Buat pembaca budiman...

Coretan kami bukan sekadar untuk dipandang tetapi difikirkan.. Kami sekadar menegur cuma.. Jika ada yang terluka maka ampun dipinta..

Thursday, May 31, 2007

Contoh ayat dan pemikiran seorang PTD ELIT

Contoh posting ini diambil dari laman web cari.com.my di ruangan Forum dibawah thread PTD. Teman sengaja post kat sini untuk dikongsi bersama-sama pembaca semua dalam menilai PTD yang dikatakan Unggul dan Elit. Tentunya contoh tulisan PTD ini yang menggunakan nama samaran mamaque umpama "nila setitik merosakkan susu sebelanga"............atau mungkin juga "nila sebelanga merosakkan setitik susu"!!

Kepada skim selain M terutama J dan F, silalah sabar sedikit jika membaca posting ini.

Dibawah ini ialah contoh peribadi PTD yang Unggul tersebut:


ramai bnar dengki ngan skim PTD ni

lawakla plak...penyakit PHD ni...lantak dan pi mampus la depa nak kata apa...yg penting ....skim PTD ..yg paling ramai org nak masuk....tiap tahun 40 -50 ribu yg apply... huhu...peduli apa aku org kata berlagak....yg penting aku ada kuasa la ni, aku boley rilek, 5 tahun aku dah naik M 48, X CAM SKIM LAIN,BERJANGGUT BARU NAIK J44,F44 SIAN la plak aku tengok..so bagila depa melepaskan geram kat sini... depa bising2 kat paper...tapi senyap jer..pasai PTD DAH KUASAI JPA, SPA, INTAN,MOF...haha so depa cam anjing menyalak bukit jelah...x berkudis skit pun....sian la lak aku tgk....tapi ok gak..ada gak hiburan kat sini...( hobi aku sekarang buli budak J41 DAN J44) aku suruh depa buat kerja dan maklumbalas...pastu aku letak nama aku sorang..so cepatla aku naik 48,,depa berjanggut la mati kat situ hahahahahaha ..x menyesal aku join PTD wpun dari latarbelakan teknikal.


Sekian, dipersilakan untuk komen. Yang nyata bola telah dilambung oleh PTD ini. Terpulang untuk pembaca melibas atau membiarkannya jatuh digelanggang sendiri.

5 comments:

Anonymous said...

tak patut

Anonymous said...

Ubahlah sikap riak dan takbur kamu

Halim Anwar said...

Ada pihak yang cuba membuang air jernih, mengambil yang keruh?

Dari dahulu sehingga sekarang, pengambilan PTD yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tidak menetapkan pemohon yang memiliki ijazah tertentu, baik teknikal, pengurusan ataupun sastera, diberi keutamaan dalam kriteria pemilihan PTD. Tidak kira sama ada calon memiliki ijazah sains, perakaunan, undang-undang, seni bina, kewangan, kejuruteraan, pengurusan perniagaan, ekonomi, usuluddin ataupun mana-mana ijazah yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), yang penting adalah kualiti kepimpinan, sikap, kejujuran, kemahiran berucap dan berkomunikasi, personaliti, daya toleransi tinggi dan lain-lain lagi, dan kriteria ini di samping segulung ijazah sarjana muda sekurang-kurangnya menjadi penentu seseorang calon itu berjaya atau tidak menjadi PTD. Tiada gunanya seorang dengan segulung ijazah kejuruteraan sahaja tanpa memiliki kualiti kepimpinan, sikap, kejujuran, kemahiran berucap dan berkomunikasi, personaliti dan daya toleransi tinggi dipilih menjadi PTD. Sebaliknya, jikalau dia memiliki ijazah kejuruteraan dan terampil dengan ciri-ciri di atas, pintu Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik sentiasa terbuka untuknya.

Malahan, barisan PTD yang ada dalam perkhidmatan awam sebenarnya terdiri daripada pelbagai bidang dan jurusan seperti yang telah saya nyatakan tadi dan ini mengimbangi keperluan pengetahuan teknikal dalam sesetengah kementerian ataupun jabatan kerajaan. Dan ada di antaranya yang memiliki ijazah kelas pertama. Maka, isu PTD sekarang sebenarnya 'barang lusuh dalam pasaran' tidak timbul langsung. Sekarang, calon-calon yang memiliki ijazah Sarjana diberi keutamaan untuk dipilih. Jadi, isu bahawa PTD bukan "creme de la creme" sepertimana rakan-rakan daripada golongan profesional tidak langsung menjadi isu dan ia dibangkitkan di luar konteks.

Sekadar berkongsi pengetahuan, Katsuaki Watanabe, lahir pada 1942, adalah Presiden Toyota Motor Corporation. Beliau yang merupakan graduan dari Keio University dengan Sarjana Muda Ekonomi dalam tahun 1964 telah bekerja untuk Toyota selama 41 tahun, sehingga menjadi Presiden menggantikan Fujio Cho, dan telah disenaraikan antara "TIME magazine's 100 most influential people of 2005". Rick Wagoner, Pengerusi General Motors (GM), telah menerima Sarjana Muda Ekonomi dalam tahun 1975 dari Duke University dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Harvard Business School dua tahun berikutnya, sebelum terus bekerja di GM sehingga menjadi Pengerusi hari ini. Toyota Motor Corporation dan GM merupakan dua syarikat automotif gergasi dunia yang berjaya menghasilkan poduk automotif menerusi kepakaran kejuruteraan automotif berteknologi tinggi. Namun, Presiden dan Pengerusi masing-masing tidak mempunyai kepakaran teknikal di bidang kejuruteraan automotif, tetapi dipilih kerana mereka sudah begitu mahir dan faham akan skop pentadbiran organisasi secara menyeluruh di samping pengalaman luas mereka selama bekerja dengan syarikat masing-masing.

PTD sebagai KSU sebenarnya memberi kelebihan kepada kementerian yang diterajuinya. Setiap kementerian sentiasa bekerjasama malah bergantung antara satu sama lain. Untuk itu, jaringankerja antara PTD sebagai KSU sebuah kementerian dengan PTD sebagai KSU kementerian lain sudah tentu dapat memudahkan urusan kerja kerana PTD amat saling kenal mengenali kerana biasa menjalani kursus bersama, ada yang dilantik pada masa yang sama malah ada yang pernah menjadi teman sebilik. PTD juga dipayungi oleh Persatuan PTD yang sentiasa berusaha mengeratkan semua PTD, dan anak isteri, melalui aktiviti-aktiviti melangkaui sempadan pejabat.

Sebenarnya, sudah banyak jabatan kerajaan sekarang diketuai oleh golongan profesional. Sebagai contoh, Pengarah Kesihatan peringkat pusat dan negeri adalah seorang doktor perubatan, Pengarah JKR dan JPS peringkat pusat dan negeri adalah seorang jurutera, dan Ketua Pengarah Jabatan Lanskap Negara merupakan perancang bandar profesional. Dan senarai ini berterusan.

Sebenarnya sehingga sebelum subuh tadi, banyak yang ingin saya tulis untuk mengulas tohmahan-tohmahan yang dilontarkan oleh golongan yang tidak berpuas hati. Cuma saya harap, sebelum saya kembali lagi selepas menyiapkan kerja yang banyak bertimbun ini, saya mohon agar semua pihak agar fikir-fikirkanlah akibat percakaran kita sesama sendiri, sementara ekonomi lain terus maju.

Hasan Sidek said...

apa yang kau merepek ni halim, smapai ke general motor lah, toyota lah. Kau ni paham ke tak paham. nama je PTD. kau jangan bandingkan soktor gomen kat malaysia yang tak berapa masak ni dengan sektor swasta, Jepun Pulak tu. Dah orang tu keje 41 tahun dah, ok ah tu kaau jadi presiden pun. Ni PTD keje baru 4,5 tahun dah naik mencanak paling kurang 48, mengetuai jabatan tu. pastu ada ke PTD yang keje sampai 41 tahun? paling lama pun 33 tahun je.

lagi satu,sebelum aku 'paku' kau baik kau cek fakta tentang toyota dengan GM tu. apa saham diorang, apa hubungan kekeluargaan diorang. hati2 bila cuba main dengan fakta. ni ah PTD tahu goreng je. fakta tak cukup. abis tu camna perkhidmatan awam nak maju?

agi satu kau cabar orang suruh masuk PTD macam ko. kalau ada PhD, Ir, sekalipun kalau masuk PTD hah jadilah macam PTD yang ada tu. tak akan mengubah dasar. kau paham ke tak apa yang dibincangkan. ia bukan melibatkan kemahiran peronel semata-mata tapi DASAR. aku eja D.A.S.A.R = DASAR. masuklah jurutera hebat mana pun dalam PTD tapi tak akan dapat ubah dasar tu. poyo jugak.

lagi satu kau dah tak sengaja bongkarkan keburukan PTD nih. baru aku tahu kalau KSU tu bukan PTD maka susah lah nak kerja ye sebab di luar 'jaringan'. kena sesama PTD dalam PPTDoq baru boeh kerja lancar ye. nilah PTD rupanya.

satu lagi senarai profesional dalam perkhidmatan awam. cuba kau bagi tahu jumlah dia berapa ramai. pastu bandingkan dengan jumlah PTD. tengok sampai tak 5%?

Maaf aku cakap kasar. jangan amik hati. mana tahu esok2 aku belanja kau minum. aku doakan kau jadi PTD yang berfikiran terbuka, murah rezeki dan hidup bahagia dunia akhirat. insya Allah.

Tq

Halim Anwar said...

Hasan Sidek: apa yang kau merepek ni halim, smapai ke general motor lah, toyota lah. Kau ni paham ke tak paham. nama je PTD. kau jangan bandingkan soktor gomen kat malaysia yang tak berapa masak ni dengan sektor swasta, Jepun Pulak tu. Dah orang tu keje 41 tahun dah, ok ah tu kaau jadi presiden pun. Ni PTD keje baru 4,5 tahun dah naik mencanak paling kurang 48, mengetuai jabatan tu. pastu ada ke PTD yang keje sampai 41 tahun? paling lama pun 33 tahun je.

Halim Anwar: Aku bukan merepek, tapi itu gambaran bagaimana sesebuah organisasi boleh berjaya walaupun tidak dipimpin oleh orang teknikal. Aku jawab tu cara ilmiah. It was intended to kill two birds with one stone. That’s the whole problem with your mentality. If you don’t want to benchmark your performance against the best, then are you trying to say that you would rather take least developed countries as your benchmark? No wonder our government is having problems in delivery system, because some culprits inside there think it is best to benchmark against the worst.
And sorry to say that no Grade 48 officer heads a department. So, sapa yang merepek?

HSidek: lagi satu,sebelum aku 'paku' kau baik kau cek fakta tentang toyota dengan GM tu. apa saham diorang, apa hubungan kekeluargaan diorang. hati2 bila cuba main dengan fakta. ni ah PTD tahu goreng je. fakta tak cukup. abis tu camna perkhidmatan awam nak maju?

HAnwar: Meh sini kalau nak paku aku sangat. Engkau ni betulla tak bertamadun. Jangan ingat paku orang lain tak tajam. Pasal saham or hubungan Watanabe or Wagoner dengan syarikat diorang setau aku takde. Btw, aku pernah duk semeja dengan Wagoner masa dia datang Malaysia untuk discuss projek automotif. Aku pernah dok dalam industri automotif 4 tahun lebih, tapi bukan Proton, sebelum join gomen. And please don’t generalize anybody coz that shows how bad your mind and heart can be. I admit in any organization, there can never be 100% perfect individuals.

HSidek: agi satu kau cabar orang suruh masuk PTD macam ko. kalau ada PhD, Ir, sekalipun kalau masuk PTD hah jadilah macam PTD yang ada tu. tak akan mengubah dasar. kau paham ke tak apa yang dibincangkan. ia bukan melibatkan kemahiran peronel semata-mata tapi DASAR. aku eja D.A.S.A.R = DASAR. masuklah jurutera hebat mana pun dalam PTD tapi tak akan dapat ubah dasar tu. poyo jugak.

HAnwar: aku tak cabar orang masuk PTD. Mana ayat mencabar tu? Pentadbiran dalam kerajaan sekarang sungguh mencabar. Tapi syukur, di bawah Pak Lah, nasihat pegawai kerajaan ada yang diterima. Contohnya, dalam isu Malaysia-US FTA, keputusan Kabinet adalah berdasarkan Memorandum Jemaah Menteri yang disediakan oleh pegawai kerajaan, bukan PTD sahaja tetapi juga jurutera, pegawai ekonomi, pegawai perikanan, guru yang berkhidmat di MOE turut ada, pensyarah bla bla bla

HSidek: lagi satu kau dah tak sengaja bongkarkan keburukan PTD nih. baru aku tahu kalau KSU tu bukan PTD maka susah lah nak kerja ye sebab di luar 'jaringan'. kena sesama PTD dalam PPTDoq baru boeh kerja lancar ye. nilah PTD rupanya.

HAnwar: lagi satu silap rumusan engkau. Aku katas itu satu kelebihan, tapi bukan bermakna kalau servis lain jadi ketua tu satu kekurangan.

HSidek: satu lagi senarai profesional dalam perkhidmatan awam. cuba kau bagi tahu jumlah dia berapa ramai. pastu bandingkan dengan jumlah PTD. tengok sampai tak 5%?

HAnwar: cuba banding bilangan ketua jabatan dari kalangan bukan PTD antara sekarang dan dulu. Tentu sekarang lagi banyak kan!!! Nak lagi, sabar la.

HSidek: Maaf aku cakap kasar. jangan amik hati. mana tahu esok2 aku belanja kau minum. aku doakan kau jadi PTD yang berfikiran terbuka, murah rezeki dan hidup bahagia dunia akhirat. insya Allah.

Hanwar: nak blanja jgn tggu lama-lama..