak mempersoalkan kerajaan dalam hal ini. Baguslah jika kerajaan menyediakan peluang kerja kepada orang ramai tetapi biarlah ianya tidak membazirkan wang pembayar cukai untuk diberikan kepada mereka yang tidak sepatutnya. Teman percaya masih banyak skim selain M yang masih kosong.

Bagaimanapun Teman masih terbayang-bayang akan kata-kata seseorang di IPTA tentang PTD ini. Beliau menyatakan lebih awal dari Tony Pua tetapi ianya tidak secara rasmi. Rujuklah post Teman sebelum ini "PTD dulu dan PTD Sekarang" pada 23 April 07.

Cukuplah dua isu dulu untuk PTD jawab. Kita menyusul dengan isu lain selepas ini.




** telah diedit. tarikh asal ialah 15 JUN diedit kepada 15 MEI. maaf atas ralat tersebut.

3 comments:

Halim Anwar said...

[Pegawai Tadbir Diplomatik atau PTD, Skim M, yang mahu dikenali sebagai PTD Unggul yang Elit, mula menyertai JPA pada penghujung 2004 telah DINAIKKAN KE M44 pada 15 JUN 2007!!!]

HA: En. Al-Tantuyut posted this blog at 3:25am 28May07 but you commented that PTD "telah DINAIKKAN KE M44 pada 15 JUN 2007". Are you a fortune-teller with the ability to foretell such promotion even before it happens?

[Mari kita buat analisis. Golongan ini masuk kerja pada penghujung 2004. Untuk mengambil PTK mereka perlu sah jawatan. Proses pengesahan jawatan perlu melalui kursus induksi, peperiksaan dan sebagainya. Katakan mereka melengkapkan semua proses itu dalam masa setahun (tempoh sah jawatan antara 1-3 tahun), maka mereka akan disahkan pada penghujung 2005. Katakan pada awal 2006 mereka mengambil PTK. Result PTK paling awal akan keluar 9 bulan selepas peperiksaan. Maka pada penghujung 2006 mereka akan tahu result PTK sama ada lulus ataupun tidak. Daripada tempoh tersebut, mereka yang lulus mendapat kenaikan pangkat dalam masa TIDAK SAMPAI SETAHUN!! Wah, begitu cepat prosesnya!]

HA: Your analysis is wrong, my dear. Applicable to every civil servant irrespective of the service scheme, the confirmation process shall take place within 1-3 years, depending upon completion of compulsory requirements ie Induksi Umum and Khusus, Sijil Tapisan Keselamatan (only for critical posts) as well as Pengesahan Lantikan. The confirmation date is 1 day after the final day of whichever Induksi attended later. Which means, if a civil servant can complete both Induksi within 1 and a half year for example, he can get his confirmation within that period, subject to other requirements where necessary such as Sijil Tapisan Keselamatan. Then, he is eligible to take the PTK exam. In my case, I received my confirmation within 1 year and 5 months in the service, and due to heavy workload, I managed to sit for my PTK only 1 year 2 months later. You know what, my pass result was released after 4 months waiting, NOT 9 MONTHS. In total, I needed 2 years 11 months to attain all the requirements for promotion to the next grade. My friend, who is a doctor at a public hospital, complained that she missed her PTK1 despite being in the service for 6 years. When I asked her who was taking care of her HR&Admin stuff, especially PTK, she said, EO, pembantu tadbir and her bosses who are all doctors. And what I did, in 1 day, I quickly got hold of the person-in-charge at Bhg Kompetensi MOH to settle this matter. This is part of the problem in some agencies where non-PTDs are entrusted to take care of HR&Admin matters. Not that officers from other service schemes are not able to do it, but with due respect to the former, PTD officers have been trained, and probably grilled, since Day 1 to take care of HR&Admin needs which cover trainings, further studies, PTK courses, career development etc for all staff. I'm afraid others couldn't care less about whether or not their colleagues from other services have sit for PTK. For everybody's info, HR&Admin is part of PTDs' core areas besides finance, procurement, economics, ICT, security, international relations etc.

[Persoalannya: Adakah golongan PTD ini telah mendiskriminasikan penjawat awam selain PTD dalam isu kenaikan pangkat ini? Asalkan ianya PTD maka segalanya cepat. Asalkan ianya skim selain PTD maka ianya 'lambat'. Adakah ini disebabkan Kuota? Teman rasa tidak, Jika dikatakan kuota PTD itu banyak, skim F masih belum tepu. Begitu juga dengan skim PLV (skim J, yang masih baru). Jika begitu mengapa ini berlaku? PTD sila jawab.]

HA: So what you are harping on is a non-issue. No discrimination exists here. We got the chance to get promoted because of our awareness in the requirements. Do you know that some of my friends from J and E schemes have been promoted faster than me and my PTD fellows? So please get the right info from the right people before making any sweeping generalisation about PTD and poisoning the well. After all, PTD also serves the nation.

Altantuyut said...

Terima kasih en. halim kerana keperihatinan saudara. memang benar sekumpulan PTD tidak dinaikkan pangkat pada 16 JUN 2007. tetapi sebenarnya mereka mendapat kenaikan sebulan lebih awal dari tarikh tersebut iaitu 15 MEI 2007 (kurang setahun). Maaf atas kesilapan tersebut. Sila check dengan JPA untuk pengesahan.

Kedua. Isu disini ialah kenaikan pangkat PTD adalah cepat berbanding penjawat awam lain yang berada di situasi yang sama iaitu lulus PTK. Kenapa proses kenaikan mengambil masa yang berbeza?

T. Kasih.

Anonymous said...

just to say..also PTD..already 19++ months..not yet sah lantikan :(